Sunday, August 24, 2008

Sumpah jadi mainan Umno di Permatang Pauh - Anwar

PERMATANG PAUH, 24 Ogos (Hrkh) - Calon Parlimen Permatang Pauh, Dato' Seri Anwar Ibrahim sudah mengagak sumpah akan menjadi bahan permainan kepimpinan Umno selepas sumpah Saiful Bukhari Azlan baru-baru ini.
"La ni tak payah ada hakim semua main sumpah saja, kalau macam tu pi mencuri, bunuh orang balik mai sumpah, imam pulak kena pakai imam Umno," katanya.
Tambah beliau lagi, Umno pada hari ini suka bermain dengan al-Quran dan tidak menghormati kesucian al-Quran tersebut.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak bersumpah di Masjid Guar Perahu semalam kononnya tidak mengenali wanita Mongolia, Antantuya apatah lagi terlibat dalam kompirasi membunuhnya.
Anwar sekali lagi mengulangi yang beliau sanggup bersumpah pada bila-bila masa seperti mana yang dituntut pihak Umno.
Tetapi beliau terpaksa tunduk kepada arahan ulama-ulama terkenal termasuk Yusof Al Qardawi yang melarang beliau bersumpah.
Katanya lagi, beliau telah dinasihatkan oleh Presiden PAS, Tuan Guru Hadi Awang dan beberapa lagi ulama terkenal agar membawa kes itu ke mahkamah syariah.
Anwar berucap demikian dalam ceramahnya di Mengkuang Titi Permatang Pauh semalam.
Turut hadir dalam ceramah tersebut ialah Presiden Parti KeADILan Rakyat Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden Parti KeADILan Rakyat Azmin Ali dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang lain. - mns_

tunku : let see what's next.......... may be today ......

6 comments:

Anonymous said...

"Tetapi beliau terpaksa tunduk kepada arahan ulama-ulama terkenal termasuk Yusof Al Qardawi yang melarang beliau bersumpah". - WHY???

"La ni tak payah ada hakim semua main sumpah saja, kalau macam tu pi mencuri, bunuh orang balik mai sumpah... - GOD IS THE BEST JUDGE and NEVER PUT GOD TO TEST

Please advise Anwar to save his soul rather than his physical body. Should he fails to WIN a place in God's Kingdom, it is our fault for not doing enough to help him. We will be punished too.

lansksp said...

Takyahlah berselindung dengan dalil ulama kamu tu.. Kalau tak salah bersumpah ajelah.... Jangan takut Allah maha mengetahui!

lansksp said...

Tak payahlah berdolak dalih.. Kalau tak salah apa nak ditakutkan BERSUMPAH AJELAH. Allah Maha Mengetahui

Anonymous said...

Kononnya sanggung bersumpah tetapi terpaksa tidak bersumpah kerana akur kepada nasihat ulamak. Saying 'yes' and 'no' at the same time. A very clever politician he is.

Anonymous said...

Anwar ikut cakap ulama-ulama yang kata dia tak perlu bersumpah tapi dia tak pilih untuk ikut saranan ulama-ulama yang kata sumpah itu dibolehkan?

tapi itu hak Anwar.dia sebenarnya boleh memilik untuk ambil sumpah atau tidak.tapi yang pasti dia kena dedahkan perkara yang sebenarnya di mahkamah nanti.segala kebenaran akan didedahkan semasa perbicaraan nanti.

Unknown said...

kita semua tak perlu risau.dia mahu atau bersumpah atau tidak itu tidak menjadi masalah.yang penting adalah segala kenyataan dari Anwar,saiful dan semua saksi serta semua bukti yang bakal dikemukakan nanti semasa perbicaraan.ketika itu barulah kita tahu perkara yang sebenarnya.