BUKIT MERTAJAM: Hampir di setiap ceramah, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pasti menyebut nama-nama pemimpin asing yang menurutnya memberi sokongan kepada beliau dalam usahanya memenangi hati pengundi di Permatang Pauh.
Antara nama yang disebut ialah bekas Presiden Indonesia Gus Dur atau Abdurrahman Wahid, bekas Presiden Filipina, Joseph Estrada, ulama terkenal Yusof Qardhawi dan yang terbaru beliau mengaitkan bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair kononnya turut menyokongnya.
Malah, katanya ada pemimpin luar negara yang menawarkan kapal terbang serta mahukan khidmat beliau sebagai penasihat.
"Saya tak mahu dolak dalik. Ada pemimpin dari luar tawarkan kepada saya kapal terbang dan ada juga anak raja Arab yang dua kali telefon saya minta saya jadi penasihat dia. Saya kalau nak, cakap saja apa, anak raja itu akan bagi. Nak rumah macam istana dia bagi, nak gaji besar berbilion-bilion pun dia bagi tapi nak bagi puteri tak tahulah. Dia tak bagi kot. "Sewaktu saya jadi pensyarah di luar negara, ada juga orang yang tawarkan saya jawatan yang tinggi. Tapi itu saya tak mahu." katanya. Anwar juga mendakwa kononnya pelabur-pelabur asing sedia membantunya menaikkan ekonomi negara jika beliau menjadi pemimpin. "Pelabur-pelabur luar pun ada jumpa saya. Mereka cakap, Anwar, kamu pimpinlah negara ini kerana kalau kamu pimpin, ekonomi negara ini akan kami naikkan dalam masa tiga bulan. Itu kamu tak perlu risau," katanya pada hadirin di ceramahnya di Kampung Pertama, Permatang Janggus dekat sini.
Sebelum ini, beberapa penganalisis politik berpendapat tindakan Anwar mengagung-agungkan pemimpin-pemimpin luar dan mempergunakannya dalam setiap kempennya itu memperlihatkan bahawa beliau semakin terdesak.Mereka berpendapat, sokongan daripada luar tidak dapat mempengaruhi undi dan kebanyakan bekas pemimpin itu masih dipengaruhi oleh dasar dan hubungan yang dibuat oleh Anwar ketika beliau mempunyai kedudukan.
Pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh diadakan pada 26 Ogos ini berikutan peletakan jawatan oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 31 Julai lepas bagi memberikan laluan kepada suaminya, Anwar bertanding.
Pilihan raya kecil itu akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Anwar, calon Barisan Nasional (BN) Datuk Arif Shah Omar Shah dan calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) Hanafi Mamat. BERNAMA
tunku : what else to say about this moron. if he really has investors that can help him, why not try on the five states under pakatan right now ???? i have never imagine that anwar will be so bloody cheap.if there are people who cna pay him billions, yo will never see anwar again in malaysia.
3 comments:
i tot he collected money from people attending his ceramah to accommodate this by election spending?
now he said got lots of support can give him billions if wanted to?
is there any laws saying that they cannot get any help from foreigner in term of election funding?
errrr.. duh!
i'm confuse.. if he still win.. not sure what is happening there...
it seems like BN is having a tough time in permatang pauh. ariff is no match to anwar. khairy, ezam and nalla are spoiling the broth. the sodomy issue has backfired. paklah, as his usual self, is with his 'saya tak tahu' syndrome. when will pak lah come to his senses?
Menyebut nama Gus Dur, Joseph Estrada dan Tony Blair samalah dengan menyebut pontianak, jerangkung, pochong kepada kanak-kanak. Menyeramkan ! Orang asing itu sebenarnya rejected property di negara sendiri. "ekonomi negara ini akan kami naikkan dalam masa tiga bulan"? Ilmu ekonomi apa ni? Yang masih saya ingat, ekonomi negara pernah tersungkur dalam tempoh tiga bulan suatu masa dulu. Anak raja Arab minta nasihat apa? Umum sedia maklum, orang Arab (bukan nak kutuk) memang terkenal dengan tarian gelek.
Walau apa pun, yang paling ditakuti kalau-kalau ini berlaku :-
1. Malah, katanya ada pemimpin luar negara yang menawarkan kapal terbang serta mahukan khidmat beliau sebagai PERISIK.
2. "Sewaktu saya jadi pensyarah di luar negara, ada juga CIA yang tawarkan saya ASSIGNMENT.
3. kalau kamu pimpin, ekonomi negara ini akan kami MANIPULASI dalam masa tiga bulan.
SAVE MALAYSIA
Post a Comment