Tuesday, February 26, 2008

Strategi Mukhriz majukan Jerlun


Jitra 25 Feb- Calon Barisan Nasional(BN) bagi kerusi Parlimen Jerlun,Dato Mukhriz Mahathir memberi penekanan terhadap pembangunan infrastruktur,industri kecil desa dan pelancongan sebagai usaha meningkatkan sosioekonomi penduduk sekiranya diberi mandat sebagai wakil rakyat di kawasan berkenaan dalam Pilihanraya Umum Ke - 12.
Beliau yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO memberitahu,Jerlun mempunyai potensi untuk dimajukan kerana keadaan fizikalnya sesuai untuk ekopelancongan dan industri asas tani serta setanding dengan kawasan lain yang telah membangun.
"Saya lihat kawasan pesisir pantai Jerlun cukup bagus dan sesuai unuk sektor pelancongan,"kata beliau kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan ahli-ahli MCA dan Jawatankuasa Bomba Sukarela di Sanglang.
Turut hadir ialah calon BN bagi kerusi DUN Kota Siputeh,Datuk Abu Hassan Sharif.
Selain itu,kata Mukhriz,Jerlun juga sesuai untuk dibangunkan industri kecil desa kerana boleh mengeluarkan produk berasaskan sumber yang diperolehi penduduk tempatan termasuk hasil laut dan pertanian.
Mukhriz menjelaskan beliau berazam unuk menjayakan rancangan tersebut sekiranya dipilih sebagai Ahli Parlimen Jerlun berdasarkan tinjauan ke kawasan berkenaan.
"Buat permulaan biar saya mengenali dan mendekati masyarakat di sini (Jerlun) terlebih dahulu sebelum memberi tumpuan kepada pembangunan kawasan," tambah beliau.
Mukhriz berkata, beliau percaya pemilihannya untuk bertanding di kawasan berkenaan oleh pucuk pimpinan BN pasti mempunyai matlamat dan antaranya bagi membantu masyarakat serta membangunkan Jerlun.
Kata beliau, Jerlun juga tidak boleh lagi terpinggir daripada arus pembangunan kerana ia akan mendapat limpah nikmat program Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER).
"Kita tidak mahu Jerlun hanya mendapat tempias NCER,kalau boleh kita mahu peruntukkan daripada program ini untuk membawa kemajuan kepada masyarakat dan kawasan ini(Jerlun),"katanya.
Sementara itu calon BN DUN Kota Siputeh,Datuk Abu Hassan Sharif berkata, Mukhriz ibarat sebutir mutiara yang boleh memberi sinar kepada penduduk Jerlun.
"Rugi kalau tidak memilih mutiara ini(Mukhriz) yang jika dicampak ke laut menjadi pulau,kalau dicampak ke Jerlun, pasti membawa pembangunan serta pembaharuan,"kata beliau.

VOTE FOR MUKHRIZ

2 comments:

Anonymous said...

ya buat permulaan dato mukhriz bolehlah donate sebiji mesin potostat buruk kat sekolah kebangsaan jerlun. dah lama dah minta sebuah mesin potostat buruk, senang budak2 dan cikgu2 nak potostat. tak payah pi kedai cina hokeng. tapi tulah, masa mengundi macam2 janji, pastu tak nampak bayang.. typical dan dah naik muak saya.

mungkin dato mukriz boleh promote mentarang dan belacan? sapa tau satu hari nanti mentarang boleh ekspot seluruh dunia ka... belacan boleh buat rojak kaw kaw.. aaa lagi apa aa? kasi clear skit sungai jerlun tu.. cintailah sungai kita. saya masih ingat lagi dulu sampan jual kepah mudik ke sana sini dalam sungai tu. skrg apa dah jadi?

apapun dato kalau menang kena turun padang selalu, jgn main federal jer.. jgn harap dan delegate kat jjkkkkk kkk dan macam2 kk lagi.. depa ni tidog, mau mashuk saja sb tulah jerlun masih mcm tu jugak dari dulu. mai musim padi mengerat lepaih tu menanam..

sekian. BTW tunku ni pernah ka ke jerlun ka dok dalam istana saja?

tunku said...

asaljerlun,

pergilah bisik2 kat telinga mukhriz tu, kan dia ada kat sana sekarang, insyaallah dia akan dengar semua masalah.
saya tidak pernah dibesarkan di dlm istana tetapi saya menganggap setiap kediaman saya sbg 'istana' saya.
mengenai jerlun,kampung jerlun, kampung bakan, sanglang tu pernah la saya selalu pergi masa kecik2 dulu.