Tuesday, February 26, 2008

Mukhriz Mahathir Pemimpin Berwawasan


Imran Imtiaz Shah Yacob

Mukhriz Mahahthir anak kelima kepada mantan Perdana Menteri , YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri YABhg Tun Dr Siti Hasmah Haji Mohamad Ali akan bertanding di kawasan Parlimen, Jerlun, Kedah.
Pemimpin yang peramah, berakhlak tinggi dan sangat disenangi rakyat ini akan turun ke padang dengan membawa satu mesej jelas kepada pengundi-pengundi iaitu ‘keikhlasan dan komitmen dalam berkhidmat’. Hakikatnya, ialah kebanyakkan pengundi-pengundi dan masyarakat umum mengenali Mukhriz sebagai seorang yang jujur dan rendah hati. Sifat Mukhriz yang terbuka ini adalah sebab mengapa beliau begitu popular.
Mukhriz, pemuda yang berkelulusan tinggi dan banyak berpengalaman. Beliau mendapat pindidikan awal di Maktab Rendah Sains MARA, Pengkalan Chepa, Kelantan dan seterusnya menuntut di Sophia University, Tokyo, Jepun dalam jurusan Pengurusan Perniagaan dan juga mendapat kelulusan Sarjana Muda dalam bidang Pemasaran dari Boston University, Massachusetts, Amerika Syarikat. Mukhriz telah menyalurkan segala ilmu yang dituntut dan pengalaman luar negara ini sebaik setibanya ke tanah air. Beliau tidak pernah lupa untuk menyumbang kembali kepada agama, bangsa dan negara.
Sebagai Pengerusi dan Ketua Eksekutif di OPCOM Holdings Bhd, iaitu syarikat pembekal prasarana jalur lebar, OPCOM telah sedikit sebanyak menyumbang kearah memperluaskan perkhidmatan internet ke kawasan luar bandar di seluruh negara dan secara langsung membantu usaha kerajaan merapatkan jurang digital antara orang bandar dan orang di desa.
Kini, melalui syarikatnya Bioven, beliau berkecimpung dalam memperkenalkan bioteknologi di Malaysia. Tetapi perniagaan ini bukanlah satu bisnes yang bermotifkan keuntungan semata-mata. Bioven kini di peringkat penyelidikan untuk mencari vaksin kanser antara yang pertama di dunia. Inilah sikap Mukhriz yang sentiasa didorong oleh keinginannya untuk menyumbang kepada masyarakat. Walaupun dalam dunia perniagaan yang kompetitif dan penuh dengan risiko, manfaat kepada rakyat Malaysia yang mempunyai kadar kanser yang tinggi adalah pendorong utama kepada Mukhriz.
Lebih lagi, selaku Presiden Persatuan Bekas Pelajar MRSM Malaysia atau ANSARA beliau telah mengetuai Misi Kemanusiaan ANSARA untuk Program Kemanusiaan Antarabangsa ke Ambon, Indonesia dan Baghdad, Iraq. ANSARA juga telah melaksanakan pelbagai program untuk membimbing, memupuk dan memajukan usahawan dan profesional Bumiputera, termasuk menganjurkan Kongres Profesional Muda Melayu pada tahun 2000 dan 2001. Selain itu, ANSARA juga menubuhkan Tabung Harapan Ihsan Pelajar untuk mengutip dana bagi tujuan membantu pelajar-pelajar yang tercicir dari arus perdana pendidikan.
Sebagai Penyelaras AMAN Malaysia pula, YBhg Dato’ Mukhriz telah mengetuai Misi Bantuan Kemanusiaan ke Acheh bagi membantu mangsa-mangsa Tsunami. Beliau juga telah menjadi Pengarah kepada Persidangan Antarabangsa Keamanan untuk Palestin malah turut menyertai rombongan YABhg Tun Dr. Mahathir ke Palestin. Beliau juga mengetuai Misi Bantuan Kemanusian ke Kashmir, Pakistan bagi membantu mangsa gempa bumi di sana. Beliau juga adalah Ketua Misi Bantuan Kemanusian Aman Malaysia yang membantu mangsa perang di selatan Lubnan dan Ketua Misi Bantuan Kemanusiaan Taufan Sidr, Bangladesh. Terkini, beliau telah mengetuai Misi Bantuan Kemanusiaan Gaza, Palestin.
Kesemua usaha Mukhriz adalah berlandaskan keikhlasan dan kerja keras. Kebanyakkan orang tidak mengetahui bahawa beliau adalah satu-satunya anak watan Malaysia yang pernah menjejak kaki ke Palestin malah AMAN Malaysia juga telah dilantik berada di dalam Jawatankuasa Khas, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk Palestin sebagai Ahli Jawatankuasa Tetap.
Mukhriz Mahathir adalah calon yang terbaik bagi Jerlun dan Rakyat Malaysia secara umum. Mukhriz akan meneruskan usaha demi ‘Perjuangan Yang Belum Selesai’.

VOTE FOR MUKHRIZ

No comments: