Malacca chief minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam pledged his loyalty to the party and that of his supporters, despite having been barred from contesting for the Umno deputy president’s post.
He also gave an assurance of his loyalty to party president Datuk Seri Najib Tun Razak.
“And this also includes my supporters who will be with the president through thick and thin because all is not lost ... as if the world is going to end and we cannot tell what is going to happen tomorrow.
“I understand the feelings of my supporters and after some time, all will be well with them. I will soldier on in the interest of the party to make positive contributions and bring it to a higher level,” Mohd Ali said in his winding up speech on the last day of the Umno general assembly on Saturday.
He also said that he would rally behind Najib in the quest to lift the party from the doldrums in terms of image and morale because it needed support from all to stand united in the face of crisis.
Mohd Ali said that he was not important as an individual compared to the party.
tunku : ali rustam should be loyal to the party , no need to assure others.today we saw delegates were asked by zahid the new vice president to give standing ovation to ali rustam.i hope umno members,especially the delegates will look again at that scene,on what purpose was the standing ovation for? why a person who is involved (directly or indirectly) in money politics deserved to be given standing ovation?if kj they booed, why standing ovation for ali rustam? may be ali rustam was punished and kj escaped.both does not deserve respects.umno should clean up all the dirts before expectiong to change.if people who involves in money politics given top post, standing ovation, i don't see bright future for umno.najib and muhyiddin should start working hard and change the whole system.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
I do not trust Zahid.He is not a man of principle.A loyalist and proxy to Anwar who made him filthy rich.
He would not have been Vice President with the most votes without buying them.
I pity Najib having a snake so close to him
Beranikah BPR dan polis tapis menantu PM?
Tulisan Penarik Beca.
Bernama 6 Februari lalu melaporkan:
Cakap-cakap bahawa Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin akan bertanding untuk kerusi parlimen di negeri ini semakin menjadi kenyataan apabila namanya telah pun dicalonkan untuk proses tapisan keselamatan.
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Khairy merupakan salah seorang dari lima calon yang namanya telah dipersetujui oleh mesyuarat bahagian Rembau baru-baru ini untuk bertanding di kawasan berkenaan.
"Khairy, saya fikirkan sebagai Ketua Pemuda Rembau tidak ada apa sangat tetapi kita setuju kerana peranannya sebagai Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco negeri hari ini.
Sebelum ini, status Khairy tidak begitu jelas kerana ada orang meramalkan beliau akan bertanding di Selangor.
Wakil rakyat Rembau sekarang, Datuk Firdaus Muhammad Rom Harun turut termasuk dalam senarai lima calon itu.
Kata Mohamad, walaupun bahagian itu telah mencalonkan Khairy, keputusan mutakhir terletak pada pemimpin parti iaitu bapa mertuanya, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Enam bahagian yang lain seperti Kuala Pilah, Tampin, Jelebu, Rasah, Teluk Kemang dan Jempol masing-masing sudah menyerahkan senarai calon masing-masing kecuali Umno bahagian Seremban.
"Saya diberitahu bahawa mereka hanya akan menyerahkan senarai calon mereka sebaik sahaja pengumuman pembubaran parlimen dibuat," katanya.
Beliau berkata, sebaiknya, senarai itu diserahkan lebih awal untuk menjalani proses tapisan keselamatan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan polis.
Apa dia? Khairy akan menjalani proses tapisan keselamatan? Mohamad Hasan yang silap cakap atau Bernama yang silap lapor? Nanti, nanti. Mungkin kutu ini yang tersilap baca. Baca sekali lagi:
Cakap-cakap bahawa Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin akan bertanding untuk kerusi parlimen di negeri ini semakin menjadi kenyataan apabila namanya telah pun dicalonkan untuk proses tapisan keselamatan. Mohamad Hasan juga dilaporkan berkata:
...sebaiknya, senarai itu diserahkan lebih awal untuk menjalani proses tapisan keselamatan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan polis.
Oleh kerana baca pun tidak silap, adakah Bernama tersilap lapor? Tak pula Mohamad Hasan menafikan berita itu. Kalau Bernama tidak tersilap lapor, adakah Mohamad Hasan tersilap cakap? Tak mungkin pula beliau dah hilang akal atau kewarasannya telah pupus.
Katakanlah Mohamad Hasan tidak tersilap cakap. Katakanlah, beliau tidak hilang akal dan kewarasannya juga belum pupus. Katakanlah memang benar Khairy akan menjalani proses tapisan keselamatan. Katakanlah semuanya benar dan kalau semuanya benar, beranikah polis dan BPR melakukannya?
Kalau Tengku Goh boleh terlepas bebas, mustahil Khairy akan berhadapan dengan ketegasan yang keras. Semua orang tahu, kedua-duanya sama-sama berkuasa. Bezanya, Khairy tidak dilabel penjenayah seperti Tengku Goh. Belum lagi setakat ini.
Kalau Tan Sri Musa Hassan yang dituduh oleh Raja Petra menjadi penaung dunia penjenayahan pun boleh terlepas dari tuduhan rasuah kerana BPR tidak menemui bukti yang mencukupi untuk mendakwanya, mustahil BPR tiba-tiba cekap dan hebat lalu menemui bukti yang mencukupi untuk menyekat menghambat Khairy dari menjadi calon.
Mentor Khairy yang juga Timbalan Pengerusi NSTP, Datuk Kalimullah Hassan sudah lama didapati bersih oleh Perdana Menteri. Bukan sahaja didapati bersih, malah Perdana Menteri juga sering menelefonnya.
Peduli apa Tun Dr Mahathir Mohamad yang pernah mendedahkan bahawa Kalimullah pernah dibantah oleh pihak polis untuk dilantik sebagai Setiausaha Akhbar Allahyarham Tun Ghafar Baba kerana mengesyaki beliau adalah seorang agen Singapura.
Kalau Dr Mahathir pun tidak dipedulikan, takkan pula Perdana Menteri 'nak ambik pot' desakan Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar dalam berita berikut yang tersiar dua tahun lalu:
"Sebelum ini pun kita mendengar pelbagai cerita mengenai Kali dari pelbagai pihak yang bimbang terhadap masa hadapan dan keselamatan negara ini. Kita juga mendengar cerita bahawa Kali mempunyai hubungan yang rapat dengan kerajaan Singapura terutama Menteri Dalam Negerinya, Wong Kan Seng, yang mengguasai operasi perisikan negara itu, tetapi kita tidak mahu membangkitkan perkara itu kerana tidak mahu bersikap tidak adil terhadap Kali.
"Tetapi apabila seorang bekas Perdana Menteri sehingga dua kali membangkitkan hubungan Kali dengan Singapura dan pandangan pihak polis yang mengesyaki beliau seorang agen Singapura, kita tidak boleh lagi berdiam dan menganggap perkara itu tidak perlu diberi perhatian serius.
"Kita juga tidak boleh lagi terus mempercayai Abdullah kerana tindakannya bersahabat dengan orang-orang yang diragui hatta oleh bekas Perdana Menteri dan pihak polis sendiri sangat membahayakan keselamatan dan masa hadapan negara," katanya.
"Mengambilkira latar belakang Kali yang mencurigakan, seperti yang dinyatakan oleh Dr Mahathir itu, pihak polis bertanggungjawab membuka semula fail penyiasatan ke atas Kali bagi menjamin keselamatan dan ketenteraman negara ini.
"Malah, polis juga mesti menyiasat rangkaian Kali terutama yang dibawanya dari Singapura dan dilatih oleh negara itu seperti Pengarang Kumpulan NST, Brendan Pereira," katanya.
Kalau Kalimullah yang pernah tidak lulus tapisan keselamatan polis pun kini dah lulus selulus-lulusnya dan jadi bersih sebersih-bersihnya, takkan pula Khairy akan ter'kantui' dalam proses tapisan keselamatan BPR dan polis.
Lebih dari itu semua, jangan lupa bahawa Perdana Menteri bagaikan memberi amaran kepada semua pihak supaya jangan mengacau anak dan menantunya dalam berita berikut:
Presiden UMNO itu berkata, tindakan ahli keluarganya, terutama anak-anak dan menantunya memiliki harta bukan merupakan satu kesalahan dan beliau tidak berhasrat mencampuri urusan mereka.
Menurutnya, ahli keluarganya mempunyai hak sama seperti orang lain, bebas untuk memiliki harta.
Sehubungan itu, Abdullah menegaskan, beliau tidak bercadang membuat pendedahan tentang harta yang dimiliki oleh anak-anak mahupun menantunya.
''Itu (harta) adalah hak ahli keluarga saya, tak payahlah saya umumkan harta yang mereka miliki,'' katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di sini hari ini.
Tambahan pula, katanya, tindakan ahli keluarganya untuk memiliki harta bukanlah satu perbuatan yang salah.
Perdana Menteri berkata, begitu juga dengan anak-anak dan menantunya, mereka tidak perlu mengambil tindakan mengisytiharkan harta mereka.
Jangan pula lupa Raja Petra pernah menyatakan:
(Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan Ketua Pengarah BPR) akan berkhidmat kepada Abdullah selagi Abdullah tidak mengancam kepentingan mereka.
Skandal mensabotaj Dr Mahathir, skandal pengeksportan komponen nuklear ke Libya oleh Scomi dan skandal Oil-for-Food sudah cukup untuk menyahkan Abdullah. Tetapi semua itu akan hanya berlaku jika Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan Ketua Pengarah BPR memutuskan untuk menyiasat beliau. Dan kelihatanya kini "tidak ada keslah".
Wahai orang-orang kampung isteri saya di Rembau, kalau terjumpa beruk merayau-rayau di kampung tuan-tuan, pandai-pandailah!
Posted by Anti Khairy at 12:21 AM
Post a Comment