KUALA LUMPUR, March 2 (Bernama) -- Papers on the use of English in teaching Science and Mathematics will be brought to the Cabinet this month, the Dewan Rakyat was told Monday.
"So, let us wait the decision which will be made by the Cabinet regarding its implementation," said Deputy Education Minister Datuk Dr Wee Ka Siong when winding up the debate on the motion of thanks for the royal address on the ministry's behalf.
The use of English as the medium of instruction in Science and Mathematics in school began in 2003 and some groups have called for the policy to end.
Dr Wee said the government would consider four aspects in deciding whether the policy should continue.
They were the status of Bahasa Malaysia as the national language, the ability of students to master English, the competency of teachers in teaching the two subjects and the achievement of students in Science and Mathematics, he said.
The Dewan Rakyat will sit again tomorrow.
tunku :why are the ministry not asking the parents , on what they think of PPSMI ? they are one of the most important element to decide whether to continue or not with PPSMI. as for the status of Bahasa Malaysia as the national language , i think there should be concern of its less to none usage in private sector,business signboards, road signboards, usage in court.don't just look at PPSMI which has a very minimal to none effect. for the ability of students to master english, there is improvement especially in te rural areas where students start using the englishh terms and able to speak simple english too. for the competency of teachers to teach those two subjects in english is not a problem, send them for training and for the new teacher's trainers, there should be no problem.from time to time , the ministry can come out with more sophisticated and advance method of teaching. we should move forward not backward.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 comments:
i guess this is the best quote for those ppl..org berjaya mencari jalan, org gagal mencari alasan.
Ask the parents!!!! Ask each and everyone of them!!! Please!!!!! Let the parents think for once and not leave their children's fate in the hands of others (or is that what they actually want?)
pootz in boots,
yes, let the parents think and decide what is the best for their children.
as for me i support PPSMI and wants it to continue.
As a parent of 5 growing children i totally disagree to teach english at the cost of Mathematic and Science subject.
It is unfair to see my children being punish in Mathematic and Sciences subjects because they are weak in English.
Enhance the method of teaching English so that more students could learn the international language without losing their interest in Mathematic and Science subjects.
Actually we do not need rocket scientist to figure this out.
better don't teach anything to them, ajar susah, tak ajar pun susah.kecohlah.
orang dah buat elok2 ikut sajalah.
siapa suka belajarlah, yang tak suka jangan belajar dlm english, lagipun exam boleh jawab dwi bahasa, apa susah.
saya setuju dengan pandangan-pandangan bernas yang menyokong sama ada PPSMI atau pun yang menentang PPSMI.
Tapi saya betul-betul tidak berkenan dengan komen oleh anonymous dan awang bemee ini....sangat tak berfikir!!
TApi apa-apa pun, pasti ada penyelesaiannya juga dalam masalah ini. Mari kita kaji dari setiap aspek? Mungkin yang menentang patut berhenti merungut dan memainkan peranan dalam memperkasakan bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu anak-anak sendiri?
Atau mungkin yang menyokong pula bantulah proses perubahan rakyat Malaysia ini. Dan bersikap patriotiklah terhadap bahasa Melayu yang dijadikan bahasa perpaduan semenjak kemerdekaan.
Biar pewaris bangsa tentukan
CADANGAN pelaksanaan PPSMI terus dipertikaikan. Malahan terdapat suara-suara sumbang yang meminta Menteri Pelajaran meletakkan jawatan jika PPSMI tidak dimansuhkan. Sebagai seorang pelajar di salah sebuah IPTA, saya berasa amat sedih dan terkilan dengan situasi ini.
Saya mengakui sewaktu pertama kali PPSMI diperkenalkan pada 2003, saya dan rakan-rakan mengeluh kerana kami hanyalah budak kampung yang cetek ilmunya dalam bahasa Inggeris. Malah kami tidak pernah terfikir untuk mendalami bahasa Inggeris dan mempraktikkannya dalam kehidupan seharian. Kami amat risau akan ketinggalan dalam mata pelajaran Sains dan Matematik yang akan diajar dalam bahasa Inggeris. Begitulah pemikiran budak-budak kampung pada waktu itu.
Setelah saya mula mempelajarinya, saya merasakan pembelajaran kedua-dua mata pelajaran ini amat menyeronokkan malahan lebih mudah. Dengan semangat yang membara, kami memasang tekad untuk memajukan diri dan mengubah nasib keluarga.
Alhamdulillah saya dan rakan-rakan berjaya memperoleh 8A dalam PMR 2005 dan 9A1 dalam SPM. Ramai di kalangan kami yang diterima masuk ke IPTA dan menerima bantuan biasiswa daripada Mara dan JPA.
Ternyata pepatah Melayu, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih ada kebenarannya. Apa yang ingin saya tekankan di sini adalah usaha, tekad dan keberanian untuk mencuba adalah faktor yang paling penting bagi memastikan kaum Melayu melangkah setapak lebih maju lagi.
Walaupun ada di antara kita yang berasal dari desa, di ceruk pedalaman dan sebagainya, ia bukanlah alasan untuk tidak berjaya sekiranya PPSMI diteruskan.
Jika dilihat dari sudut positif, PPSMI sebenarnya memberikan banyak kebaikan. PPSMI merupakan salah satu platform awal untuk para pelajar membiasakan diri dengan bahasa Inggeris.
Mengikut kajian, umur yang paling baik untuk menyerap dan mempelajari sesuatu bahasa dan ilmu ialah pada lingkungan umur tiga hingga sembilan tahun.
Kakak saya pernah mengadu kepada saya bahawa dia mengalami kesukaran belajar di universiti yang subjeknya diajar dalam bahasa Inggeris kerana dia tidak pernah didedahkan dengan penggunaan bahasa Inggeris yang luas sejak dari kecil kecuali sewaktu kelas Bahasa Inggeris di sekolah.
Kakak saya juga sering meminta bantuan saya sekiranya ingin menghasilkan ayat yang baik dalam bahasa Inggeris. Amat jelaslah di sini bahawa masalah-masalah seperti ini pasti akan timbul di kemudian hari sekiranya bahasa Inggeris tidak dipraktikkan sedari awal pembelajaran.
Cuba tuan-tuan dan puan-puan bayangkan jika PPSMI dimansuhkan, anak-anak kita tidak akan mempelajari bahasa Inggeris lagi kecuali sewaktu kelas Bahasa Inggeris. Apabila anak kita dewasa dan ditawarkan belajar di luar negara, adakah bahasa Melayu yang menjadi bahasa pertuturan?
Walaupun kita melarikan diri daripada bahasa ini pada awalnya, kita tetap perlu menempuhinya pada masa hadapan. Selain itu kebanyakan bahan-bahan rujukan dan maklumat di dalam Internet adalah di dalam bahasa Inggeris.
Saya tidak dapat memahami mengapa golongan cerdik pandai seperti Gapena berterusan membantah pelaksanaan PPSMI. Tindakan mereka ini sebenarnya memundurkan bangsa Melayu sendiri.
Sekiranya mereka ingin memperjuangkan bahasa Melayu, mengapa tidak mempersoalkan sesetengah syarikat yang mengenakan syarat terhadap pengambilan pekerja baru supaya tahu berbahasa Mandarin?
Mereka juga seharusnya memperjuangkan agar bahasa Melayu digunakan di papan-papan tanda di Pulau Pinang. Selain itu, mengapa Gapena tidak mengambil tindakan terhadap drama-drama Melayu yang kebanyakannya menggunakan bahasa rojak? Mempelajari bahasa Inggeris bukanlah bererti kita mengetepikan dan melupakan bahasa ibunda kita yang tercinta.
Bahasa Melayu tetap digunakan dalam pertuturan seharian kita malahan kedudukan bahasa Melayu tidak akan tercabar walaupun PPSMI diteruskan.
Di samping itu, mereka juga sepatutnya bertanya pendapat para pelajar tentang pelaksanaan PPSMI dan bukannya bertindak atas alasan politik.
Jadi, fikir-fikirkanlah. Siapa yang bakal mewarisi tampuk pemerintahan negara pada masa akan datang? Adakah remaja yang tiada kesungguhan dan keberanian? Atau kita menginginkan seorang pemimpin yang berdisiplin, berpandangan jauh, berkeyakinan, petah berbahasa Inggeris dan menyanjung tinggi bahasa Melayu serta dapat membawa Malaysia seiring dengan kuasa-kuasa besar yang lain.
Segala keputusan hari ini, pasti memberi kesan pada hari esok.
WEE NAJIE,
ANAK KAMPUNG PEWARIS
PPSMI: Perjalanan dituju anak cucu kita masih jauh
KEBANYAKAN tokoh bahasa Melayu hari ini menentang Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dengan alasan tidak memartabatkan bahasa Melayu.
Saya juga pencinta bahasa Melayu tetapi saya agak berlainan sedikit pandangan tentang perkara ini. Bagi saya pengunaan bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik hanya dalam mata pelajaran yang berkenaan sahaja. Ini bukan menjejaskan penggunaan bahasa Melayu dalam mata pelajaran lain. Malah PPSMI ini juga akan memantapkan lagi penguasaan mata pelajaran bahasa Inggeris bagi anak-anak kita.
Kita sibuk menentang sekeras-kerasnya isu ini hanya kerana dua mata pelajaran yang diajar di sekolah rendah tetapi tidak melihat bagaimana bahasa Melayu ini digunakan di tempat yang jauh lebih penting.
Sebagai contoh, lihat sahaja pemimpin, tokoh korporat dan tokoh penting lain yang sepatutnya menjadi contoh sebagai pemartabat bahasa Melayu tetapi masih ada antara mereka yang tidak menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya. Masih menggunakan 'bahasa rojak'.
Malah yang lebih menyedihkan lagi ada tokoh Melayu yang tidak bercakap sepatah pun bahasa Melayu dalam urusan rasmi, temuramah dan sebagainya.
Begitu juga surat rasmi sebahagian daripada jabatan kerajaan atau swasta masih menggunakan bahasa Inggeris. Bagi saya perkara ini tidak ada kompromi kerana semua rakyat di Malaysia belajar bahasa Melayu.
Komen saya, apa tokoh bahasa buat menangani masalah ini? Di mana kelantangan suara mereka dan kenapa tidak ada dibuat memorandum atau perhimpunan menyuarakan perkara ini?
Isu ini lebih besar daripada PPSMI. Ia bila-bila masa boleh ditukar semula kepada bahasa Melayu. Tetapi apa jaminan dan peranan tokoh bahasa kepada isu besar seperti saya nyatakan tadi, adakah semudah kita memberhentikan PPSMI?
Selebriti tanah air dan kebanyakan mereka yang ditemuramah oleh stesen TV, berbangga dengan bahasa rojak, malu menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya takut dikatakan orang tidak 'educated'. Kementerian Penerangan hendaklah bertindak tegas.
Selebriti atau individu rakyat Malaysia yang ditemuramah di TV hendaklah disyaratkan mereka menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya. Hanya ketegasan yang boleh merubah sikap orang Melayu bagi memartabatkan bahasa Melayu.
Saya malu, orang bukan Melayu lebih banyak menggunakan bahasa Melayu kalau ditemuramah jika dibandingkan dengan orang Melayu sendiri. Saya berharap pihak yang bertanggungjawab dan berkuasa memartabatkan bahasa Melayu lakukanlah hingga ke peringkat antarabangsa. Janganlah kerana PPSMI yang hanya merupakan dua matapelajaran yang terlalu kecil diperbesar-besarkan sehingga lupa perkara yang lebih besar tidak diambil perhatian yang serius.
Kebanyakan tokoh bahasa yang lantang menyuarakan isu ini sudah menjangkau umur 60 tahun ke atas. Zaman ketokohan mereka sudah hampir berlalu, janganlah libatkan anak cucu kita yang masih jauh perjalanan yang hendak dituju.
BEKAS GURU BAHASA MELAYU
Kuantan, Pahang
Kenapa dibantah langkah memajukan anak bangsa sendiri?
SAYA berasa amat tersinggung dan tidak puas hati dengan kumpulan-kumpulan pendesak yang mahu kerajaan memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Apakah tujuan mereka sebenar-benarnya?
Ingin menjadi hero agar dimasukkan ke dalam buku sejarah Malaysia pada masa akan datang? Tidakkah mereka sedar, orang Melayu telah jauh ketinggalan dan diperkotak-katikkan dalam segala bidang. Apakah mereka ingin bangsa Melayu terus mundur dan ketinggalan sampai bila-bila?
Memang benar bahasa ibunda kita mesti dipertahankan. Bahasa Melayu mesti didaulatkan. Tetapi ada banyak cara lain lagi. Kalau betul mereka ini hero Bahasa Melayu, perjuangkan Bahasa Melayu di papan-papan tanda jalan di Pulau Pinang yang dianaktirikan.
Perjuangkan kenapa bahasa Melayu diketepikan dalam sektor swasta yang jelas memperkecilkan bahasa Melayu, walhal mereka menjalankan aktiviti mereka dalam negara Malaysia, sehingga secara langsung mengenepikan hak-hak anak Melayu untuk memperoleh pekerjaan dalam syarikat mereka.
Perjuangkan kenapa Bahasa Melayu hanyalah secebis tulisan kecil (atau kadang-kala tiada langsung) pada papan tanda kedai-kedai dan premis-premis di bandar seluruh Malaysia. Perjuangkan itu semua, barulah hero namanya.
Ini yang dihebohkan, yang dibantah, sesuatu yang dilakukan untuk kemajuan untuk anak bangsa sendiri.
Difikirkan sedalam-dalamnya, mereka ini golongan yang hanya mementingkan diri sendiri. Mereka berkata, Jepun dan Korea tidak perlu Bahasa Inggeris untuk kemajuan negara mereka.
Cubalah berfikiran terbuka dan teliti. Jepun dan Korea tidak menggunakan bahasa Inggeris kerana segala teknologi itu mereka yang cipta sendiri. Mereka bebas menamakan ciptaan mereka menggunakan bahasa mereka. Mereka rajin berfikir dan berusaha. Tetapi kita masih lagi negara membangun dan kita masih belajar.
Negara kita masih mengharapkan kemahiran, kepakaran dan maklumat-maklumat daripada orang lain yang ternyata mengutamakan Bahasa Inggeris. Berapa banyakkah buku-buku mereka diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu?
Lagi pun ada banyak mata pelajaran lain lagi yang masih menggunakan Bahasa Melayu? Kalau Sains dan Matematik dikembalikan ke bahasa Melayu, mereka yang berpangkat dan berada boleh menghantar anak-anak ke pusat tuisyen yang terbaik atau hantar saja anak-anak ke sekolah antarabangsa.
Tetapi bagi kami yang berpendapatan kecil dan bukan senang, apalah daya kami? Nampaknya golongan ini mahu terus fenomena yang kaya terus berjaya, yang susah sentiasa mundur sampai bila-bila.
Harapan saya dan seluruh rakyat Malaysia kelas menengah dan rendah, supaya kerajaan tidak akan tunduk dengan desakan oleh mereka ini.
Lagi pun bekas perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah berjanji, Sains dan Matematik akan dikembalikan ke Bahasa Melayu apabila kita menjadi negara maju dan menguasai semua teknologi dan kepakaran nanti, insya-Allah. Hidup ini kadang-kala perlu penghijrahan dan anggaplah ini sebahagian daripada Hijrah.
PAK MAT BERWAWASAN
Cheras, Kuala Lumpur
PPSMI hanya perlu penambahbaikan
Oleh AZMI ABDULLAH
KENYATAAN Profesor Emeritus Tan Sri Ismail Hussein bahawa pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matemetik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) "membunuh" bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dalam jangka masa yang panjang, masih boleh disanggah.
Apatah lagi kenyataan yang mengatakan PPSMI akan melenyapkan budaya dan jati diri orang Melayu, tidak dapat diterima dari segi logik. Kedua-dua alasan ini hanya melihat dari perspektif yang sempit, dan dalam konteks semasa kenyataan-kenyataan itu tidak relevan.
Pelaksanaan PPSMI itu sendiri mestilah dilihat daripada perspektif waktu ia mula dilaksanakan. Kementerian Pelajaran telah melaksanakan PPSMI sejak tahun 2003 atas arahan Jemaah Menteri. Tentulah Jemaah Menteri mempunyai asas pertimbangan yang kukuh (rasional) untuk melaksanakan dasar ini.
Barangkali, boleh dikatakan bahawa keputusan Jemaah Menteri berhubung PPSMI ini merupakan langkah kehadapan yang sangat pragmatik selaras dengan Wawasan 2020 - menzahirkan Malaysia sebagai sebuah negara maju mengikut acuan sendiri.
Matlamat dasar PPSMI adalah untuk menyediakan rakyat Malaysia yang lebih berdaya saing dalam era globalisasi.
Apakah erti MSC, Cyberjaya, broadband, Pembangunan Koridor ECER, NCER, globalisasi, angkasa lepas, industrialisasi dan bermacam-macam lagi konsep baru yang disuapkan kepada mereka, kalau sekadar belajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris pun kita sudah menjadi kalut dan haru-biru.
Sebagai pemimpin, baik pemimpin negara mahupun pemimpin organisasi, kita adalah pemberi teladan. Janganlah kerana sentimen dan emosi, kita mendedahkan kepada generasi baru tentang kelemahan diri, perasaan lemah semangat dan mudah mengalah kita kepada mereka.
Apakah kita sudah menyediakan perahu dan pengayuh untuk mereka harungi arus yang bergelora dalam tempoh 50 Tahun kedua?
Apabila kita sudah menjanjikan sebuah negara maju sepenuhnya mengikut acuan sendiri menjelang 2020, janganlah pula kita mengundur ke belakang. Ukuran kejayaan dan kemajuan tidak statik. Ukuran kejayaan yang tinggi atau cemerlang yang diukur pada tahun 2020 tidak mungkin lagi sama pada 2057.
Sudah tentulah kita mesti menjangkau ke depan dan jangkauan kita mestilah lebih luas dan pantas.
Apa yang pasti, PPSMI adalah pendekatan dan penyelesaian terbaik yang telah diputuskan oleh Jemaah Menteri untuk menghadapi cabaran strategik Wawasan 2020. Salah satu daripada sembilan cabaran strategik Wawasan 2020 ialah melahirkan masyarakat yang berbudaya saintifik dan progresif.
Inilah teras kekuatan kepada negara yang menuju ke arah kemajuan sosio-ekonomi yang lebih mantap serta menghadapi cabaran dan persaingan global yang semakin sengit.
Adakah anak-anak dan cucu-cucu kita yang mempelajari Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris akan hilang jati diri Melayu dan semangat nasionalis? Penulis tidak fikir keadaan ini akan terjadi dengan hanya kita melaksanakan PPSMI.
Sebaliknya, apabila isu PPSMI ini digembar-gemburkan, maka pemikiran dan persepsi masyarakat sudah berada di persimpangan. Kita sudah hilang arah tuju. Visi yang kita kongsi bersama untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020 dan bersama-sama menangani sembilan cabaran sudah tidak kita pedulikan lagi. Kita sudah hilang fokus.
Inilah dilema kita -- berada di dua persimpangan yang getir. Persimpangan pertama ialah memansuhkan PPSMI seperti mana yang dilaung-laungkan oleh Gerakan Menentang PPSMI (GMP).
Memansuhkan PPSMI bererti undur dan lari daripada kenyataan dan tidak berpijak di bumi nyata serta 'mengalah' kepada kepentingan 'Cultural Nasionalist' yang kita pun tahu matlamat mereka.
Apalah ertinya semangat nasionalis kalau anak bangsa bukan sahaja tidak mampu bersaing dalam negara, malah gagal mendapat tempat dalam persaingan dunia tanpa sempadan yang lebih sengit. PPSMI tidak mungkin sama sekali menghapuskan Kemelayuan, Kecinaan atau Keindiaan.
Seperti kata Dr. Anuar Ahmad, Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM); "Dasar ini tidak seharusnya dilihat dari sudut politik, perkauman atau percubaan menghakiskan jati diri bangsa dan budaya kebangsaan. Sebaliknya ia harus diterima sebagai suatu persediaan kepada negara dalam mempersiapkan generasi akan datang untuk menempuh masa depan yang lebih mencabar."
Persimpangan yang kedua ialah menuju ke laluan penuh cabaran tetapi menjanjikan peluang-peluang yang baik, iaitu meneruskan dasar PPSMI dari sekolah rendah seperti yang dilaksanakan sekarang. Inilah yang terbaik untuk bangsa dan negara kita 50 tahun akan datang. Maka, kalau kita tahu ia baik, ikutilah laluan ini untuk ke destinasi yang hendak dituju.
Tidak perlu Kementerian Pelajaran mengemukakan tujuh alternatif pelaksanaan PPSMI kepada Jemaah Menteri untuk diputuskan kerana apa yang diputuskan enam tahun yang lalu itu sudah tepat.
Kalau enam tahun lalu ia keputusan yang tepat, apatah lagi sekarang dengan segala tuntutan dan cabaran baru yang mesti kita tempuh.
Dalam zaman dunia tanpa sempadan ini, janganlah kita memperkecil-kecilkan kebolehan dan keupayaan anak-anak Melayu luar bandar untuk belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Janganlah keadaan yang kita sendiri cetuskan menjadikan mereka golongan yang merasa diri mereka rendah diri.
PPSMI patut diteruskan. Berilah peluang kepada anak-anak kita memperolehi sesuatu yang baik ini demi masa depan mereka.
Apa yang penting diteliti bersama oleh semua pihak ialah aspek menambah baik pelaksanaannya. Bagaimana pelaksanaan PPSMI itu dapat dijalankan dengan lebih berkesan supaya memberi faedah yang maksimum kepada pelajar.
Penulis ingin mencadangkan kepada Kementerian Pelajaran beberapa langkah bagi penambahbaikan berterusan.
Pertama: Tempatkan guru-guru Sains dan Matematik yang baik dan fasih berbahasa Inggeris di luar-luar bandar dan pedalaman.
Kedua: Sediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang lengkap bagi membantu kefahaman murid-murid serta melengkapkan perpustakaan di sekolah, terutamanya di sekolah menengah.
Ketiga: Adakan latihan secara dalaman kepada guru-guru secara lebih terancang dan berjadual dan dikendalikan sendiri oleh pihak sekolah.
Keempat: Tingkatkan kesedaran pelajar untuk lebih bersungguh-sungguh mempelajari Sains dan Matematik demi masa depan mereka.
Kelima: Tingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid dan guru.
Akhirnya, sama-sama kita berfikir secara terbuka. Apakah PPSMI ini untuk kita atau untuk generasi 2020? Tentu kita boleh mendapat jawapannya.
PENULIS ialah pesara guru.
pada pandangan sy pula tntg PPsMI ni sebenarnya adalah untuk memartabatkan orang-orang Melayu.. tiada apa lagi yang hendak dijadikan identiti Melayu seandainya segalanya ditukarkan...
Bahasa Melayu merupakan identiti yang perlu dikekalkan di Malaysia. jika diteliti tentang Perlembagaan Malaysia menyebut Melayu itu merjuk kepada mereka yang bertutur dalam bahasa Melayu dan beragama Islam lazimnya.. di sini jelas pengertian itu..skiranya bagsa Melayu sendiri sudah mencampur adukkan percakapan sehari2an mereka dengan bahasa campuran..di manakah nilai bahasa Melayu untuk masa hadapan?? anak cucu pada tahun 2020, adakah mereka pandai berbahasa Melayu kelak..di manakah dapt dilihat identiti Melayu itu???
kita lihat semua ini untuk jangka masa panjang...di negara Jepun boleh berjaya dengan menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri..kenapa tidak Malaysia??? sememangnya amat bagus dapat mendalami bahasa asing, namun fikirkanlah tentang bahasa Melayu kini..
pemerintah dahulu sedaya upaya mencuba untuk menaikkan orang-orang Melayu supaya orang Melayu tidak ketinggalan daripada bangsa-bangsa lain.. fikirkan lah..
bacalah buku tentang perjuangan pemerintah-pemerintah dahulu untuk menaikkan bgsa Melayu.. bahasa bukan dapt dipelajari melalui rumus2..tetapi melalui pembendaharaan kata, sedangkan yang diajar dalam bhasa asing ini adalah subjek sains dan mate..
sedangkan yang pandai terasa sukar, inikan pula yang lemah...
"Yang Pandai akan Terus Pandai dan Maju ke Hadapan, sedangkan Yang Lemah akan Terus Ketinggalan"
jangan mengaburi bangsa kita dengan menurunkan gred kelulusan di peringkat peperiksaan awam, sedangkan markah untuk memperolehi A sebenarnya tidak mengikut piawaian sebenarnya ....
"yang pandai akan terus pandai..yang lemah akan terus ketinggalan"...
itu yang akan kita lihat pada masa akan datang...
akan wujud 2 golongan seperti zaman sebelum kemerdekaan dahulu...
sama-samalah kita lihat...
Teaching science and maths in English can have grave effects on Malaysia. Read my latest blog entry to find out more.
Thanks!
Post a Comment