Thursday, May 31, 2007

Umno Flags Seen In Sarawak


Umno flags can be seen in some places now, even signboards at business premises.Who is behind this group as UMNO does not recognized this group.this group is labeled as losers by the sarawak bn leaders, but are they really losers or they have no avenue any longer t voice out in PBB.According to source there are 70 Umno branches in Sarawak with the biggest in Kuching. More young Malay professional are joining it.It's moving "underground" as it's illegal.These group together with the other bumis like Iban are fed up with the state leadership, but they at hearts still believe in the BN government but not the state leaders.
My opinion is Umno should enter Sarawak very soon before DAP spreads their wings as they are getting more and more supports especially from the chinese and now to the extend of the iban peoples.If BN does not "wakes up" its future in sarawak won't be good like it's enjoying today.The chinese who always support the BN government today turns their back.Their only grieve is the land premium issue which SUPP(BN) had failed to deal with it and dap is taking full advantage of this.Pkr has not much support in sarawak according to a source.
For Umno to come to Sarawak, its something like cross taib mahmud's dead body.Umno should start moving in slowly and wins the heart of the people here especially the Ibans.Umno should not forget at any time the importance of Iban and their privileges.If Iban supports Umno then taib mahmud can't do much.If Umno comes in sarawak then i guess Daud a n Adun of sarawak will join umno happily but let us see what he says now.

Daud dedah ‘golongan’ cuba bawa UMNO ke Sarawak

MIRI, 28 Mei: Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Daud Abdul Rahman berkata golongan ahli politik yang kecewa dan cuba membawa masuk UMNO dari pintu belakang tidak dialu-alukan di Sarawak.
Beliau berkata PBB sebagai tulang belakang BN Negeri tidak mengenali orang-orang ini yang dipanggil penaja UMNO dan cuba membawa parti Semenanjung itu tanpa persetujuan mereka.
Daud berkata Pengerusi Barisan Nasional Pusat, Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad tidak memberikan persetujuan untuk mengembang sayap UMNO ke Sarawak kerana BN Negeri dapat menjaga kepentingan mereka di bawah semangat dan konsep perkongsian kuasa BN.
“Mereka (golongan yang cuba membawa masuk UMNO ke Sarawak) adalah ahli-ahli politik yang kecewa, kami tidak mengenali mereka, siapa mereka dan apakah kepentingan mereka jika UMNO dikembangkan ke sini,” kata Daud kepada Utusan Borneo semasa dihubungi di Kuching hari ini.
Menurut Daud, UMNO di peringkat persekutuan tidak diberi mandat untuk mengembangkan sayap ke Sarawak kerana presiden UMNO dan anggota-anggota kanan UMNO sudah memberi jaminan kepada BN Negeri.
Daud memberitahu, jika UMNO mahu mengembangkan sayap ke negeri ini mereka mesti datang menerusi pintu depan dan bukan pintu belakang dengan para pemimpin politik yang tidak dikenali oleh para pemimpin dan anggota-anggota parti komponen BN.
Daud, yang juga Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri berkata, UMNO di peringkat persekutuan tidak akan membelakangi parti-parti komponen BN Sarawak yang merangkumi PBB, SUPP, SPDP dan PRS.
Beliau juga ditanya mengenai bendera-bendera UMNO yang kelihatan dikibarkan di beberapa buah kampung di Miri sejak beberapa hari lalu.
Naib presiden PBB itu menegaskan bahawa mereka yang dipanggil penaja UMNO cuba memburukkan nama dan memperlekehkan kerajaan BN Sarawak dan parti tulang belakang, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), di bawah kepimpinan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.
Beliau berkata, orang-orang ini tidak memahami keperluan senario politik dan keadilan pengagihan pembangunan bagi semua kaum di sini memandangkan rakyat di Sarawak merangkumi 27 suku kaum.
Daud berkata, di Sarawak kekuatan parti komponen BN bergantung kepada PBB, sebuah parti majmuk yang berjuang untuk kepentingan semua kaum kerana tidak ada kaum tertentu yang menjadi majoriti di sini.
Beliau berkata kerajaan satu kaum sahaja yang memerintah di negeri Sarawak bukanlah trend yang sihat, tetapi PBB menerima semua kaum tidak kira Islam mahupun bukan Islam untuk menjadi rakan-rakan dalam konsep perkongsian kuasa BN.
“Mereka tidak faham, bukan mudah untuk mentadbir dan melindungi kaum-kaum di Sarawak, dan rakyat tidak akan memandang enteng usaha untuk mencemari kerajaan yang cuba memberi pengagihan pembangunan secara adil,” kata Daud.
Daud menjelas lanjut, Ketua Menteri Pehin Sri Taib yang juga ketua BN Negeri selaku presiden PBB sudah membawa pembangunan yang pesat kepada negeri dan mengagihkan pembangunan secara adil kepada semua kaum seperti apa yang dinikmati sekarang.
Beliau berkata, Ketua Menteri mesti adil kepada semua kaum daripada pelbagai agama dan kaum selain melindungi konsep BN dalam memerintah dan membangunkan Sarawak.
“Kita dalam PBB mengamalkan politik cara Sarawak, setiap kaum mesti bertolak ansur, dan ini adalah penting untuk menegakkan konsep parti,” kata Daud sambil menegaskan bahawa tidak ada parti lain di negeri ini yang dapat memperjuangkan konsep perkongsian kuasa.
Beliau berkata politik di Sarawak adalah berbeza daripada politik di Semenanjung Malaysia atau Sabah kerana tidak ada kaum tertentu yang menjadi majoriti di sini.
Daud berkata perbezaan politik di Semenanjung Malaysia dan Sabah ialah UMNO dapat memerintah di sana kerana majoriti rakyat di sana beragama Islam tetapi bukan di Sarawak yang memerlukan konsep perkongsian kuasa untuk membentuk kerajaan BN.
Beliau menegas lanjut, jika UMNO dibawa masuk menerusi pintu belakang, rakyat di sini tidak Akan mengalu-alukan pergerakan mereka di dalam negeri.

3 comments:

Anonymous said...

sarawak adalah untuk orang sarawak sahaja...untuk parti yang asalnya dari sarawak sahaja...disin ingin saya katakan...jagalah kepentingan untuk anak cucu kita nanti...bukan unuk kepentingan kita yang sekarang...ingat!!!!

kurit raup said...

pehin seri Abdul Taib Mahmud merupakan pemimpin yang adil dan beribawa yang telah terbukti mampu mengekalkan keharmonian rakyat di sarawak. jadi tidaklah relevan kewujudan JPUNS yang boleh memecahbelahkan

Anonymous said...

hidup pehin seri!!