Saturday, May 19, 2007

anwar talks based on his past experience


Anwar Ibrahim menegaskan pengumuman kerajaan mahu membentang belanjawan 2008 yang difokus kepada kakitangan awam sebagai umpan pilihan raya semata-mata.
“Saya nampak ada isu besar yang lain. Dan apa yang dicadang untuk diberi itu hanya sekadar minimum sahaja,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Pusat Khidmat Parlimen Kota Bharu di sini, hari ini.
Hadir sama Pengerusi Perhubungan KeADILan Kelantan, Haji Nik Mahmood Nik Hassan dan anggota jawatankuasa KeADILan negeri serta ketua-ketua bahagian.
Baru-baru ini Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mengesahkan gaji kira-kira 1.2 juta kakitangan awam akan dinaikkan. Berikutan pengumuman itu barangan keperluan harian sudah dinaikkan peniaga.
Dan semalam Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop mengulangi Bajet 2008 akan memberi fokus bagi menjaga kebajikan kakitangan awam.
Anwar yang juga bekas Menteri Kewangan berkata, kakitangan awam memang berhak untuk mendapat gaji yang lebih baik kerana mereka berdepan dengan tekanan hidup dan harga barang yang meningkat sekarang.
“Tetapi apabila kita tengok apa yang dilakukan Barisan Nasional dan Umno ini bukan hendak bela kakitangan awam tetapi sekarang mahu memenuhi kehendak pilihan raya,” katanya.

tunku : this parasite always talk nonsense as he has nothing in his mind except for personal agenda.what he is saying now is based on what he did during his days in umno and government. he had done all the things which he is criticizing now.when he was the finance minister what he did except helping cronies and pleasing the jews.

No comments: