Wednesday, May 16, 2007

Nazri criticised Mukhriz Mahathir


Nazri tegur Mukhriz
AD
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz, Isnin, menegur Datuk Mukhriz Mahathir selaku Pengerusi Biro Antarabangsa Pemuda UMNO Malaysia menjemput bapanya, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menyampaikan ceramah pada satu majlis anjuran biro itu di Taiping pada hari Ahad.
"Ini nepotisme sebenarnya yang lebih buruk daripada kronisme kerana, dia pengerusi biro, jemput bapa dia berucap bagi memberi peluang untuk hentam kerajaan," katanya kepada para wartawan di Kota Bharu.
Nazri juga menilai kritikan Dr. Mahathir "sangat berpihak" kepada pembangkang dan tidak memberi sebarang kebaikan kepada negara dan parti.
Dalam program yang dianjurkan oleh Biro Antarabangsa Pemuda UMNO di Taiping Golf Resort itu, Dr. Mahathir menyampaikan ceramah bertajuk Membina Kekuatan Bangsa.
Beliau yang kebelakangan ini dikenali sebagai paling vokal mengkritik tindakan Dr. Mahathir menghentam Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, bekas Perdana Menteri itu perlu mengakui hakikat ini kerana kritikannya turut menjejaskan persiapan Barisan Nasional untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.
"Kalau dah hentam kerajaan bukankah Tun sebenarnya berpihak kepada pembangkang," katanya semasa ditemui pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Khatib Ali .
Dua hari lalu, Dr. Mahathir menafikan beliau berpihak kepada pembangkang sebaliknya kritikannya itu bertujuan menjadikan kerajaan dan Umno lebih kuat dan terus kukuh.
Mengulas perkara itu, Nazri berkata, "kalau nak salur pandangan janganlah sampai menyusahkan kita kerana kita sedang bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum."

tunku : i think this hatchet man is out of his mind.by calling his father to give a speech is called nepotism, what's wrong with your brain nazri, are you having foot in mouth disease. let me remind you, Tun Mahathir is former UMNO president,(still an umno member), former Prime Minister, why can't call him to deliver speech.next time nazri,please use your brain .

No comments: