Friday, March 9, 2007

What an explanation


Penduduk perlu berkorban untuk pembangunan
Utusan Malaysia
KUALA LUMPUR 8 Mac – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu rakyat menerima hakikat bahawa setiap pembangunan memerlukan pengorbanan mereka.
Perdana Menteri yang kecewa kerana rakyat membantah setiap pembangunan yang dilaksanakan berkata, pembangunan sebenarnya memberi faedah besar kepada negara.
‘‘Mereka (rakyat) kena menerima hakikat bahawa pembangunan memberi kesan kepada mereka terutamanya yang tinggal berhampiran projek tersebut. Mereka kena beri laluan,’’ kata beliau pada sidang akhbar selepas majlis perasmian Projek Pantai Sentral Park, Pantai Dalam di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai Projek Empangan Klau di Pahang yang akan diteruskan walau pun mendapat bantahan penduduk dan aktivis alam sekitar.
‘‘Empangan Klau ini memang penduduk bantah, buat apa pun penduduk bantah, semua bantah,’’ tegas Abdullah.
Perdana Menteri mengakui projek Empangan Klau yang dijangka menelan belanja RM3.8 bilion turut menyebabkan penduduk di kawasan berhampiran dipindahkan.
‘‘Sama seperti jalan raya, mereka (penduduk) kena pindah. Mereka tidak senang hati bila kena pindah dan mereka buat tindakan,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Abdullah berkata, pengeluaran 3,000 permit import (AP) kereta bertala kepada syarikat Wald oleh Jawatankuasa Khas Kabinet baru-baru ini dibuat atas keperluan tertentu.
Pengeluaran
Menurut Perdana Menteri, pengeluaran AP tersebut akan hanya berlaku atas sebab-sebab khas dan bukan merupakan amalan biasa.
‘‘Kita tidak mahu nanti ia menjadi satu kebiasaan. Ia perlu dan hanya dilakukan untuk sebab-sebab khas,’’ katanya ketika diminta mengulas pengeluaran AP tersebut kurang dari setahun selepas kerajaan menghentikan pengeluaran AP kepada kereta import bertala.

Abdullah juga menyatakan bahawa usaha ditumpukan kepada pencapaian Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan pembangunan ekonomi negara.
Meskipun Perdana Menteri memuji usaha parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) memulakan jentera pilihan raya masing-masing, beliau berkata, kelancaran ekonomi negara adalah penting dan perlu diberi perhatian.
‘‘Semua perancangan saya menuju ke arah hendak menjayakan RMK-9, hendak memesatkan pembangunan, hendak memastikan supaya ekonomi kita terus bergerak.
‘‘Di samping itu juga memastikan rakyat Malaysia menikmati keamanan dan rasa selamat hidup di Malaysia,’’ katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada tarikh pilihan raya hampir tiba dengan pengaktifan jentera pilihan raya parti-parti komponen sejak kebelakangan ini.
Sementara itu, Abdullah menafikan bahawa imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini teruk dan tidak baik.
Beliau menegaskan, PDRM telah menunjukkan kemajuan dan melaksanakan pembaharuan yang bersungguh-sungguh bagi memastikan kegiatan jenayah dapat ditangani.
‘‘Tetapi ini (kebaikan PDRM) jarang orang nampak, orang nampak buruk sahaja,’’ katanya ketika diminta mengulas satu kaji selidik oleh Transperancy International baru-baru ini yang mendakwa 58 peratus polis di negara ini tidak boleh dipercayai.

tunku : i'm going to comment only on AP issue. What Tun Mahathir's concerns and questions to government which one of it is why thousands of AP's given out has not been answered till today. Why this 2 individual(Syed Azman and Hanif) given thousands of AP's has not been answered too. This AP issue actually made Proton a losing company at the moment.As a Malaysian i would like to see Proton excel and be our pride and that's Tun Mahathir's concern too.....proton's future. But our queen rafidah seems to enjoy giving thousands of AP's . See how our pm explained to public on why 3000 ap's approved to Wald, SPECIAL REASON and at the same time said that don't make it as a common thing to do. What is the special reason mr prime minister, the public should know the details, dont just answer its because of special reason. By giving that answer you think that we will digest it, no mr prime minister, we are not stupid.PLEASE STOP MAKING US A FOOL AS WE ARE NOT FOOLS.

No comments: