Thursday, March 15, 2007

Another case of foot in mouth disease


BESUT, 14 Mac (Hrkh) – Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan pemimpin Umno mengganggap Islam benda yang hodoh.
Ini, katanya kerana Umno mengambil fahaman kebangsaan dan menolak Islam.
“Bila Umno tolak Islam, sah dalam kepala dia Islam itu hodoh, tidak betul, cacat dan tidak sempurna,” ujarnya ketika berucap merasmikan Sambutan Jubli Emas PAS Kawasan Besut di Dataran Pusat Tarbiyah dan Komunikasi, Padang Luas, baru-baru ini.
Turut berucap pada majlis yang disertai oleh lebih 2,000 orang itu ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Dato’ Wan Abdul Muttalib Embong dan Yang Dipertua PAS kawasan, Dato’ Husain Awang.
Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menambah, sedangkan seseorang yang pergi ke pasar sudah pasti memilih sayur yang baik dan tidak rosak.
“Kita tolak sayur atau ikan yang tidak comel atau yang hodoh. Orang yang tolak hak comel, itu gila,” ujarnya.
Katanya, adalah tidak munasabah Allah Taala melantik perutusan-Nya yang cacat dan tidak sempurna.
Sehubungan itu, beliau menyeru para penyokong Umno supaya berfikir panjang berhubung perkara itu.
“Kita kena fikir panjang terutama di kalangan orang Umno sekarang. Mana boleh Islam itu cacat, bukan datang daripada kita tetapi daripada Nabi s.a.w. dan Tuhan,” ujarnya. - mks.

tunku : typical pas style, always label others are unislamic, they are the only people who practice true islam. as an islamic leader you should not have said that, but you are islamic leader only in the eyes of pas, not others.

No comments: