Monday, March 26, 2007

keadilan won't participate in Machap by election


Parti Keadilan Rakyat tidak akan menyertai pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap pada 12 April depan, jelas Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat parti itu, Mohamed Azmin Ali.
Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Biro Politik yang bersidang pada 21 Mac lalu.
“Biro Politik telah meneliti semua pandangan yang merangkumi profil dan analisa DUN Machap, input dan maklumbalas dari pimpinan masyarakat tempatan serta peranan SPR yang masih dipertikaikan,” kata Azmin.
DUN Machap, jelasnya adalah salah satu kawasan tumpuan yang sudah dikenalpasti amat sesuai untuk Keadilan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-12.
Kerusi itu kosong berikutan kematian bekas ADUN Machap mendiang Datuk Wira Poh Ah Tiam, dari Barisan Nasional pada 15 Mac lalu akibat kanser.
Penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu ialah pada 3 April ini.
DUN Machap mempunyai seramai 9,623 pemilih, termasuk 108 pengundi pos, berdasarkan daftar pemilih yang dikemaskini sehingga 15 Mac lepas.
Dijangka DAP akan menyertai pilihan raya kecil tersebut bagi menentang BN.
Dalam pada itu, Azmin berkata tenaga dan perhatian akan ditumpukan sepenuhnya untuk memperkasakan Keadilan dan menjayakan harapan rakyat agar Keadilan memimpin agenda perubahan dan memenangi Pilihan Raya Umum yang akan datang.
“Matlamat utama keADILan ialah untuk melaksanakan strategi pilihan raya yang komprehensif termasuk mengenalpasti kawasan-kawasan tumpuan yang berpotensi untuk keADILan.
“Jawatankuasa Pemandu (JKP) Pilihan Raya Umum telahpun menyiapkan senarai kawasan-kawasan tumpuan khususnya di Pulau Pinang, Sabah, Perak, Selangor dan Melaka.”
Pertimbangan itu, katanya dibuat berdasarkan komposisi kaum di kawasan berkenaan, organisasi serta pengaruh parti di kawasan tempatan, prestasi Keadilan yang memberangsangkan dalam tahun 1999 dan penerimaan masyarakat bukan Melayu terhadap Keadilan yang semakin meyakinkan semenjak kebelakangan ini.
Sehubungan itu, kata Azmin, Keadilan akan menuntut supaya kerusi DUN Machap dikembalikan kepada parti itu dalam perbincangan pembahagian kerusi antara pakatan pembangkang.

tunku : this donkey party is not participating in machap, pas is not having cooperation with dap and vice versa. what kind of opposition we have in malaysia, and they think they can defeat BN in the next general election. keep dreaming oppositions.by right if they want to achieve good result in the next GE they should join hand in hand in Machap , disgusting lots.

No comments: