Monday, March 26, 2007

More leaders leaving PKR

Anuar Shaari keluar PKR
BUKIT MERTAJAM 25 Mac – Seorang pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anuar Shaari hari ini mengisytiharkan keluar dari parti itu kerana mendakwa kecewa dengan sikap dan sandiwara pucuk pimpinan PKR.
Anuar, 38, yang juga Ketua Keadilan Bahagian Permatang Pauh mengumumkan peletakan jawatan itu dan keluar dari PKR berkuat kuasa serta-merta semasa berucap pada mesyuarat agung tahunan bahagian berkenaan di Penanti di sini.
Turut hadir pada mesyuarat agung tersebut ialah Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
‘‘Saya mengambil keputusan ini kerana begitu kecewa dengan hala tuju parti yang terlalu banyak politiking, sandiwara dan sikap pemimpin atasan yang double standard,” dakwanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Anuar yang merupakan antara pemimpin kanan parti tersebut adalah bekas Setiausaha Sulit bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau menyertai parti itu pada 1999 selepas Anwar dipecat pada 1998 dan kemudian bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti pada pilihan raya umum 2004.
Pada pilihan raya tersebut, Anuar tewas kepada Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dengan majoriti 667 undi.

tunku : what is happening to keadilan, more and more leaders leaving the party. Something fishy is going on.

No comments: