Friday, April 20, 2007

Singapore Company Given Logging Business In Lojing


Lojing: Syarikat Singapura terbabit

KUALA LUMPUR 19 April – Menteri Sumber Manusia dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid mendakwa beliau mempunyai bukti Kerajaan Negeri Kelantan meluluskan permohonan tiga syarikat dari Singapura melakukan aktiviti pembalakan di Lojing.
Katanya, setiap syarikat itu diberi kira-kira 400 hektar kawasan untuk menjalankan aktiviti tersebut.
Sementara itu, Azmi berkata, baru-baru ini seorang exco kerajaan negeri mengeluarkan kenyataan bahawa beliau (Azmi) bersifat kebudak- budakan dalam menangani isu Lojing.
“Exco berkenaan membuat kenyataan itu dalam sebuah akhbar di Pantai Timur. Ini bukan soal budak-budak atau dewasa. Saya amat serius dalam isu Lojing ini.
“Kita mahukan kebenaran dan minta mereka berhenti daripada terus memusnahkan hutan kerana kemusnahan hutan akan membawa kerugian kepada ekonomi negara dan penduduk setempat,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.
Menurut Azmi, kerajaan Pusat tidak mempunyai kuasa untuk memberhentikan kerja-kerja pembalakan kerana Lojing terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri Kelantan.
Tambahnya, kini beliau hanya meminta kerajaan negeri untuk tampil memberi cadangan dalam memulihkan semula Lojing.
“Soal alam sekitar bukan melibatkan politik. Kita hanya meminta kerajaan negeri lebih bertanggungjawab dalam perkara ini.
“Saya sudah mendedahkan kepada rakyat, biar rakyat tentukan yang mana salah yang mana betul,” ujarnya.

tunku : wah pas government gave to singaporean company logging business, quite interesting. i had heard husam's ceramah, he was condemning abdullah of selling malaysia to foreigners and now it is proven that they are doing the same thing.You can have further details about this Lojing issue at http://bigdogdotcom.wordpress.com/2007/04/20/kelemahan-pas-jelas-di-lojing/.

No comments: