Friday, April 27, 2007

Should a MB involved in so many association ?


9 persatuan sukan sokong Shahidan

KUALA LUMPUR – Sekurang- kurangnya sembilan persatuan sukan kebangsaan menyokong Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim yang dijangka mencabar Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja’afar untuk jawatan tertinggi majlis tersebut.
Naib Presiden Kesatuan Atlet Amatur Malaysia (KOAM) Karim Ibrahim berkata, beliau menerima banyak panggilan daripada persatuan itu untuk menyatakan sokongan kepada presiden KOAM itu sejak kesatuan tersebut mencalonkannya.
“Beliau sudah bersedia untuk mencabar dan berkhidmat dengan MOM, jika ada mandat jelas daripada persatuan itu untuk perubahan. Ini apa yang beliau beritahu kepada saya semasa bertemu pada kali terakhir,” kata Karim kepada Bernama ketika dihubungi di sini, semalam.
Shahidan yang juga Presiden Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) dan Persatuan Kabbadi Malaysia (KAM) dijangka menentang Tunku Imran bagi jawatan presiden MOM semasa Mesyuarat Agung Tahunannya pada 26 Mei ini.
Jika pencabaran itu berlaku, ia adalah pertama kali Tunku Imran dicabar untuk jawatan tersebut sejak beliau mengambil alih tugas itu daripada Tan Sri Abu Samah pada 1999.
Pencalonan bagi jawatan itu ditutup esok sementara calon yang lain dikehendaki mengesahkan penerimaan mereka pada 9 Mei ini.
Sungguhpun beliau tidak menamakan persatuan yang telah berjanji memberikan sokongan untuk Shahidan, Karim berkata, sokongan pada mulanya adalah petunjuk baik bahawa Menteri Besar Perlis itu mempunyai sokongan akar yang baik.
“Ini satu pertandingan yang demokratik. Saya pasti persatuan bijak untuk membuat keputusan,’’ katanya.
Mesyuarat Agung pada 26 Mei ini dijangka juga menyaksikan pertandingan dalam pelbagai jawatan termasuk naib presiden, setiausaha dan penolong setiausaha.

tunku : as a MB, shahidan should concentrate on the development of his state.i am not saying that he should not involve in any association but too many involvement will definitely will disrupt his work as a MB.He can involve association in his state but not at federal level. He will always be busy with the associations meeting.He already president to so many association, mainly sports association.The time spend at the association will be great if spend to look after rakyat.

No comments: