Thursday, May 22, 2008

Thorn In The Flesh ??

by Tun Dr Mahathir
www.chedet.com


"Duri dalam daging"

Saya telah ikuti laporan berkenaan keputusan saya keluar dari UMNO yang disiarkan RTM 1, 8 malam, 19 hb Mei. Komen oleh dua pemimpin UMNO amat menggelikan hati saya.
Tun Musa Hitam dakwa saya adalah ‘duri dalam daging yang sekarang sudah dikeluarkan.’
Tun, apakah Tun lupa Tun jadi duri dalam daging UMNO tahun 1986 - 87 dahulu? Semasa Tun jadi Timbalan Perdana Menteri [di lantik oleh saya]. Tun telah letak jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO kerana hendak saya berhenti daripada jadi Perdana Menteri dan diganti oleh Tun. Atas rayuan ahli Majlis Tertinggi, Tun kembali sebagai Timbalan Presiden UMNO. Rupa-rupanya Tun masih punyai niat untuk jatuhkan saya.
Oleh itu Tun menghasut Tengku Razaleigh yang menjadi musuh ketat Tun supaya lawan saya. Demikianlah bencinya Tun kepada saya sehingga sanggup terima musuh ketat Tun bertanding Presiden, dan Tun jadi Timbalannya; Tun sebelum itu rayu supaya saya sokong Tun untuk rebut jawatan Timbalan Presiden dalam pertandingan lawan Tengku Razaleigh.
Akhirnya pecahlah UMNO dan muncullah parti serpihan Semangat 46. Tetapi dengan bijaknya Tun tidak menyertainya. Tun selamat dan dilantik oleh saya sebagai perutusan bertaraf Menteri ke Bangsa-Bangsa Bersatu. Tengku Razaleigh terkeluar daripada UMNO Baru dan menjadi mangsa perancangan Tun. Syabas Tun. Saya tak tahu sekarang Tun ahli UMNO atau tidak.
Satu lagi pemimpin UMNO ialah Shahrir Samad yang lupa bagaimana dia keluar UMNO, jadi calon bebas dan lawan dengan UMNO, dalam Pilihanraya Kecil dengan simbol kunci.
Siapakah kamu yang nak kritik tindakan saya? Jika tidak kerana kakak Tun Musa sebagai Ketua Wanita Johor Bahru datang pagi-pagi ke rumah saya untuk merayu supaya Dato dibenar kembali ke pangkuan UMNO, Dato akan jadi duri dalam daging UMNO lebih lama. Walaupun Dato maki hamun saya semasa pilihanraya kecil saya bersetuju Dato masuk balik UMNO.
Saya ucap tahniah kerana Dato dapat sekali lagi jadi Menteri. Jagalah harga barang baik-baik. Tak usahlah komen tentang diri saya.

Tepuk dulang paku serpih.
Katakan orang awak yang lebih.

tunku : before you open your mouth think first, but people like shahrir,musang hitam etc talks without thinking. the should see their face in the mirror first.

3 comments:

Unknown said...

For whatever reasons, such comments made by M Black to an elderly ex-PM of our country was disrespectful and definitely not our Malaysian culture. It's like he calls his father 'a torn in a fresh' in a family disagreement or quarrel. Thats why he could not be our PM earlier...God is great!

Anonymous said...

Tunku,
I am really appalled and feeling really sad what other leaders are commenting TDM leaving UMNO, I do not understand why such hurtful comments are being said. Whatever it is even if they do not support TDM just reserved yr comments as adat melayu jaga tata tertib terhadap orang lain walau pun dia musuh kita. What more TDM was the PM and did a lot for Malaysia. Adat lah, kalau dia tidak mahu AAB sebagai PM dia bertindak begitu dan itu lah TDM dia consistent dalam tindak tanduknya. Tak payah lah keluar kenyataan yang tidak baik ludah kelangit jatuh juga kemuka sendiri. Ini orang kita, orang melayu, bekas pemimpin kita. dan segala kenikmatan yang kita kecapi seperti kemajuan Malaysia kini semua kerana kebijaksanaan Tun.Jangan dihina dia masih hidup. hormati pendirian dia dan jika tak setuju biat biasa saja sedangkan ini bukan perkara pelik sebab dulu pun pernah terjadi macam ini.Dia punya vision dan matlamat nya belum tercapai lagi sebab itu dia gusar terutama nasib orang melayu yang masih jauh kebelakang dibanding dgn bangsa lain. Fikir dan fikirlah tuan tuan sekalian kenapa TDM jadi begitu drastic sekali.Beliau ada sebab kenapa bertindak begitu dan bukan suka suka saja.Ini perkara bukan main main.

Nukilan anak Perak

Trojan Horse said...

The comments made by TMH are so 'out of character' that it demeans the person who says it, not the person that it was directed to. If TMH did say it, then he must apologise to TDM because TUN DM has not done anything hurtful to TMH prsonally that merits that kind of 'biadab' remarks.
There are many other UMNO so-called 'leaders' who are 'biadab' in their comments on TV and news media that resulted in that feeling of revulsion by the electorate towards UMNO in the laat election. They think so highly of their position, so arrogant that they forget the electorate are watching. These include old-timers like TMH, Mike Tyson, Rafidah, middle-age politicians like Shahrir Samad, Anwar Musa and Ali Rustam and berhingus up-starts like Hisamuddin, Nazri, Sabery Kechik, Azalina, Noraini Puteri, Zahid Hamidi, Zaid Ibrahim, KJ, Khaled Nordin. If these are the future faces of UMNO leaders, then UMNO has no future. To UMNO delegates in Dec, make sure they are thrown out. Watch out PRU13!!!