Saturday, February 17, 2007

PM: Rakyat M'sia selesa dan bahagia



16-02-2007 12:58:37 PM
PUTRAJAYA: Kajian baru-baru ini menunjukkan rakyat Malaysia mempunyai tahap keselesaan dan kebahagian keluarga yang tinggi, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.
Perdana Menteri berkata kajian itu menunjukkan indeks keselesaan dan kebahagian keluarga yang dicapai adalah 8.2 daripada skala tertinggi 10.
Beliau berkata kajian itu menunjukkan indeks budi bahasa rakyat pula adalah 7.2 daripada skala tertinggi 10.
"Indeks lebih daripada tujuh adalah satu pencapaian yang baik. Kita mestilah meningkatkan usaha untuk meningkatkan tahap itu dari semasa ke semasa," katanya pada perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri di sini.
Abdullah, yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri, bagaimanapun, tidak menyebut pihak yang menjalankan kajian itu.
Abdullah meminta kakitangan awam supaya bekerja dengan niat yang suci iaitu untuk memberi khidmat bagi membahagiakan rakyat, bukan untuk memperkayakan diri sendiri.
Beliau berkata rakyat kini lebih yakin dengan pembangunan ekonomi negara setelah Malaysia menikmati peningkatan dalam pelaburan, pasaran modal yang aktif serta kedudukan kewangan yang semakin kukuh.
"Kedudukan ekonomi negara bertambah baik. Pelaburan luar dan dalam lebih RM40 bilion. Pasaran modal aktif dengan prestisi tinggi, jumlah dagangan yang tinggi dan indeks yang tinggi.
"Kedudukan kewangan negara juga semakin kukuh," katanya.
Perdana Menteri berkata ini menjadikan rakyat merasa lebih lega berbanding dengan kebimbangan sebelum ini.
Tahun lepas, Malaysia menarik pelaburan dalam dan luar negara berjumlah RM46 bilion menerusi 1,077 projek yang diluluskan dalam sektor pembuatan berbanding RM31 bilion pada 2005.
Malaysia mencatatkan jumlah dagangan RM1.06 trilion tahun lepas dengan eksport bernilai RM588.95 bilion dan import RM480.49 bilion. Jumlah dagangan itu meningkat 10.5 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Indeks Bursa Saham Kuala Lumpur pula ditutup pada 1258.63 mata semalam.
"Prestasi ekonomi itu memberi satu harapan baru kepada rakyat terhadap (kemampuan) ekonomi negara," kata Perdana Menteri.
Beliau berkata bahawa dalam masa rakyat mahukan kemajuan dan menikmati kemajuan, mereka juga mahukan keamanan dan keselamatan.
Abdullah berkata rakyat berasa selesa apabila negara aman dan selamat dalam keadaan ekonominya yang meningkat.
Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, katanya, mempunyai peranan yang besar dalam memenuhi harapan rakyat.
Beliau mengulangi harapannya agar sistem penyampaian awam diperbaiki bagi memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat. BERNAMA


tunku : from which society this survey was done???? i asked around today to about 20 people i met if they are happy with current economy and lifestyle, 16 out of 20 complaint they dont have enough money, goods prices keep increasing, business is poor,no payment etc. so i guess this index was carried out at sri perdana, of course everyone there must be happy and living good life except of that 1.8 from the 10.pak lah is very happy (may be with the new TOY).

5 comments:

Editor said...

Tunku,

Who's the girl?

Editor said...

Tunku,

By the way, my site " Rajahram's Journal" is temporarily closed, and not "for invited guests only". It is actually a wrong announcement by Google!

Rajahram

tunku said...

thanks mr rajahram for "dropping by".
i try to log in to yr website and it says that invited people only.....hopefully it will re-open.cheers.

lamandau said...

Idon't think AAB have time to read the report thoroughly, he'll doze- off. His 'spinners' are trying to pull wool over our eyes, tunku. Just imagine , the resident of Puchong are paying double toll rate. They have no alternative road to avoid toll ! Do you think that they can vouch PM's statement? Only fools and those "geleng2, angguk2' stooges will agree.By what instrument PM use to gauge this perceptions? I do Not expect AAB to answer, since he have not answer ed any of TDM's critics. You know that in a simple school canteen, nothing sold below RM1. So keselesaan apa yang dia cakap. oops, sorry , I forgot I'm a full-fledge Umno member!!!!!!

tunku said...

u r right lamandau, he was just briefed by the "budak tingkat 4".If a proper survey was done then for sure they'll disclose which company/deparment/body did the survey.