Tuesday, February 20, 2007

Syarat damai Abdullah-DrM: Mahkamah tolak saman


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, yang akan bersidang pada 24 April depan dijangka akan menerima permohonan Dr Mahathir untuk menolak saman Anwar Ibrahim terhadapnya, kerana ia sebahagian syarat ‘perjanjian damai’ bekas Perdana Menteri itu dengan Abdullah Ahmad Badawi.
Menurut sumber tertinggi Keadilan, keputusan itu sebahagian daripada empat syarat damai yang dipersetujui oleh kedua-dua pemimpin terbabit bagi menyelesaikan perbalahan antara mereka.
Usaha perdamaian itu, jelasnya bukan berlandaskan kepentingan rakyat, tetapi berpaksikan kepada kepentingan keluarga kedua-dua belah pihak.
Tiga syarat lain, jelasnya, ialah yang berkaitan dengan kepentingan perniagaan dan hutang-piutang anak-anak Dr Mahathir, iaitu Mokhzani dan Mirzan dan isu pengambilalihan syarikat gergasi termasuk Proton.
Jelasnya, terbukti syarikat utama milik Mokhzani, Kencana Petroleum Bhd. yang dibekukan sejak tiga tahun lepas telah disenaraikan ke Papan Utama Bursa Malaysia pada bulan Disember 2006.
“Salah satu syarat perdamaian tersebut nampaknya telah dipenuhi oleh Abdullah,” jelasnya kepada Malaysia Today.
Mokhzani baru-baru ini telah tersenarai antara 40 individu terkaya di Malaysia oleh Malaysian Business selepas Kencana Petroleum Bhd. disenaraikan ke Papan Utama Bursa Malaysia .
Selain itu, katanya usaha juga sedang dilakukan ke atas hutang Mirzan kepada Maybank yang akan dipindahkan sebagai hutang tidak berbayar (lapuk) atau Non-Performing Loan (NPL) bagi mengelakkan tindakan mahkamah.
Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah sebenar hutang Mirzan kepada Maybank.
Syarat keempat, katanya ialah tentang pengambilalihan Proton yang kononnya akan diambilalih oleh syarikat antarabangsa luar negara.
“Tetapi kepentingan perniagaan kedua-dua pemimpin, keluarga Dr Mahathir dan Abdullah dalam Proton akan terus dipertahankan melalui NAZA Motor yang dijangka mengambilalih Proton,” ujarnya.
“Kritikan Dr Mahathir terhadap Abdullah sekarang hanyalah sandiwara untuk mengaburi mata rakyat,” katanya.
Sehubungan itu, katanya rakyat jangan tertipu dengan sandiwara kedua-dua pemimpin Umno terbabit.
Malaysia Today

tunku: why this keldaian, oopss keadilan always come out with this sort of nonsense.Do you think Tun Dr Mahathir will do this kind of dealing, if this keadilan chap really know who is Tun Dr Mahathir then he wont make this kind of remarks.Please for once if you really want to be opposition party in the interest of "rakyat"then be a good one, not like what you are having now.The leadership of keadilan is full of lies,from head to tail.It's a party for desperado.TDM is not afraid of the anwar's suit.Let me remind you that Tun Dr Mahathir will not sacrifice the interest of his country, may it be for family, not like the current regime.

2 comments:

Shahabudeen Jalil said...

Salam,

ini kenyataan yang agak bodoh dari keadilan. Saya rasa seperti ada orang2 tertentu dalam keadilan yang berusaha untuk menjatuhkan keadilan dengan sendiri.

Siapa "sumber tertinggi" seperti yang dinyatakan dalam artikel itu ?

Saya nampak ini satu strategi untuk mencari alasan jika mahkamah menolak saman anwar terhadap Tun.

tunku said...

w'salam bro.
you're right, its just an excuse if the case is strike out by the court.at least anwar can go around and tell about how abdullah and tun made a pact, otherwise he got nothing new to tell the public. his evidences stock against tun which he kept till today has not been revealed,how to reveal unless there is!