Thursday, March 6, 2008
Selangor Will Be BN Strong Hold.
Selangor Optimistik Kekalkan Pencapaian 2004 Dalam Pilihan Raya Umum Kali Ini
SHAH ALAM, 5 Mac (Bernama) -- Pengerusi Barisan Nasional Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo optimistik BN Selangor akan mengekalkan kesemua 22 kerusi Parlimen dan menyapu bersih 55 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan di negeri itu pada pilihan raya ini.
BN sudah memenangi satu kerusi DUN iaitu Sementa menerusi Datuk Abdul Rahman Palil pada hari penamaan calon. Menjelang pengundian Sabtu ini, beliau berkata tanda-tanda menunjukkan kerusi DUN Sekinchan dan Sungai Pinang yang jatuh ke tangan DAP pada pilihan raya lepas boleh ditawan semula BN.
Dr Mohamad Khir berkata strategi BN mengetengahkan calon lebih sesuai bagi menawan kembali Sekinchan iaitu Ketua Bahagian MCA Tanjung Karang, Puah Boon Choon dan Ketua Pemuda MCA Kapar, Datuk Song Kee Chai untuk Sungai Pinang, kelihatan membuahkan hasil positif.
Antara punca kekalahan BN di Sekinchan pada pilihan raya lepas ialah faktor calon, Datuk Chia Kim Lem, kurang popular sementara para pengundi Sungai Pinang lebih menggemari penyandang kerusi itu Teng Chang Khim yang terkenal sangat vokal berbanding calon BN, Khoh Siew Kim pada masa itu.
Dr Mohamad Khir sendiri turun padang membantu Puah berkempen dari rumah ke rumah di Sekinchan dan menerima respon positif daripada ramai pengundi. Begitu juga langkah yang sama diambil Song di Sungai Pinang dipercayai berjaya memenangi hati pengundi di sana.
"Para pengundi di Sekinchan kini nampaknya menerima calon BN dan ini merupakan satu petanda baik menunjukkan penduduk Sekinchan sedar mengenai ketidakmampuan pembangkang membawa pembangunan di kawasan itu," katanya.
"Peluang BN di Sungai Pinang semakin cerah hasil kempen dari rumah ke rumah yang merupakan satu kaedah berkesan kerana mampu merapatkan calon dengan pengundi dan membantu calon mengetahui masalah pengundi secara langsung," katanya.
BN Selangor sedang bekerja keras mengekalkan kerusi DUN Batu Caves yang 62.53 peratus daripada pengundinya orang Melayu dan mempunyai pengundi India seramai 14.98 peratus yang diperuntukkan kepada MIC.
Para penduduk di sana dikatakan kurang menyenangi bekas wakil rakyat kawasan itu Datuk V. Jagarasah, 59, kerana dikatakan kurang turun padang meninjau masalah rakyat kerana faktor usia.
Ini membuatkan Dr Mohamad Khir memilih T.Mohan, 35, seorang anggota Jawatankuasa Kerja Pusat MIC yang masih bertenaga untuk melaksanakan tugasnya dan juga menentang calon PKR Amirudin Shari.
Mohan menggunakan tenaga mudanyanya berkempen dari rumah ke rumah untuk memenangi hati pengundi bahkan dikatakan sanggup naik pangsapuri setinggi 15 tingkat untuk mengenali pengundi-pengundinya dengan lebih dekat selain daripada Dr Mohamad Khir sendiri menemui pengundi saban malam di kawasan itu.
Calon BN bagi kerusi Parlimen Gombak, Said Anuar Said Ahmad yang ditentang orang kuat PKR Mohamed Azmin Ali dan penyandang kerusi DUN Gombak Setia Yuszahari Mohd Yusof dicabar tokoh PAS, Datuk Dr Mohamed Hassan Ali, dijangka menghadapi tentangan sengit.
Bagaimanapun, Dr Mohamad Khir dan jenteranya yang bekerja keras untuk memastikan kerusi-kerusi majoriti Melayu ini kekal di tangan BN, yakin pengundi di kawasan berkenaan akan menolak kedua-dua calon pembangkang itu.
Bagi parti komponen BN, MCA menghadapi pertarungan sengit untuk mengekalkan kerusi Parlimen Klang dan Gerakan di DUN Kota Alam Shah yang ditandingi oleh peguam dan tahanan ISA M. Manoharan daripada asakan jentera DAP, namun kemenangan dijangka memihak kepada BN.
tunku : khir toyo has been doing good work and fully dedicated to drive selangor to it heights, so i believe that BN should be given the mandate but at the same time it's good to have 1 or 2 opposition representative as "mirror".
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment