Tuesday, March 11, 2008

PAS First Gift To Kedahan


Tambang feri Langkawi naik mendadak

ALOR STAR 10 Mac – Warga Langkawi perlu membayar harga baru bagi tambang feri yang naik mendadak hari ini sebaik sahaja kerajaan baru ditubuhkan di negeri ini.
Mereka perlu membayar RM20 untuk perjalanan dari Langkawi ke Kuala Kedah berbanding RM15 yang dipersetujui oleh para pengusaha feri bersama kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum Pilihan Raya Umum Ke-12.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah, Datuk Nawawi Ahmad menggesa kerajaan negeri pimpinan Azizan Abdul Razak mengambil langkah segera untuk mengatasi masalah ini demi menjaga kebajikan penduduk Langkawi.
“Menteri Besar perlu masuk campur dalam perkara ini kerana feri merupakan pengangkutan utama bagi penduduk di sini.
“Sukar bagi penduduk untuk menerima kenaikan harga yang terlampau tinggi dan membebankan mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Sebelum ini warga Langkawi menikmati kadar istimewa sebanyak RM15 sehala daripada Langkawi ke Kuala Kedah dengan menunjukkan kad pengenalan mereka sewaktu membeli tiket.
Jelas Nawawi, penduduk Langkawi yang selalu berulang alik ke tanah besar akan menerima kesan daripada kenaikan ini.
Seorang pengusaha feri yang enggan dikenali berkata, mereka terpaksa menaikkan harga tiket bagi menampung kenaikan harga minyak dan kos penyelenggaraan feri yang semakin tinggi.
“Kos semua naik bagaimana kami mahu mendapat untung jika harga masih lagi sama seperti dahulu. Kami juga perlu memikirkan keuntungan,” katanya.

tunku: monitoring opposition closely.

5 comments:

Anonymous said...

As good jesture, BN should annouce Non fatal Summon should be reduced to flat rate of RM100/=; Cos I rfused to pay cash without ....
How about that? Next 30days?

Anonymous said...

Nawawi , Mat Rawi Dan Datuk Bakar Dah Pinjam Duit Towkey Feri untuk Berkempen, Buat lawak pulak kata hadiah dari kerajaan PAS, Elok Kerajaan Baru PAS lapor perkara ini kepada BPR siasat,
Baru tau siapa yang bertanggungjawab.

jeniceyap said...

Jangan Buat Lawak la...

Nawawi, Datuk Bakar Dan Mat Rawi
Dah Ambil Duit Dari Towkey Feri untuk kempen pilihanraya dengan Janji boleh naik harga feri selepas pilihanraya.
Minta kerajaan baru Kedah ambil tindakan lapurkan kepada pihak BPR.

tunku said...

tak dak nama,

why don't you go and report seems you knows that they took money from ferry operators.
baru tau siapa yang bertanggungjawab.

Anonymous said...

Sure la, Nawawi dah gasak Duit Tokey Feri, Buat lawak pulak.
Nawawi dan boss-boss di Langkawi dapat Free Pass, Orang Langkawi Gasak le......, Orang Umno pekak saja yang boleh sokong Nawawi ni,

http://www.youtube.com/watch?v=O-0v_XFGZFY