Thursday, April 12, 2007

Kerajaan masih pertimbang penubuhan IPCMC


KUALA LUMPUR 11 April – Kerajaan masih menimbang dengan teliti kajian penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC), kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Perdana Menteri berkata, seperti yang telah dimaklumkan kepada Dewan Rakyat baru-baru ini, Jabatan Peguam Negara sedang mengkaji penubuhan IPCMC sedalam-dalamnya.
Kata beliau, sebarang penubuhan suruhanjaya seumpama itu bukan sahaja melibatkan undang-undang tetapi juga peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
‘‘Oleh itu, kerajaan akan memberi ruang kepada Jabatan Peguam Negara untuk membuat kajian dari aspek tersebut dengan seluas-luasnya tanpa memberikan apa-apa had masa.
‘‘Mengambil kira latar belakang yang sedemikian, kerajaan tidak akan tergesa-gesa dalam membuat keputusan,’’ katanya.
Perdana Menteri berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Karpal yang juga Pengerusi DAP meminta Perdana Menteri menyatakan bila kerajaan akan menubuhkan IPCMC yang telah dicadangkan oleh Suruhanjaya Penambahbaikan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Cadangan penubuhan IPCMC adalah salah satu daripada 125 cadangan Suruhanjaya Penambahbaikan dan Pengurusan PDRM yang dilancarkan tahun lalu.
Perdana Menteri berkata, apa yang diutamakan oleh kerajaan ialah memastikan sebarang keputusan yang dibuat akan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kemampuan pasukan polis untuk memberi perkhidmatan dengan lebih mesra, berkesan dan berintegriti.

tunku : SAY NO TO IPCMC the police force have their own internal body which is currently efficient enough, so there is no need for this IPCMC.I am not sure that the IPCMC can exercise disciplinary powers over PDRM members without amending the Constitution. And we should be careful about amending our Constitution every so often. If there is another way of doing it, then we should try it first.

3 comments:

Anonymous said...

Lihat gelagat budak2 PKR ni ...

Mampukah PKR cari pengganti Ezam?
12-04-2007

http://www.mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_e4c7db1c-c0a85062-883f8f00-64de9fd0

tunku said...

apa kaitan dgn artikel di atas encik anonymous?

pun begitu budak2 itu memang berjuang di landasan yang salah, mereka memuja pemimpin yang korup lagi tidak bermoral.

spycatcher said...

Saya setuju dengan tunku. In the first place , the formation of Royal commission was unnecessary! When and why a Royal commission be set up, must base on crisis an organisation going through. Was PDRM in any form of major crisis? be it management, performance or corruptions? has it gone out of control as such is determintle to well bing of the rakyat? Has PDRM gone out of control? PDRM have been the savior of the nation on many occassions. I'm very unhappy when I saw the components of the commission. Who is Ivy Josiah? who is Irene Fernendez? to quote a few! They have their own agenda to cripple PDRM as it is the stumbling block to their NGOs' activities. Yet Pak Lah fell for it. IPCMC should not be instituted in what ever form! Pak Lah, how can you shoot your own hunting dogs?
I pray that officers and men of the PDRM will walk the resolutions taken when their reps met Pak Lah last year (?). Ini lah kesan nya apabila dengar nasihat orang2 muda yang tidak mengenali pengorbanan PDRM, walau pun pas Oxford!