Seorang ahli UMNO digantung, dua diberi amaran
KUALA LUMPUR 23 April – Seorang ahli UMNO Bahagian Gopeng, Abdul Mukti Abdul Rahman digantung keahlian selama setahun setelah didapati bersalah melanggar tataetika ahli UMNO.
Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata, penggantungan itu berkuat kuasa 23 Mac lalu.
Beliau berkata, dua lagi ahli UMNO dari bahagian yang sama iaitu Mat Zabidi Idris dan Ahmad Hamdi Hassan pula diberi amaran setelah didapati melakukan kesalahan yang sama.
‘‘Setelah selesai menjalankan perbicaraan terhadap kes UMNO bahagian Gopeng dan Kubang Pasu, Lembaga Disiplin dalam mesyuarat pada 14 Mac serta 23 Mac lalu telah membuat keputusan ini,’’ katanya dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini, hari ini.
Pada 13 September tahun lalu, Lembaga Disiplin UMNO telah diminta menyiasat dakwaan berlakunya gejala politik wang pada pemilihan perwakilan UMNO Bahagian Gopeng untuk ke Perhimpunan Agung UMNO.
Ketua UMNO Bahagian Gopeng, Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin ketika mengulas isu tersebut pernah menyatakan, tindakan sewajarnya perlu diambil jika siasatan membuktikan wujud politik wang pada pemilihan itu.
Berhubung siasatan salah laku dalam pemilihan perwakilan UMNO Bahagian Kubang Pasu September lalu, Ahmad Rithauddeen berkata, pihak Lembaga Disiplin mendapati dua orang tertuduh di dalam kes itu tidak bersalah.
Katanya, dua ahli UMNO terlibat ialah Badly Bakar dan Zainol Abidin Mohamad.
‘‘Sebelum ini mereka berdua telah didakwa melanggar perkara 2.2 dan fasal 20.8 (a) Perlembagaan UMNO dan setelah panel lembaga bersidang didapati mereka tidak bersalah,’’ ujarnya.
tunku : it is expected that the kubang pasu case accused will walk out free.if they are found guilty then they will drag some big guns together with them.i had lost faith in this discipline committee.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
apa yang hendak diharapkan dengan lembaga disiplin umno, mereka telah mendapat arahan dari atas, sekiranya mereka ikhlas mereka harus mendedahkan hasil siasatan mereka kepada seluruh ahli umno dan menjadi kewajipan mereka untuk melakukannya.
Post a Comment