Thursday, July 19, 2007

Tun Mahathir not contesting to be delegate to UMNO assembly


PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad confirmed that he will not contest to be a delegate in the next Umno general assembly.
This was despite obtaining three nominations from the Kubang Pasu division.
The former Prime Minister said being nominated did not mean he could win to be a delegate.
Last year, Dr Mahathir received 15 nominations from a total of 138 branches to contest for the post.
However, he lost, coming in ninth out of the 15 aspirants who vied for the seven seats.
Mahathir was speaking to reporters after a meeting with Somali Land vice-president Ahmed Yusof Yasin at the Perdana Leadership Foundation here on Wednesday.
Dr Mahathir added that he would attend this year’s Langkawi International Dialogue but would not present any working paper.

Dr Mahathir tak bertanding, 'nak jimatkan duit orang'


PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan tidak akan bertanding untuk menjadi perwakilan Umno ke perhimpunan agung di mesyuarat perwakilan bahagian Kubang Pasu, dengan alasan Umno bukan lagi sebuah parti yang boleh dipercayai.
Dr Mahathir mendakwa Umno sudah menjadi sebuah parti yang membenarkan rasuah kerana menurut beliau, parti tersebut tidak mengambil tindakan terhadap perlakuan rasuah sesetengah anggotanya walaupun perbuatan itu dibuat secara terang-terangan.
Dengan nada sinis, Dr Mahathir juga berkata beliau tidak mahu bertanding kerana mahu “menjimatkan duit” sesetengah pihak supaya tidak perlu memberi sogokan kepada perwakilan di mesyuarat bahagian itu.
Pada mesyuarat perwakilan bahagian itu tahun lalu, Dr Mahathir gagal dalam pertandingan untuk menjadi salah seorang perwakilan ke perhimpunan agung. Berikutan itu, beberapa perwakilan daripada bahagian itu membuat laporan kepada jawatankuasa disiplin mengenai kegiatan pihak tertentu yang terbabit dengan politik wang bagi memastikan kekalahan bekas presiden Umno itu.
“Nak bertanding buat apa, saya nak jimatkan duit orang tertentu supaya tidak payah lagi tumbuk rusuk orang supaya tidak undi saya. Tidak usah cakaplah tidak ada rasuah, semua orang tahu kredibiliti jawatankuasa disiplin Umno sudah tidak ada lagi.
“Orang tidak percaya lagi kerana benda yang terang-terang libatkan rasuah tapi kata bersih. Kalau inilah jawatankuasa disiplin, Umno dan majlis tertinggi sendiri adalah satu badan yang membenarkan rasuah,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.
Beliau sebelum itu menerima kunjungan beberapa pemimpin dari Somali Land, satu kawasan yang merupakan sebahagian daripada Somalia.
Beliau juga mendakwa kini semua pihak, daripada pegawai kerajaan, ahli akademik hingga kepada pemimpin-pemimpin Umno semuanya takut untuk dilihat berbaik-baik dengan beliau kerana bimbang dituduh sebagai “orang Dr Mahathir”.
“Nak dekat dengan saya pun tidak boleh. Orang yang saya kenal baik dulu, yang puji saya sampai naik asap, sekarang duduk jauh, tak berani datang dekat,” katanya.
Dr Mahathir berkata, Umno bahagian juga tidak dibenarkan menjemputnya, walaupun untuk bercakap pada mesyuarat mereka, bukannya untuk membuka mesyuarat masing-masing kerana MT telahpun membuat keputusan hanya ahlinya sahaja yang boleh dijemput untuk tujuan itu.
Ditanya mengenai langkah penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengetepikan saman fitnah RM100 jutanya terhadap beliau, Dr Mahathir berkata itu adalah haknya.
Katanya, undang-undang membenarkan pemimpin PKR itu berhak membuat rayuan dan jika mahkamah mendapati beliau (Dr Mahathir) bersalah, beliau akan menghormati keputusan itu dan bersedia menerima apa sahaja hukuman yang diputuskan kelak.
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Tengku Maimun Tuan Mat awal bulan ini mengetepikan saman fitnah itu tanpa perbicaraan penuh selepas membenarkan bantahan awal Dr Mahathir berhubung dakwaan homoseks terhadap Anwar pada sidang media anjuran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) pada 2005.

photo courtesy of http://minaq-jinggo.fotopages.com/

No comments: