Thursday, April 17, 2008
Lagi desakan agar PM berundur
Gelombang desakan supaya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berundur segera daripada perdana menteri dan presiden Umno nampaknya berterusan ke Selangor.
Selangor adalah antara empat negeri yang kini ditadbir barisan pembangkang - PKR, PAS dan DAP - selepas pilihanraya umum 8 Mac.
Dalam pilihanraya tersebut, barisan pembangkang memenangi 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala BN hanya mampu mempertahankan 20 kerusi DUN sahaja.
Pembangkang juga berjaya merampas 17 daripada 22 kerusi parlimen di Selangor.
Kain-kain rentang yang menggesa Abdullah menyerahkan kuasa kepada timbalannya Datuk Seri Mohd Najib Razak digantung di luar kawasan sebuah hotel di Subang Jaya yang menjadi tempat perjumpaan jawatankuasa pengurusan Umno, dengan ketua bahagian di negeri berkenaan.
Kain rentang tersebut yang dipasang oleh gabungan ahli Umno Selangor, dengan jelas menyuarakan sokongan mereka supaya Najib mengambil alih kepimpinan parti dan kerajaan.
Mereka juga menyatakan sokongan kepada naib presiden Tan Sri Muhyiddin Yasin untuk jawatan nombor dua kerajaan dan parti.
Salah satu kain rentang tersebut berbunyi "kami sayangkan Pak Lah tetapi kami lebih sayangkan Umno".
Manakala yang satu lagi berbunyi "segerakan peralihan kuasa! Datuk Seri Najib - presiden, Tan Sri Muhyiddin - timbalan presiden".
Peralihan kuasa
Sementara itu, sepertimana di Kedah, Pulau Pinang dan Perak, pemimpin bahagian Umno Selangor yang menghadiri perjumpaan petang tadi, turut mendesak Abdullah supaya berundur.
Seorang pemimpin Umno Selangor yang menghadiri perjumpaan tersebut berkata sebahagian besar soalan yang dibangkitkan ialah mengenai perancangan Abdullah dan Najib mengenai peralihan kuasa.
Bercakap dalam sidang akhbar kemudiannya, Najib berkata perkara tersebut telah dibangkitkan dalam perjumpaan tersebut.
Bagaimanapun, Najib seperti biasa berkata "terserah kepada presiden parti untuk memutuskannya".
Ditanya sama Abdulah telah berbincang mengenai jangkah masa peralihan kuasa, Najib menjawab:
"Tidak ada sebarang perancangan masa ditetapkan...bila sampai masa kita akan beri panduan yang lebih jelas," katanya.
Ditanya mengenai pentingnya mempunyai ketetapan tempoh masa bagi melaksanakan pelan peralihan itu, Najib berkata:
"Diri saya tidak begitu...saya tidak akan mendesak, adalah lebih baik jika ia ditentukan oleh presiden sendiri."
Mengenai perjumpaan hari ini, Najib berkata ia berjalan dalam suasana yang baik dan para hadirin komited terhadap perjuangan Umno'.
Perkara lain yang dibincangkan menyentuh soal pemilihan calon, bagaimana Umno akan berurusan dengan parti-parti komponen BN yang lain dan langkah untuk menarik sokongan dari pengundi Cina dan India.
Menurut Najib, mereka mahu pemilihan calon dibuat berasaskan penilaian yang tepat dan terdiri dari kalangan mereka yang boleh menang dan mendapat sokongan akar umbi.
Reaksi ahli
Sementara itu, Bernama melaporkan, ketika ditanya mengenai respons ahli Umno secara eseluruhan mengenai keputusan Abdullah untuk mempertahankan jawatan presiden Umno, Najib berkata mereka hanya akan membuat keputusan itu pabila tiba masanya.
"Ahli hanya akan memutuskannya bila tiba masanya, tetapi apa yang lebih enting ialah untuk kami kekal bersatu kerana parti perlu bekerja sebagai satu asukan untuk memastikan survival Umno. Kita tidak boleh berpecah-belah," atanya.
Bagi memantapkan lagi BN, katanya, jawatankuasa pengurusan BN
akan bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali sebulan dan mekanisme itu akan igunakan bagi membincangkan pelbagai isu dalam parti.
"Kita akan amalkan pendekatan untuk berunding dengan lebih kerap dan rapat engan parti komponen BN," katanya.
Bagi mendapatkan sokongan parti lain pula, Umno akan merumuskan strategi agi mencapai maksud itu, katanya tetapi enggan mengulas berhubung cara yang akan ilaksanakan.
Sementara itu, Ketua Pergerakan Wanita, Datuk Seri Rafidah Aziz berkata Abdullah harus memutuskan sendiri bila beliau mahu berundur.
Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu berkata pendirian pergerakan tersebut ialah menyokong ketua.
tunku : as usual in tv3 and rtm they only shows "kami meyokong penuh kepimpinan pak lah dan mahu beliau terus memimpin umno dan kerajaan".on the ground the message is clear,majority wants him to resign.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment