Tuesday, January 5, 2010

Zulkifli demands Khalid Samad to quit Pas.

Zulkifli gesa Khalid keluar Pas

KUALA LUMPUR 2 Jan. - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad digesa keluar daripada Pas berikutan pendiriannya tidak selaras dengan perjuangan Islam yang dibawa parti itu.
Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baharu, Zulkifli Nordin berkata, terbaru Khalid menyokong keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya.
"Khalid menyatakan bahawa kalimah Allah bukan milik eksklusif umat Islam.
"Beliau juga mendakwa al-Quran membenar dan menggalakkan penganut Kristian menggunakan kalimah Allah," katanya dalam blog, zul4kulim.blogspot.com hari ini.
Jelas Zulkifli, kepimpinan Pas perlu mengambil tindakan termasuk memecat Khalid daripada parti itu agar memberi mesej yang jelas kepada umat Islam bahawa Pas tidak bersekongkol dengan Ahli Parlimen berkenaan.
Tambahnya, kegagalan kepimpinan Pas mengambil tindakan terhadap Khalid akan memberi gambaran negatif terhadap kepimpinan parti itu.
"Ia sekali gus menjejaskan imej dan persepsi terhadap Pas sebagai parti yang memperjuangkan Islam.
"Beliau (Khalid) telah mengeluarkan banyak kenyataan yang merosakkan nama dan imej Pas sebagai parti Islam,'' ujarnya.
Menurut Zulkifli, orang Melayu mula mempertikaikan perjuangan Pas dalam memartabatkan Islam kerana wujudnya watak-watak seperti Khalid.
Beliau secara sinis mencadangkan supaya Khalid menyertai parti lain seperti DAP berikutan pendiriannya itu.

tunku : this zulkifli chap is going all out against khalid samad on the above issue but why he don't dare to touch his own boss(the melodrama queen of moron anwar ibrahim)? the moron's view is the same as khalid samad.why zulkifli does not bring up the matter? this clearly shows that zulkifli himself is a melodrama queen.look at your backyard first zul before telling others.

2 comments:

profit said...

Alahai Zukifli tu kan MP kampung,yg sentiasa nak cari glamour murahan.

jbresident said...

tunku,
1. kita sedang disajikan sebuah lagi tamil movie daripada yb zul.
2. sepatutnya beliau dah keluar dulu dari pr bagi membuktikan apa yang beliau cakap sebelum meminta orang lain berbuat demikian.
3. begini hapraknya pemimpin-pemimpin melayu beragama islam mempertahankan kesucian agama.
4. begini hinanya pemimpin islam untuk mendapat undi bukan islam semata-mata habuan dunia sedangkan mereka boleh berkuasa tanpa sokongan bukan islam jika bersatu.
5. sungguh heran..melayu islam terpaksa merayu untuk mendapat kembali hak mereka. peristiwa ini akan diriwayatkan dalam sejarah untuk ingatan anak cucu.