Tuesday, June 3, 2008

Rais curiga alasan Ezam

PUTRAJAYA 2 Jun - Datuk Seri Dr. Rais Yatim membangkitkan rasa hairannya dengan sikap terlalu mudah UMNO menerima kemasukan Mohamad Ezam Mohd. Noor berbanding penerimaan bekas ahli Parti Melayu Semangat 46 (S46) sebelum ini.
Beliau yang juga bekas Timbalan Presiden S46 berkata, kemasukan semula bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menimbulkan rasa curiga kerana ia berlaku secara tiba-tiba tanpa dirundingkan terlebih dahulu dengan Jawatankuasa Pengurusan parti.
''Saya dapat tahu Jawatankuasa Pengurusan parti yang diketuai oleh Datuk Seri Najib Tun Razak serta dibantu oleh Naib Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak dibawa berunding terlebih dahulu, malah tidak dirujuk pun kepada Majlis Tertinggi (MT).
''Secara tiba-tiba sahaja satu pihak lagi begitu kuat mahu bawa masuk Mohamad Ezam.
''Ia sungguh berbeza dengan ahli-ahli S46 dulu kerana proses kemasukan ahli (ke UMNO) sahaja memakan masa sembilan bulan dan macam-macam aspek diteliti tetapi sekarang orang yang tempelak UMNO boleh diterima 'pada minggu depan'," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Rais bagaimanapun yakin ahli-ahli MT yang akan bersidang selama dua hari di Shah Alam minggu ini akan membincangkan secara serius keputusan sama ada untuk menerima atau sebaliknya permohonan Mohamad Ezam dan beberapa bekas pemimpin muda PKR ke dalam UMNO.
Menurut Rais, beliau sebenarnya berasa curiga dengan sebab-sebab yang dikemukakan oleh Mohamad Ezam untuk menyertai semula UMNO.
''Dia pun sudah cakap 'lebih' (kononnya) hendak corakkan kepimpinan UMNO pada masa depan dan sebagainya.
"Justeru, MT perlu buat keputusan secara konsensus sebelum menerima dia dan rakan-rakannya," katanya.
Khamis lalu, Mohamad Ezam mengumumkan kembali kepada UMNO selepas mengisytiharkan keluar daripada PKR pada April tahun lalu.
Bekas Setiausaha Politik kepada penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu bertindak keluar parti setelah kecewa dengan corak kepimpinan PKR yang dikatakan dikuasai secara eksklusif oleh golongan tertentu yang berkepentingan peribadi.

tunku : as i said earlier, ezam is a special case with the help of big hands in umno.he was given 'red carpet' welcome.at the end of the day he will be the trojan horse as said by Tun Dr Mahathir.i agree with rais when he said ezam's application had not been approved yet but he's talking a lot nowadays of how to rejuvenate umno etc.not only rais wh is suspicious about ezam's motive but also majority of umno members.

5 comments:

azlishukri said...

Harapan kita, agar ahli-ahli UMNO akan memilih pemimpin yang benar-benar berjuang atas kehendak agama, parti dan rakyat.

bronaga said...

apa komen tunku pengakuan ezam di malaysia kini mengenai perjumpaannya dengan KJ dan Zizah dan Pakla mengenai pembebasan Nuar bagi saya satu pengkhianatan kepada semua ahli Umno bila petualang Umno dibantu tanpa pengetahuan Umno itu sendiri memang terang lagi bersuluh memang ada campurtangan KJ dalam pentadbiran Pakla...wallahualam

Tok Kemuning said...

Let bygone be bygone. UMNO has been without Ezam before. Life goes on. After what had been accused about UMNO and its leaders i think we should just live without Ezam.

If Ezam is really honest there are many others thing Ezam could do to contribute to the nation other than joining UMNO. Unable to be accepted into UMNO is price for Ezam to pay for the rest of his life. But there are many other avenue Ezam could participate other that joining UMNO.

Berita dari gunung said...

Sukar untuk menolak permohonan masuk UMNO. Malang sebab untuk serah borang pun media sudah canang seluruh kampung.

Boleh MT tolak, beri sebab dan canang dalam media?. I dont think so.

Both Abdullah and Khairy need Ezam badly, as a buffer at least.

manggis said...

Sesiapa sahaja akan rasa curiga kemasukan ezam ke dalam UMNO

Jawapan mudah adalah dengan berselindung di sebalik DEMI PERPADUAN DAN KEBAIKAN UMNO

WHY EZAM??? Apa yang hebatnya sangat Ezam ni?? Kan ramai lagi cerdik pandai melayu diluar sana yang lebih ikhlas memperjuangkan parti. UMNO (pak lah) ni macam katak bawah tempurung.

UMNO tidak perlu Ezam untuk mengremajakan parti. Kita ada Mukhriz, kita ada khir toyo,kita ada macam-macam lagi pemimpin umno yang selama ini setia pada parti. WHY EZM????

BECAUSE KJ said so, Abdullah follow
UMNO tak perlukannya while KJ dan PakLah yang perlukan ezam untuk jahanamkan UMNO

So Mahyudin, Rais, Rafidah and others tolong perjuangkan penyingkiran Ezam daripada UMNO. Be Firm. Singkirkan sekali KJ and Pak Lah jika hendak tengok UMNO selamat.

Kami the silent majority of UMNO will support U all dan sentiasa dibelakang menyokong.