Thursday, June 19, 2008

Mukhriz sokong SAPP, mahu Najib ganti Pak Lah


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Mahathir secara peribadi menyokong tindakan SAPP mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri di Parlimen Isnin ini.
Bagaimanapun, beliau hanya akan berbuat demikian jika SAPP tidak mempunyai kepentingan yang akan hanya menguntungkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.
Menurut Mukhriz, beliau menyokong tindakan itu kerana mahu peralihan kuasa dilaksanakan dengan segera sebelum Disember ini. Yang penting beliau mahu Datuk Najib Tun Razak yang menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bukannya orang lain.

2 comments:

Anonymous said...

permainan politik ni..semua orang ada versi2 yang lain2. tau tak yang cerita Dr M on RapidKL hanya separuh saje? yang posting terbaru kat chedet.com, Dr M fokus kat Rapid Penang saje, padahal Rapid Penang dgn RapidKL dimiliki oleh syarikat yang sama..yang dia cari pasal croni-croni Pak Lah - kononnya dalam Sykt ECM Libra dulu..tapi yang anak menantu dia sendiri Dr M buat macam bukan isu besar. macam mana orang nak percaya cerita dia?

Arn said...

roda laut...baca betul2...dalam hati tu jangan ada sifat hasad dan dendam...buang kalau boleh,jiwa akan tenang dan terbuka mengadili sesuatu isu...maaf ye...