Friday, February 29, 2008
Nurul Izzah perlu ditolak
SHAH ALAM 28 Feb. - Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib menyifatkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar sebagai 'budak mentah' yang perlu ditolak pengundi kawasan itu.
Menurutnya, Nurul Izzah perlu menyedari sepanjang tempoh 16 tahun bapanya berada dalam kerajaan, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah mengeluarkan kata- kata tidak elok kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Katanya, anak pemimpin PKR itu tidak sepatutnya menuduh BN sebagai parti perkauman yang akan menjahanamkan negara.
''Mengapa apabila dibuang daripada UMNO dan kerajaan, tiba-tiba sekarang semua yang dibuat kerajaan tidak betul, kenapa sepanjang 16 tahun berada dalam kerajaan semuanya elok.
"Sekarang semua keluarganya bertanding, bapanya mahu bertanding, emak bertanding, anak bertanding, Nurul Izzah masih mentah, walaupun dia belajar universiti tetapi itu masih tidak cukup," katanya di sini hari ini.
Oleh itu, katanya, terpulang kepada pengundi di Lembah Pantai sama ada mahu memilih BN yang diwakili Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil atau Nurul Izzah.
Anak sulung Anwar itu buat pertama kalinya bertanding pada pilihan raya umum manakala ibunya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail pula bertanding kali ketiga bagi mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh yang pernah disandang Anwar.
Dalam pada itu, beliau menyuarakan sokongan penuh kepada pencalonan Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin untuk mempertahankan kerusi Parlimen Shah Alam dan Datuk Ahmad Nawawi M. Zin sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik pada pilihan raya umum kali ini.
Katanya, tidak ada sebab pengundi di Shah Alam mahu memilih calon pembangkang setelah BN membuktikan kemampuannya membangunkan negara.
Menurutnya, tidak seperti pilihan raya kecil, pilihan raya umum adalah bagi membentuk kerajaan dan pengundi perlu menggunakan kebijaksanaan mereka memastikan BN terus menerajui negara.
tunku : i agree with mat taib when he said that why during his 16 years in umno anwar did not ever criticize umno and the government, when he has all the means to do so.well you can ex pect this from a loser.
regarding mat taib statement that nurul izzah should not contest because the mother is contesting(family), i think mat taib should also criticize pak lah and taib mahmud. both of them have their son and son in-law contesting while they are still in power.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Hanya orang gila je yg kutuk parti sendiri
Ada bezanya Izzah & ibu bertanding dan Guan Eng & bapa bertanding dengan Khairi & bapa mertua, Taib Mahmud & anak dan Ong Ka Ting & adik bertanding.
Izzah & ibu dan Eng Guan & anak di kalangan "pembangkang" dan mereka tidak memerintah negara. Kalau pun mereka menang, tak de apa yang mereka dapat.
Tapi Khairi & pak mertua, Taib & anak dan Ka Ting & adik semua dari pemerintah. Kalau semua menang, mereka boleh buat apa yang mereka hendak - nepotism.
Lebih2 lagi "adap" kita yang meng-iya-kan ketua kita, seolah2 kita berjuang untuk ketua, bukan parti. Itu sebabnya Mat Taib tak hentam Pak Lah, tapi hanya hentam Izzah.
Tak Dak Nama 3
kritik ke arah kebaikan tak gila namanya, itu adalah yg sepatutnya dilakukan oleh ahli parti, bukan angguk saja.
Saya setuju dengan Tunku, kritik pemimpin tak gila namanya, asalkan jangan kritik parti.
Kritik pemimpin tidak bermaksud kritik parti. Sudah pasti kita jadi ahli politik kerana aspirasi parti, dengan itu pemimpin juga mesti memimpin mengikut aspirasi parti; jika terbabas, ahli wajib betulkan; kalau sengaja terbabas, ahli wajib singkirkan. Jika tidak, ahli akhirnya berjuang untuk pemimpin, bukan parti.
Masalahnya, bila ramai ahli jadi tukang ampu, maka perjuangan ialah ke arah pemimpin, bukan lagi ke arah aspirasi parti - dan inilah permulaan kepada jatuhnya sesuatu parti, bukan sekarang, mungkin 10-20 tahun lagi.
Tak Dak Nama 3
parliment should gazzette new law , any ministers in power, their family members are not allow to contest; They can join the political game as MP only after their elder left, retired or not in the politcal game.
If this election reflects the will of a small const., it doesn't mean the people do not object to this issue; But if all lost their seats, then we are in serious business to change...
Tan Sri Muhammad Muhd. Taib
Pernahkah sesiapa ingat beliau ada skandal dengan budak bawah umur. Budak tersebut tak pasal2 di tempatkan kat pusat serenti wanita rembau..
Masihkah anda ingat?
Apapun, buat Nurul Izzah. Ingatlah, sokongan padu dari pemuda dan pemudi di Selangor semakin kuat untuk pembangkang. Kami dengar dan kami lihat, sebab itulah anda menang!!! Kuatkan semangat juang dan teruskan berjuang! Sokongan saya dan keluarga sentiasa mengiringi buat anda!
kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.
Perjuangan yang baik harus diteruskan
Post a Comment