Tuesday, May 29, 2007

Tun Mahathir received courtesy call by Kuwaiti Prime Minister


courtesy of jinggo http://minaq-jinggo.fotopages.com/

Kunjungan PM kuwait ke atas Dr M

Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir bin Mohamad hari ini menerima kunjungan Perdana Menteri Kuwait Sheikh Nasser Al-Mohammad Al-Ahmad Al-Sabah, di kediaman peribadi beliau di Seri Kembangan.
Kunjungan selama satu jam tersebut turut disertai enam orang anggota delegasi Kuwait terdiri daripada pegawai-pegawai tinggi pejabat Perdana Menteri Kuwait, serta pejabat
Emir Kuwait dan juga Duta Kuwait ke Malaysia.

Menurut pegawai pengiring kunjungan Sheikh Nasser ke atas Dr Mahathir adalah untuk bertanyakan keadaan kesihatan Dr Mahathir dan untuk menyampaikan salam hormat Emir Kuwait Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah.
Menurut pegawai tersebut, Emir Kuwait juga turut mendoakan kesejahteraan kesihatan Dr Mahathir dan berharap agar Dr Mahathir segera sembuh.
Dr Mahathir, pada 15hb Mei telah dimasukkan ke hospital selepas mengalami sesak nafas semasa lawatan ke Langkawi. Beliau kemudiannya dipindahkan ke Institut Jantung Negara untuk rawatan lanjut. Di IJN juga doktor pakar telah mengesahkan bahawa Dr Mahathir telah mengalami serangan jantung (myocardial infarction) serta infaksi paru-paru.

Beliau dibenar pulang ke rumah pada 24hb Mei lalu.
Sementara itu Sheikh Nasser juga telah menyampaikan jemputan kepada Dr Mahathir untuk melawat negara teluk itu.
Beliau juga turut mengambil kesempatan berbincang bersama Dr Mahathir beberapa isu berkenaan hubungan dua hala Malaysia-Kuwait, perkembangan ekonomi Kuwait serta pembangunan ibukota pentadbiran Kerajaan Pusat Putrajaya, yang merupakan ilham Dr

Mahathir semasa beliau menjadi Perdana Menteri.
Sheikh Nasser dan delegasi Kuwait berada di Malaysia untuk menyertai Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) di Pusat Perdagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

thanks to jinggo

No comments: