Saturday, May 12, 2007
Terlalu banyak 'dosa' Anwar pada Umno
MStar
KUALA LUMPUR: "Dosa" Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Umno terlalu besar untuk dimaafkan dan kerana itu beliau tidak akan diterima semula menyertai parti itu untuk selama-lamanya, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Katanya, walaupun ada pemimpin lain yang diterima kembali bersama parti itu setelah dipecat atau selepas keluar parti, kes Anwar berbeza.
"Dia telah buat terlalu banyak dosa dan telah menentang Umno. Latar belakangnya kita tidak boleh terima lagi," katanya kepada mStar Online hari ini.
Beliau mengulas kekeliruan yang dibangkitkan ramai ahli parti terhadap penjelasan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad ketika mengumumkan keputusan Majlis Tertinggi (MT) mengulangi keputusannya untuk tidak sekali-kali menerima Anwar.
Radzi, ketika bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat MT pada 30 April, berkata keputusan itu dibuat berdasarkan perlembagaan parti yang dipinda pada 2002 yang menetapkan sesiapa yang menentang Umno tidak akan diterima masuk selama-lamanya.
Penjelasan itu menimbulkan kekeliruan banyak pihak kerana pada akhir Mac, Timbalan Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan keputusan MT menerima kembali Datuk Askalani Abdul Rahim, seorang ahli yang dipecat atas kesalahan bertanding sebagai calon bebas dalam pilihan raya negeri Sabah pada 1999.
Ali berkata, kedudukan Anwar tidak boleh disamakan dengan Askalani kerana bekas Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno itu telah melakukan banyak kesalahan yang berterusan terhadap Umno untuk tempoh masa yang sangat panjang.
"Kita tahu dia (Anwar) memang minat hendak masuk semula, kerana itulah dia tidak pernah mendaftar menjadi ahli Parti Keadilan Rakyat dan hanya kekal menjadi penasihatnya.
"Selain itu, ketika kempen pilihan raya kecil Ijok berlangsung akhir bulan lalu, ada pihak yang mendakwa bahawa Anwar dan Khalid (calon PKR Tan Sri Khalid Ibrahim) akan diterima masuk ke dalam Umno sekiranya menang dalam pilihan raya.
"Malah pihak ini juga memalsukan tandatangan seorang ketua bahagian Umno untuk menyebarkan surat yang membuat dakwaan yang sama. Kerana itulah maka MT pada mesyuaratnya yang lepas terpaksa sekali lagi mengulangi bahawa Anwar tidak akan diterima," katanya.
Ditanya jika ada mana-mana pihak dalam Umno yang pernah menyuarakan sokongan terhadap idea membawa Anwar masuk semula ke dalam parti, Ali berkata, sepanjang pengetahuannya tidak ada kumpulan seumpama itu walaupun beliau percaya ada ahli-ahli yang masih berharap-harap ia akan berlaku.
"Dengan keputusan tegas yang diambil MT itu, saya harap golongan ini tidak lagi akan memandang ke belakang, sebaliknya berusaha untuk mengukuhkan parti dan perjuangan orang Melayu," katanya.
tunku : "jangan pandang belakang" should be mention loudly everytime you see anwar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Tunku , hopefully the non believers of 'Jackyle & Hyde" in Anwar Ibrahim will open up their minds after the 'reveal-all' court-drama starting 15th Jun 2007. I'm too excited to read the defence affidavit by TDM. I'm pretty sure mor untolds will emerge! Anwar , you are irrelevant now and forever!!
Post a Comment