Monday, May 28, 2007

Cuti-Cuti Malaysia




BUKIT HIJAU,KEDAH
Located about 112km south-east of Alor Setar, deep in the forest of Gunung Inas in the Baling district is Peranginan Bukit Hijau, a great retreat for the locals. Also known as Lata Bukit Hijau Recreational Forest, it is famed for its amazing seven-level cascading waterfalls that create seven pools of cool, crystal clear water.
Although picnickers come here during weekends and public holidays, its large camping ground with basic toilet facilities along the Sungai Mempelam (Mempelam River) is more than adequate for all. Activities available there include nature walks along the bridle path that leads to the forest reserve where one can see nature at its best.

Getting There
From KL, take the North South Expressway heading to Kulim. Located 42km from Kulim, you can drive to Bukit Hijau Park using the link road, looking out for signs directing you towards Taman Rekreasi Bukit Hijau. Optionally you can also take a taxi from Kuala Ketil town.

3 comments:

Anonymous said...

Tunku,
sudah lama saya tidak ke Peranginan Bukit Hijau Baling, Kali terakhir saya kesana ialah kira-kira 4 tahun lepas. Syukur, bumi tanah Melayu kita ini walaupun tidak luas dan besar, dikurniakan dengan banyak keindahan alam semulajadi. Kecantikannya memukau pandangan, menenangkan fikiran.

Kebetulan, baru semalam saya pergi membawa keluarga berkelah di Kawasan perkelahan Titi Ayun, berhampiran Gunung Jerai, Kedah. Kawasan perkelahannya juga indah, walaupun tidak seindah Bukit Hijau.

Terdapat dua persamaan ketara dikedua-dua tempat ini, persamaan yang hendak saya kongsikan disini bukanlah persamaan dari segi keindahan, tapi dari segi tahap kebersihan kawasan-kawasan tersebut dan banyak lagi kawasan perkelahan atau taman-taman awam di negara kita ini.

Kebersihan dan keindahan sesuatu lokasi bukanlah disebabkan kerja-kerja pembersihan yang kerap atau aggresif, tetapi bagaimana masyarakatnya menjaga kebersihan. Sampah dan sisa makanan dibuang sesuka hati, dimerata-rata tempat. Sampai bilakan kita perlu menunggu untuk melihat masyarakat kita membawa bag sampah sendiri untuk menjaga kebersihan tempat awam?

Alam sekitar kita sudah tidak mampu menunggu, pencemaran oleh kita sudah keterlaluan. Tak perlu kita marahkan industri yang melepaskan sisa toksik sekiranya kita sendiri tidak mampu mengurus sedikit sampah yang kita jana, padahal tiada kos tambahan pun perlu kita keluarkan.

Dalam masa yang sama , saya ingin memuji Pejabat Daerah Pendang Kedah kerana menjalankan kempen kebersihan sungai yang paling kotor didaerah itu. Mereka nampak bersungguh-sungguh cuba memulihkan parit-parit dan juga menanam tanaman yang berguna untuk masyarakat sekitar seperti nangka madu dsbnya untuk orang awam tempatan dibatas batas parit tersebut.

Parit bersih, hasil pun dapat, nilai masyarakat setempat meningkat, tanpa perlu promosi yang besar-besar yang memekan kos lebih dari kerja.

tunku said...

memang betul, pencemaran yang berlaku di negara kita sekarang ini banyak kerana sikap kita sendiri yang tidak menghiraukan khazanah/permata yang dikurniakan oleh Allah kepada kita.sekiranya kita tidak mengubah sikap, walau macam mana sekalipun pihak berkuasa membersihkannya, ianya tidak akan berjaya.
pihak berkuasa juga seharusnya menyediakan kemudahan2 di tempat2 peranginan seperti menyediakan tandas/tong2 sampah yg mencukupi.

Anonymous said...

salam, saya petik artikel ini dan siar serta dalam blog saya www.abatasa2.blogspot.com Harap tuan tidak keberatan. terima kasih.