Jumaat yang barakah buat Najib... ZAINI HASSAN Utusan Malaysia.
(I)
BUKAN ramalan lagi, Najib Tun Razak akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ke-6 Malaysia, pada pagi Jumaat, 3 April ini. Bagi orang Islam, ia adalah hari yang cukup barakah; penghulu segala hari untuk memulakan sebarang tugas dan pekerjaan. Kita berharap perjalanan kerjaya Najib demi agama, bangsa dan negara akan cemerlang.
Rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum, latar belakang - kaya, miskin, korporat atau pemandu teksi - mahu melihat satu perubahan dan pembaharuan dari segi stail kepimpinan Najib.
Mereka mahu melihat saf Kabinet beliau akan diisi dengan pemimpin yang berwibawa, boleh bekerja, tekun, amanah dan yang paling utama - responsif kepada mereka, rakyat.
Rakyat meletak harapan yang besar kepada Najib. Rakyat mahu melihat Najib berpendirian tegas, membuat keputusannya sendiri - tanpa terlalu dipengaruhi oleh ‘orang-orang kelilingnya’.
Jangan ulangi lagi kesilapan silam. Rakyat tidak mahu ia berulang lagi. Contohilah cara ‘My Way’ Dr. Mahathir menguruskan pentadbirannya sendiri, walaupun orang menuduhnya kejam, kuku besi, maha firaun dan walaupun ada silap sana dan sini - tapi hakikatnya Tun berjaya meletakkan negara dan rakyat di landasan yang betul sehingga hari ini.
Cabarannya sekarang ialah bagaimana Najib mahu menentukan stail kepimpinannya?
Ujian sebenar Najib sudah hampir tiba. Sebaik sahaja beliau mengangkat sumpah, ujian pertamanya ialah untuk membentuk saf Kabinet barunya. Kita berharap Najib akan memikirkan segala sudut dalam percaturannya, termasuklah menghindarkan amalan politiking yang sempit.
Mulai sekarang musuh politiknya sudah menjadi rakannya. Kombinasi lama dan baru amat diperlukan, walau pahit mana sekali pun. Najib harus meletakkan asas negara dan rakyat di tangga No. 1 melebihi segala-galanya.
Selepas saf Kabinet, Najib perlu memikirkan semula untuk memantapkan partinya UMNO dan BN. Barisan saf UMNO perlu disusun semula dengan memberikan satu wajah baru yang segar. Banyak kritik daripada pihak muda mengatakan UMNO sudah tua dan lesu.
Satu proses rejuvenasi, penyegaran semula perlu dilakukan segera ke atas parti berusia 63 tahun itu.
Tidak rugi jika Najib mulai memikirkan untuk meletakkan pemimpin-pemimpin muda sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO di seluruh negeri. Banyak muka fresh yang berada di dalam parti itu. Orang lama, janganlah berduka, sebaliknya bantulah tenaga muda ini melalui pengalaman bernilai mereka.
Lima orang Pengerusi Perhubungan UMNO yang kalah dalam pilihan raya Majlis Tertinggi UMNO minggu lalu perlu diganti. Begitu juga yang lainnya, walaupun mereka menang, juga boleh diganti baru. Berilah satu booster dalam kepimpinan UMNO negeri.
Jika mahu berubah, berubahlah betul-betul.
(II)
SAYA menerima secara eksklusif satu laporan analisis keputusan pemilihan jawatan Majlis Tertinggi UMNO yang baru berakhir hujung minggu lalu. Analisis yang dilakukan oleh sekumpulan pakar bebas itu cukup komprehensif. Dan penemuan mereka juga cukup memeranjatkan.
Saya hanya akan memetik kesimpulannya sahaja. Analisis itu berbunyi: ‘‘adalah diyakini, amalan PW (Politik Wang) akan terus ‘menguasai dan membudaya’ di kalangan perwakilan Perhimpunan Agung UMNO di tahun-tahun yang akan datang serta seterusnya akan terus kuat menggugat usaha dan keupayaan barisan pimpinan UMNO yang berkelayakan, berkesanggupan, berpengetahuan dan berpengalaman luas, baru dan muda tetapi tidak mempunyai kemampuan materialistik dan kewangan untuk turut bertanding dan bersaing bagi menampilkan kemampuan serta mendapatkan kedudukan secara demokrasi, adil dan saksama.”
Menurut laporan analisis itu lagi: ‘‘…yakin dan mengetahui secara ‘sedar dan positif’ adalah lebih daripada separuh iaitu melebihi tahap 50% dari senarai calon berjaya dalam persaingan pemilihan ahli majlis tertinggi (AMT) ke-59 terlibat dan turut mencebur diri dalam amalan PW sekurang-kurangnya di tahap minimum dan berhemah yang telah terpaksa ‘diperalatkan’ sebagai strategi ‘terakhir dan ampuh’ untuk menjamin kejayaan terutamanya kejayaan cemerlang untuk memperolehi pencapaian ‘kedudukan dan urutan’ terbaik.” Tambah laporan itu lagi: ‘‘…amalan PW telah berjaya memberikan hasil kejayaan cemerlang dan gemilang berbanding dengan kegemilangan rekod perkhidmatan, imej kepimpinan kebolehan peribadi dan kesediaan berkhidmat yang dipunyai dan diakui oleh barisan perwakilan dan juga ahli akar umbi UMNO sendiri.” Renung-renungkanlah wahai orang UMNO sekelian. Datuk Seri Najib, tugas anda amat mencabar untuk tahun-tahun mendatang ini. Bersihkanlah.
tunku : very well said by mr zaini hassan. i agree with him 100% .najib should be brave enough to transform,reform, rejuvenate umno without fear and favour. it's sad to know that half of those elected in the majlis tertinggi(umno supreme council) are involved with money politics. najib must not appoint those dirt in his new cabinet line up. najib must be brave enough to change the leadership at state level as more than 70% are not accepted by the majority any longer.state like kedah,penang and kelantan really need total change in the state leadership.other state should do so by right. this will give a new hope for umno and bn with the support from the public.from now start searching for potential candidates for next GE which very well accepted by the locals.ask them to work from now on,SERVE the public well.if najib dare to do these changes, i am sure BN will come back much stronger than it has ever been.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Umno hanya akan pulih apabila terhapus nya SIAL yang bawa Abdullah. Sial2 yang ditinggalkan Abdullah sekarang adalah pembodek tahap tertinggi serpeti di bawah :
Mohammad Mohd Taib
Mohd Ali Rustam
Hishamuddin Tun Hussin
Azlina Azman Said
Ismail Sabri Yaakob
Naziman Mansor
Shahril Samad
Mahadzir Khalid
Penyangak2 ditingkat 4
Semua exco pemuda yang menjadi penjilat Khairy dan kuncu2 nya.
Khairy Jamaluddin wajib di siasat dan dipenjara atas salah guna kuasa dan kemusnahan dalam kerajaan dan orang2 Melayu yang menyebabkan kerajaan kehilangan 5 negeri kepada pembangkang.
Post a Comment