Sunday, March 4, 2007

The US-Malaysia FTA Implications


Harga ubat melambung jika Data Eksklusif FTA dilaksana
Utusan Malaysia
KUALA LUMPUR 3 Mac – Rakyat negara ini bakal berhadapan dengan kenaikan harga ubat 10 kali ganda lebih tinggi jika Amerika Syarikat (AS) memaksa Malaysia melaksanakan dasar Data Eksklusif melalui Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA).
Setiausaha Persatuan Pengguna Pulau Pinang, Martin Khor berkata, pada masa ini ubat yang dikeluarkan oleh syarikat tempatan dan yang diimport terutama untuk penyakit AIDS, lelah, Parkinson dan jantung adalah dari jenis tidak berjenama atau generik yang harganya jauh lebih murah.
Katanya, melalui FTA dibimbangi AS akan memaksa Malaysia melaksanakan dasar Data Eksklusif tersebut yang mana hanya ubat berjenama dan telah dipatenkan terutama yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat negara itu sahaja boleh dijual berbanding ubat generik.
“AS mahukan paten diberikan perlindungan lebih kukuh melalui mekanisme baru dikenali sebagai dasar Data Eksklusif’ yang menyukarkan sama sekali pengeluar ubat generik memasarkan produk mereka di sini,’’ katanya pada temu bual dengan Mingguan Malaysia, di sini.
Oleh itu, katanya, jika syarat tersebut diutamakan oleh AS dan perunding-perunding Malaysia tunduk kepadanya bermakna rakyat negara ini terpaksa membayar harga lebih tinggi untuk ubat-ubatan pada masa depan.
“Ini perkara berkaitan hidup dan mati kerana harga ubat meningkat dan mereka (pesakit) pula tidak boleh mendapatkan ubat yang murah,” katanya.
Daripada kajian, katanya, Korea misalnya menjangka jika paten dadah untuk ubat dilanjutkan bagi tempoh empat tahun akibat perjanjian FTA, rakyat negara itu terpaksa membayar kos tambahan sebanyak AS$750 juta (RM2.63 bilion) bagi mendapatkan ubat-ubatan.
Malah, katanya, Kanada yang telah menandatangani FTA dengan AS mendapati terpaksa membayar AS$600 juta (RM2.1 bilion) lebih tinggi untuk mendapatkan ubatubatan disebabkan adanya dasar Data Eksklusif itu.
Bagaimanapun, menurut Khor, Malaysia bertindak bijak dalam tempoh dua tiga tahun lalu apabila Kementerian Kesihatan mengeluarkan lesen untuk mengimport dadah dari India bagi pesakit HIV/AIDS.

tunku: not only medicine prices, this fta with usa will bring us down, they will rule this country indirectly and the leaders will only be puppets.please stop this negotiation with usa.most of the sme's company will flop when "giant" comes as they will never be able to compete. all the privileges by our people will be down the drain.they will push us to the walls till we agree to them, that's the usa style. to do fta with them is like doing fta with satan.

No comments: