Sunday, March 25, 2007

Keadilan is not relevant anymore


Pemimpin PKR keluar parti sewaktu mesyuarat agung
Seorang daripada pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan, Saufi Daud hari ini mengumumkan keluar parti kerana kecewa dengan kepimpinan tertinggi parti itu yang disifatkannya tidak mampu berfungsi dengan baik.
Ketua Keadilan Bahagian Tumpat itu berkata beliau juga meletak jawatan ketua bahagian yang disandangnya sejak 1998 dan melepaskan jawatan Timbalan Pengerusi I Kelantan yang dipegangnya sekarang.
"Keputusan untuk keluar daripada parti terpaksa saya buat kerana saya berpendapat perjuangan PKR sudah tidak ada hala tuju sebenarnya.
Ia juga sudah lari daripada matlamat asalnya," katanya selepas berucap pada mesyuarat Agung PKR Bahagian Tumpat di Pantai Sri Tujoh, hari ini.
Beliau membuat keputusan itu setelah perjalanan mesyuarat agung berkenaan diganggu sekumpulan lelaki yang didakwanya penyokong kepimpinan PKR negeri.
Kumpulan yang didakwa Saufi bukan terdiri daripada perwakilan dalam mesyuarat itu cuba membuat "kacau" dan mengambil alih perjalanan mesyuarat sehingga memaksa pengerusi sementara menangguhkan majlis kira-kira 15 minit untuk meredakan keadaan.
Sebaik mesyuarat bermula, kumpulan berkenaan berbuat bising menyebabkan ada anggota perwakilan bertindak keluar dewan.
Melihat keadaan itu, Saufi terus mencapai mikrofon dan membuat pengumuman beliau meletakkan semua jawatan dalam parti sebelum dibawa keluar beberapa penyokongnya daripada dewan berkenaan.
"Apa yang saya lihat ramai yang berminat masuk Keadilan untuk mendapatkan tempat, terutama sekarang ini sudah dekat dengan pilihan raya umum. Ramai yang bercita-cita nak jadi calon agaknya.
"Apa yang berlaku dalam Keadilan kini, sudah ada yang punggah perwakilan dengan bas untuk mesyuarat, sudah wujud budaya samseng dan main politik wang. Ia sudah tidak sesuai lagi dengan saya," katanya.
Beliau berkata pada pendapat beliau perkataan "keadilan" pada parti itu hanya slogan semata-mata kerana perjuangan Keadilan (sebelum bergabung dan dinamakan PKR) ialah untuk membebaskan bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara.
"Bila Anwar sudah bebas, ia hilang hala tuju," katanya. - BERNAMA

tunku : keadilan members should quit the party as it's not relevant anymore. more leaders should leave the party like saufi daud did.people like nalakarupan can join this party what is left to say.anwar....hahaha, expired donkey,no longer worth.that is why he is trying his best to come back to umno.he is praising pak lah nowadays.

No comments: