Thursday, March 1, 2007
Another big joke
Fokus pada Anwar, bukan jawatan kata Shamsul
Oleh Zulkifli Mohamed
Pemangku Ketua Angkatan Muda Keldai, Shamsul Iskandar Mohd Akin mengingatkan ahli parti yang sedang rancak ‘berpesta demokrasi’ dalam pemilihan parti itu, menumpukan fokus menobatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Presiden dan bukannya ghairah merebut jawatan di dalam parti.
Jelasnya, itu bukan bermakna menafikan amalan dan semangat demokrasi di dalam parti, tetapi adalah lebih penting meletakkan Keadilan di landasan yang tepat dengan kemudiannya dipegang secara serius oleh Anwar.
“Dengan penyertaan beliau sebagai Presiden, pastinya keyakinan ahli dan rakyat Malaysia akan bertambah dan suasana /ambience ini akan memperhebatkan lagi parti Keadilan untuk berhadapan dengan Umno/BN dalam pilihan raya umum akan datang.”
Menurut Shamsul, ketika sokongan rakyat kian memuncak kepada Keadilan dan perubahan politik, perkara ini wajar ditekankan, bukannya ghairah untuk merebut jawatan.
Justeru, beliau beriltizam menggerakkan seluruh kekuatan Angkatan Muda untuk menobatkan Anwar sebagai Presiden Keadilan.
“Kita juga mendesak kerajaan agar beliau dibenarkan untuk bertanding dalam pilihan raya umum yang akan datang.
“Saya tegas menyatakan, ini wajar menjadi fokus utama kongres parti akan datang,” katanya.
Tambahnya, walaupun terdapat kepelbagaian pendekatan untuk mempraktikkan amalan demokrasi parti atau bermuafakat tanpa pertandingan, kongres kali ini perlu menjadi titik tolak parti Keadilan untuk melangkah lebih berani.
“Kita tidak seperti Umno, yang seringkali menangguhkan amalan demokrasi dalaman mereka apabila tiba waktu pilihan raya.
“Keadilan tegar dan tegas untuk melaksanakan amalan demokrasi yang kekal menjadi mauduk utama perjuangan meskipun terpaksa berhadapan dengan cabaran kecil pemilihan,” ujarnya.
Shamsul dijangka menghadapi tentangan daripada bekas Timbalan Ketua Penerangan Badrul Hisham Shaharin bagi mengisi jawatan Ketua Angkatan Muda yang dikosongkan Mohamad Ezam Mohd Noor yang meletakkan jawatan.
tunku : keadilan desperado party always the same, the fight is for anwar and only anwar, not for rakyat. They said that they are best democracy party but still wants no contest, "cakap tak serupa bikin" .I like it when he said the party is getting support from the people...which segment of public that is???Shamsul, if money thrown to you, tomorrow you will join parti cap payung too. Keadilan keep focusing on anwar but dont focus too much, it will arouse him.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Tak hairan tunku , kalau terjadi pesta perebutan jawatan dalam parti keldai kerana dia terbawa2 dengan budaya membeli undi yang di bawa ole bakal ketuanya ketika menyertai UMNO dulu. Bila jadi menteri kewangan, bertaburan 'pink form' sehingga ada yang sanggup bai'ah dengan nya ,menjadi instant jutawan!! Parti keldai ni pun akan jadi begitu juga dgn kemasukan ahli koperat spt khalid guthrie. Tunku bagi tau dia,tak usah teruja sangat nak mengapalai keldai, kerana dia tak relevan lagi kpd rakyat malaysia!!
according to datuk ron's toyol code maybe this coming May some political shock will take place....will this keldai joins umno?????
i pray to god this will never happen.
Unlike some parties, Keadilan has true democracy. Although Anwar is in the fray, no one is being stopped from running. Compare that with say, UMNO?
hahahaha, keadilan has true democracy, you must be crazy or it's a joke.
Unlike some parties, Keadilan has true democracy. Although Anwar is in the fray, no one is being stopped from running. Compare that with say, UMNO?- said anonymous. Who ever you are, wait until ANWAR assumes as president! Look back when he was Ketua PPUmno and Timb President Umno, apa dia buat?
Post a Comment