Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir & Batin

Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir & Batin

Tuesday, October 9, 2007

Rafidah anggap remeh -- Isu Azalina tanding Ketua Wanita UMNO


KUALA LUMPUR 8 Okt. – Datuk Seri Rafidah Aziz menegaskan, sokongan terbuka UMNO Bahagian Cheras kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Azalina Othman Said untuk menentangnya dalam pemilihan Ketua Pergerakan Wanita UMNO pada pemilihan parti akan datang adalah ‘perkara remeh’.
Rafidah yang memimpin Wanita UMNO sepanjang 19 tahun sejak 1984, dengan hanya terlepas kepimpinan pergerakan itu selama empat tahun kepada Datuk Dr. Siti Zaharah Sulaiman antara 1996 dan 2000, enggan memberikan komen panjang lebar mengenai sokongan terhadap Azalina.
Katanya, beliau tidak berpeluang membaca laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia hari ini mengenai isu sokongan terhadap Azalina kerana sibuk bermesyuarat.
‘‘Saya tidak mahu komen. Isu itu terlalu remeh untuk diperkatakan. Saya tiada komen.
‘‘Saya pun tidak baca surat khabar lagi sebab bermesyuarat sehari suntuk di Putrajaya bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini petang ini.

Rafidah berkata demikian ketika ditanya mengenai sokongan UMNO Bahagian Cheras yang disuarakan oleh Ketua UMNO bahagian itu, Senator Datuk Wira Syed Ali Alhabshee supaya Azalina dicalonkan bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO dalam pemilihan parti akan datang.
Menurut Syed Ali, Azalina, 44, merupakan calon yang layak untuk menerajui dan membawa pembaharuan kepada sayap UMNO itu kerana menteri Kabinet yang mempunyai latar belakang bidang undang-undang itu adalah ‘seorang yang berpendirian serta berani dalam berpolitik’.
Azalina ketika mengulas sokongan tersebut semalam menyatakan keutamaannya pada masa ini adalah untuk mengekalkan kedudukannya sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO.
Pemimpin yang masih bujang itu berkata, adalah terlalu awal untuk beliau memberi sebarang kenyataan mengenai soal pemilihan parti.
Rafidah, yang anak sulungnya kini telah pun berusia 41 tahun, menjadi Ketua Wanita UMNO pada tahun 1984 pada umur 41 tahun selepas mengalahkan Datin Paduka Zaleha Ismail (kini Tan Sri) dengan kelebihan 71 undi.
Pada pemilihan 1996, beliau yang pernah menjadi pensyarah ekonomi di Universiti Malaya tewas kepada Siti Zaharah ketika mempertahankan jawatannya, tetapi bangkit semula dalam politik UMNO dengan menumpaskan Siti Zaharah dalam pemilihan merebut jawatan itu pada 2000.
Rafidah menjadi Ahli Parlimen sejak tahun 1978, sepenggal sebagai wakil rakyat kawasan Selayang sebelum memenangi kerusi Parlimen Kuala Kangsar selama enam penggal berturut-turut.
Sementara itu, Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menegaskan, beliau tidak pernah berubah dengan pendirian politiknya iaitu menyokong Rafidah sebagai ketua sayap UMNO itu.
‘‘Prinsip saya dalam perjuangan politik ialah saya tidak lawan ketua. Saya tetap menyokong Rafidah sebagai Ketua Wanita UMNO,’’ ujar Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Apa yang paling penting, tegas Shahrizat, ialah Pergerakan Wanita UMNO yang mempunyai keahlian lebih satu juta itu perlu dipastikan berada dalam keadaan stabil dan berupaya menjalankan tugasnya menjelang pilihan raya umum akan datang.
‘‘Pergerakan Wanita UMNO begitu stabil sekarang dan menumpukan 100 peratus perhatian kepada kerja-kerja pilihan raya.
‘‘Soal pemilihan parti tidak menjadi perhatian kami,’’ tambah Shahrizat.
Ketua Wanita UMNO Bahagian Ampang, Dr. Rozaidah Talib juga berada di belakang Rafidah.
“Adalah tidak manis bagi sesiapa menyatakan hasrat bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO sedangkan pemimpin sedia ada tidak memberi sebarang petanda mahu mengundurkan diri,” katanya.
Rozaidah yang merupakan Ahli Parlimen Ampang menyifatkan langkah UMNO Bahagian Cheras menyatakan sokongan terhadap Azalina seakan-akan mahu menyingkirkan Rafidah.
‘‘Cakap-cakap macam itu seolah-olah hendak singkirkan Ketua Wanita UMNO sedangkan beliau tidak memberi petanda mahu mengundurkan diri.
‘‘Kami tetap menyokong Rafidah. Kami masih menghormatinya dan mahukan pemimpin seperti beliau terus memimpin Wanita UMNO,’’ katanya.
Rozaidah menambah, dalam hal ini, beliau tidak menentang Azalina tetapi memikirkan mengenai pentingnya hierarki parti yang sedia ada dihormati.
Azalina ialah bekas Ketua Puteri UMNO yang bertanggungjawab menubuhkan Puteri UMNO pada tahun 2000 sebagai satu inovasi pendekatan bagi memberi peluang kepada wanita muda Melayu menyertai parti itu.
Beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen Pengerang dalam pilihan raya umum 2004. Selepas pilihan raya itu, pada usia hanya 40 tahun, bintang politiknya menyinar apabila beliau terus dilantik menganggotai Kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Sungguhpun latar belakang Azalina itu memberikan tarikan kepada politik, Rozaidah berkata: ‘‘Mereka (pemimpin Wanita UMNO sekarang) masih ada di situ. Oleh yang demikian, perkara ini (menyuarakan perebutan jawatan) adalah sesuatu yang tidak manis.’’
Utusan difahamkan, Exco Wanita UMNO mengadakan pertemuan dengan Abdullah di Putrajaya hari ini.






tunku : wow so Cheras Umno wants azalina to be the wanita chief because to them she is brave, well for me azalina is not brave but "tough" woman.....she looks "tough" to me(nampak keras).everyone knows that she will fight for the seat one day but to my amaze why now, when the deputy wanita chief shahrizat is the one who suppose to be the next wanita chief and most of all rafidah still the chief and have not announce of retirement. or maybe the boss has indicated that azalina is the next chief?it's easy to have someone who will always say "yes" to you.why don't anyone support other candidates than khairy to be the next umno youth leader? have any guts(ada berani kah)? to me a wanita chief should be a woman who are married or have been married, have family(children),then only the person is suitable to be wanita chief.pity shahrizat,beware of azalina.

1 comment:

da real deal said...

“Adalah tidak manis bagi sesiapa menyatakan hasrat bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO sedangkan pemimpin sedia ada tidak memberi sebarang petanda mahu mengundurkan diri,” kata Dr Rozaidah Talib.

Apa engkau ingat kedudukan tertinggi pergerakan itu kepunyaan nenek dia ke? Sesiapapun berhak untuk bertanding. Jangan sekali2 ingat mentang2 seseorang itu duduk di kerusi itu, maka ia berhak untuk duduk sampai mati.

Inilah barah yang merebak di dalam UMNO. Apabila dapat kerusi, terus anggap seperti itu hak nenek moyangnya, dan tidak berhajat untuk mengundur walaupun sudah 19 tahun menerajui kepimpinan itu.

Sharizat kata dia tidak akan melawan ketua. Maka jika ketua suruh lompat dalam gaung pun beliau akan turut. Sia-sia sahaja berpendidikan tinggi akhirnya pemikiran macam mak bidan Parit Jawa juga.

Harapkan pemimpin wanita UMNO ahli parlimen sahja tetapi tidak ada akal yang praktikal. Seharusnya dia menjawab, pencalonan untuk ketua wanita bukannya di buat oleh UMNO Bahagian tetapi Wanita UMNO Bahagiannya. Jadi jika Wanita UMNO Bahagiannya sokong Rafidah, Ketua UMNO Bahagiannya tidak terdaya untuk berbuat apa-apa. End of story.

This proves that the standard of women politicians still leaves much to be desired. Yet they want more seats in Parliament and the Cabinet.