Sunday, July 15, 2007

Zahid Hamidi rayu Pemuda Umno sokong WPI



KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda Umno di semua bahagian diminta untuk menyokong Pemuda Umno Johor membidas kenyataan Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew kononnya pemimpin Umno Johor tidak mengalu-alukan pelaburan republik itu di Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI).
Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Ahmad Zahid Hamidi berkata ini kerana isu tersebut melibatkan nama baik Malaysia.
"Pemuda bahagian dan cawangan perlu memberikan respons, apabila tiada sokongan daripada ahli yang lain kita tidak mahu Johor ditinggalkan bersendirian kerana ia melibatkan masalah nasional bukan masalah Johor sahaja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda Umno bahagian Wangsa Maju di sini hari ini.
Ahmad Zahid yang juga Timbalan Menteri Penerangan berkata kenyataan Lee itu dilihat seperti mempunyai agenda tersendiri dan menunjukkan ketidakpuasan hati beliau terhadap kemajuan negara.
"Kita tidak boleh ikut cara negara luar kerana mereka sentiasa ada `political threat', kita perlu buktikan kepada mereka perkhidmatan dan kesungguhan kita di tahap terbaik," katanya.
Terdahulu dalam ucapannya Ahmad Zahid berkata Pemuda Umno perlu bersikap versatil bagi membuktikan diri mereka mampu menjadi pemimpin yang disegani dan dihormati oleh generasi muda. BERNAMA

tunku : don't worry zahid, pemuda umno under kj influence will give full blind support to anything.by right is the pm who answer lky not pemuda umno.but why pm bother to answer, he wants very good relationship with neighbour till let the neighbour do anything, he just smiles.

No comments: