Saturday, July 14, 2007
Lancar Portal Atau Rasmi Pecah Tanah Projek Juga Pembohongan Terancang
SHAH ALAM, 13 Julai (Bernama) -- Pelancaran portal internet atau majlis pecah tanah sesuatu projek hartanah juga boleh menjadi satu "pembohongan terancang" sekiranya ia tidak disusuli dengan tindakan berterusan, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.
"Saya agak curiga jika nak merasmikan projek pecah tanah atau portal internet kerana ia melibatkan tindakan yang berterusan. Kalau saya rasmikan dan kemudian bagitau sesuatu portal itu bagus tetapi selepas itu tidak di kemaskini atau diteruskan, ini sesuatu yang dianggap tidak betul," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Ekspo ICT Selangor dan Anugerah Saintis Muda Selangor 2007 sempena Bulan Teknologi Maklumat Selangor 2007 di sini hari ini.
Dr Mohamad Khir sebelum ini membuat kenyataan bahawa pemberian anugerah khdimat cemerlang dalam perkhidmatan awam di Selangor adalah satu "pembohongan terancang" kerana diberikan secara giliran iaitu semua pegawai akan mendapat pengiktirafan tersebut tanpa menilai prestasi kerja yang sebenar.
Beliau berkata sepatutnya apabila sesuatu portal internet mengenai sesebuah organisasi dilancarkan, ia perlu dikemaskini setiap masa untuk memberi manfaat kepada rakyat.
"Sebab itu saya tak berapa gemar merasmikan portal internet kerana selalu terjadi ia tidak dikemaskinikan. Bagi saya tak ada maknanya kita ada portal tetapi berita atau maklumat tidak dikemaskinikan dan saya harap perkara ini tidak berleluasa," katanya.
Katanya perkara sama juga berlaku dalam hal majlis perasmian pecah tanah sesuatu projek yang dianggap hebat semasa pelancaran tetapi akhirnya selepas itu projek tidak berjalan dengan lancar.
"Kita pecah tanah hari ini tetapi kontraktor tak buat kerja lepas itu...dan saya pula sudah bagitau masa pelancaran projek itu bagus dan sebagainya tetapi tak jalan..itu pun satu pembohongan juga.
"Sebab itu saya lebih suka jika merasmikan majlis pemberian kunci rumah contohnya kerana projek telah siap dan lengkap serta ada kualiti jadi kita nampak ia telah selesai. Saya lebih melihat kepada apa yang kita cakap. Kita buat jangan kita cakap bagus lepas itu orang tunggu juga, ini juga bermakna kita berbohong kepada rakyat," katanya.
tunku : khir toyo is right.this ground breaking ceremony should be banned totally.let the project completes and satisfactory then only call the vvip to officiate it.we have seen so many projects where the ground breaking ceremony done but the project never completed and some are completed but with defects and problems.i guess all the leaders take note of khir toyo's statement.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment