Saturday, June 2, 2007

Dadah: Adik timbalan menteri didakwa


KOTA KINABALU 1 Jun – Adik timbalan menteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas tuduhan mengedar ganja dan syabu di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Tanjung Aru, di sini pada pukul 10 pagi, 20 Mei lalu.
Tertuduh, Mohd. Jusnaidi Omar, 36, penyelaras projek, dituduh mengedar 1,088 gram ganja di bawah Seksyen 39B(1)(c) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Dia turut dituduh memiliki tujuh peket syabu seberat 35 gram di bawah Seksyen 12(2) dibacakan bersama 39A(r) yang kedua-duanya di bawah akta yang sama.
Seksyen 39B(1)(c)ADB memperuntukkan hukuman gantung sampai mati manakala Seksyen 12(2) membawa hukuman maksimum lima tahun penjara dan sebatan 10 kali.
Majistret Intan Nurul Farina Zainal Abidin memerintahkan Mohd. Jusnaidi yang tidak diambil pengakuan ditahan reman mengikut Seksyen 259 Kanun Prosedur Jenayah sementara kes itu disebut semula pada 10 Ogos ini.
Sementara itu, isterinya, Nurul Ashikin Omar, 31, suri rumah, dituduh mengambil dadah jenis amphetamine dan methamphetamine di bawah Seksyen 5(1) akta yang sama.
Nurul Ashikin yang mengaku tidak bersalah dibenarkan ikat jamin sebanyak RM600 dengan dua orang penjamin sementara menunggu kes itu disebut pada 24 Ogos di Mahkamah Majistret di sini.
Sebelum ini, kedua-duanya ditahan reman selama 14 hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.
Terdahulunya, Timbalan Pendakwa Raya, Amir Hamzah Osman memohon agar mahkamah menyambung tempoh reman Mohd. Jusnaidi selama tiga bulan sementara menunggu laporan ujian kimia dan asid deoksiribonukleik (DNA).
Pasangan berkenaan diwakili oleh peguam bela, Hamid Ismail.

tunku : who's the deputy minister? the media keep the guessing game on. Is it wrong to mention the deputy minister name?if it's wrong then why have to say that the suspect is a brother of a deputy minister.well looking at the suspect "bin" which is Omar.The are two deputy ministers with "bin" Omar, they are Dato' Seri Mohd Shariff Hj Omar and Dato' Noh Bin Omar.

1 comment:

Anonymous said...

adik noh omar.