Friday, June 1, 2007

Lina Joy & Malaysia Constitution & Racial Tense


from www.mykmu.net
Ab Jalil Backer (jalil74@myjaring.net)
Saya ingin merakamkan tahniah kepada Mahkamah Persekutuan yang secara jelas menyatakan kedudukan Mahkamah Syariah dan mempertahankan pembahagian kuasa antara persekutuan dengan negeri dan juga kedudukan Islam dalam Perlembagaan negara.
Kesan kepada keputusan Mahkamah Rayuan terhadap kes Lina Joy atau Azalina Jalaini sudah diduga. Jika Lina menang maka akan timbul kemarahan orang Islam. Jika Lina kalah maka akan timbul kemarahan orang bukan Islam.
Dengan kata lain, walau apa pun keputusan Mahkamah Rayuan semalam tidak mungkin akan meredakan ketegangan dalam isu ini. Kedua-dua pihak yang menyokong dan menentang murtadnya seorang manusia Melayu bernama Azalina Jalaini ini kepada Lina Joy hanya menjadi alat untuk memporak-perandakan Perlembagaan Malaysia dan persetujuan-persetujuan kemerdekaan negara termasuk pemberian kerakyatan kepada jutaan bukan Melayu dan Islam.
Secara peribadi saya berpegang kepada pandangan bahawa orang yang ingin keluar Islam atau murtad, tanpa memerangi Islam atau negara Islam, tidak harus dihukum atau dihalang, apatah lagi dihukum bunuh. Hal ini saya tegaskan beberapa kali dalam Forum Pembaca Utusan Malaysia sekitar 1999. Kerana itu saya menerima banyak kecaman dan ancaman yang sampai sekarang boleh dibaca sebahagiannya di Enjin Pencari Google.
Justeru secara peribadi saya tiada masalah jika Lina Joy mahu keluar Islam atau murtad. Islam tidak memerlukan mereka yang tidak percaya kepada keluhuran dan kebenaran janji-janji Allah. Islam itu lebih besar dari penganutnya mahu pun manusia.
Namun isu Lina Joy menimbulkan persoalan yang lebih besar bukan sahaja kepada saya malah sebahagian besar orang Melayu. Tanpa mengambil kira persepsi Pas, sebahagian besar Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam yang menyertai protes dan bantahan ini melihat sudut pandangan yang lebih besar.
Lina Joy telah mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Sivil Malaysia agar Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk menukar status agama di dalam Mykadnya. Lina juga mempertikaikan tindakan JPN yang mahukan keputusan bertulis Mahkamah Syariah yang menyatakan beliau sudah meninggalkan agama Islam.
Justeru isu yang dibincangkan di mahkamah Sivil (dari Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan) dari awal sehingga keputusan muktamad ialah sama ada Mahkamah Sivil mempunyai hak untuk menentukan keislaman seseorang atau membenarkan seseorang muslim keluar dari Islam.
Justeru beberapa hari lalu, Mahkamah Persekutuan membuat keputusan muktamad bahawa hanya Mahkamah Syariah yang berhak menentukan kedudukan agama seseorang Muslim yang ingin murtad.
Tidak timbul isu orang Islam tidak dibenarkan menukar agama di negara ini. Tidak timbul isu Lina Joy tidak dibenarkan murtad. Isu adalah isu Perlembagaan.
Sejak dari awal hampir kesemua peguam yang ikhlas di Malaysia memahami bahawa isu-isu berkaitan agama Islam termasuklah murtad berada di bawah kuasa raja atau sultan, negeri dan mahkamah Syariah. Keputusan Mahkamah Persekutuan hanya mengesahkan lagi keputusan-keputusan terdahulu dan semangat Perlembagaan dan isu kedudukan agama Islam dan mahkamah syariah.
Mengapakah saluran yang betul tidak digunakan oleh Lina Joy dan kumpulan yang berada di belakangnya untuk mendapatkan pertintah mahkamah ke atas status agamanya?
Mengapa Lina Joy mengambil keputusan membawa kes ini ke mahkamah sivil tanpa melalui saluran asal iaitu mahkamah Syariah?
Alasan yang diberikan bahawa tidak mungkin Mahkamah Syariah akan membenarkannya atau sebagainya hanyalah berbentuk hipotesis yang tidak boleh dibuktikan kebenarannya. Ini kerana Lina tidak pernah membawa kesnya ke Mahkamah Syariah.
Jika beliau boleh menghabiskan masa hampir 7 tahun di Mahkamah sivil maka kita tertanya-tanya mengapa beliau tidak boleh mematuhi undang-undang negara ini dengan membuat permohonan beliau di Mahakamah Syariah.
Pada hemat saya, Jika permohonan beliau gagal, barulah beliau ada locus standi untuk membawa kesnya ke Mahakamah Tinggi.
Tindakan Lina Joy, dan kumpulan dibelakangnya, menghabiskan begitu banyak wang di Mahkamah Sivil mencabar fasal-fasal dalam Perlembagaan Malaysia berkenaan kedudukan Islam dan Mahkamah Syariah tidak lagi boleh dilihat hanya untuk memenuhi hawa nafsunya menukar agama lagi.
Sebaliknya, kumpulan ini jelas memperlihatkan usaha mereka mencabar kedudukan agama Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan, pembahagian kuasa antara Persekutuan dan Negeri serta kedudukan raja-raja Melayu. Ini sekaligus usaha awal untuk memansuhkan segala elemen-elemen persetujuan Kemerdekaaan Negara yang membabitkan orang Melayu secara keseluruhannya.
Jika dua daripada tiga hakim Mahkamah Persekutuan tempoh hari terpengaruh dengan lobi kumpulan ini pasti semangat Perlembagaan Malaysia ini sudah tercabul dan akan mencetuskan lebih banyak kontroversi dan pengahakisan hak-hak orang Melayu yang dipersetujui sebelum ini.
Perjuangan Lina Joy di Mahkamah sivil hanyalah ikon kepada usaha semangat Perlembagaan yang membabitkan fasal-fasal yang diminta oleh orang Melayu dalam Perlembagaan Malaysia sebagai balasan kepada pemberian kewarganegaraan kepada kaum Cina dan India ketika itu.
Ketika hak-hak yang dituntut oleh kaum-kaum bukan Melayu dipatuhi dan tidak pernah dicabar, terdapat usaha sekarang ini untuk menarik balik persetujuan antara kaum sebelum merdeka dahulu.
Lebih jelas usaha ini dilihat ingin mencabar kedudukan Mahkamah Syariah yang sebelum ini dianggap setaraf dengan Mahkamah Sivil. Mereka mahu menurunkan kedudukan Mahkamah Syariah sekaligus mengurangkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi persekutuan.
Dan isu inilah yang menimbulkan kemarahan sebahagian orang Melayu dan NGO Islam yang terbabit tempoh hari.
Diharap kerajaan mengambil tindakan tegas ke atas sesiapa yang memutarbelitkan kenyataan bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut menghalang kebebasan beragama.
Ini kerana hakikatnya, Mahkamah Persekutuan hanya membuat keputusan bahawa kedudukan agama Lina Joy hanya boleh tentukan oleh Mahkamah Syariah kerana beliau merupakan seorang Islam yang ingin keluar agama.

Tunku : jalil backer is right, we don't care if she's no more a muslim as when she had made the decision to convert to christian it meant that she no longer a muslim in her heart, she doest not believe Allah anymore.that's fine.Go away and we won't kill you as there's no such thing to kill an apostate unless they harms our religion or country.anyway is lina joy case she is challenging our constitution and that's too much.everyone should never challenge the constitution of malaysia which has been agreed before by all races.i hope people dont make use of this issue anymore as there's already small fires burning out there and please don't make the fire becomes big.it wont be good to us and everyone will be on losing side.those who don't understand the constitution of malaysia, please read it and understand it and if you can't accept it, then i am sorry to say go and migrate to other country where you can accept their constitution regardless of any races/religion. name one country who don't discriminates minorities, in malaysia although the non malays said that they have been discriminated but the reality is the non malays control 82% of malaysian business activities.so how can the non malays says that they are being discriminated. LET US LIVE TOGETHER PEACEFULLY,UNDERSTAND EACH OTHER THOROUGHLY,RESPECT EACH OTHER.

3 comments:

Anonymous said...

Good, at least you accept that she is no longer a muslim. If she is no longer one, why insist she is one in the IC?

She had no choice but to challenge decisions made by men in trying to be legally no longer a muslim. If there is a quiet non-confrontational way out, she would have used that without hurting the feelings of muslims. So what do you suggest that she do? Who is to help her?

tunku said...

she need to solve at the syariah court not federal court as its in the constitution, that's it.she's the one who creating problem, go declare yrself at syariah court that you no longer a muslim, then the ic part shouldnt be any problem.

safia tajul alam said...

To anonymous

Don't you get it YET? She and her team behind her just want some bad publicity on Islam
If Lina Joy want to be a murtad so be it!Just don't make such a hu-ha out of it.