news and photos courtesy of www.mykmu.net
Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Sarajevo, ibunegara Bosnia-Herzegovina kira-kira jam 2.15pm semalam, Jumaat Jun 22, 2007.
Dr Mahathir tiba di lapangan terbang antarabangsa Butmir Sarajevo dan disambut Menteri Pengangkutan dan Komunikasi Bosnia-Herzegovina, Nail Seckanovic.
Dr Mahathir berada di Sarajevo selama tiga hari bagi mempengerusikan mensyuarat Gapid (Global Alliance for Partnership in International Development) atau Gabungan Persahabatan Global untuk Pembangunan Antarabangsa.
Gapid adalah merupakan inisiatif Dr Mahathir bersama-sama beberapa individu lain termasuk para pemikir, usahawan, institusi pembangunan serta pemimpin masyarakat.
Ianya bertujuan membantu merangka strategi menggabungkan kerjasama antara Kerajaan dan pihak swasta di dalam usaha mempercepatkan program pembangunan di negara-negara miskin dan membantu masyarakat yang tertindas.
Tumpuan utama Gapid juga adalah untuk membantu di dalam usaha mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi negara-negara Islam dan masyarakat Islam yang terperangkap di dalam kemunduran.
Di dalam usaha ini Gapid akan berusaha mempromosikan contoh kerjasama antara Kerajaan, masyarakat dan pihak swasta yang diharapkan boleh digunapakai bagi membantu negara-negara tersebut mencapai tahap pembangunan yang lebih pesat, sekaligus meningkatkan taraf hidup masyarakat terbabit.
Tidak dapat dinafikan, model pembangunan Malaysia, termasuk model penswastaan menjadi contoh, atau case-study, untuk diperbaiki dan diperhalusi agar ianya boleh dijadikan asas untuk membantu pembangunan negara-negara miskin.
Antara lain objektif Gapid termasuk;
* Menganalisa dan mengutamakan keperluan pembangunan negara-negara Islam dan masyarakat Islam khususnya, dan negara membangun amnya.
* Mengenalpasti dan memilih program pembangunan yang sesuai untuk di gunapakai melalui kerjasama erat diantara Kerajaan dan swasta
* Berusaha mengadakan perhubungan rapat bersama rakan Kerajaan yang berpotensi untuk mendapatkan kerjasama dan sokongan bagi melaksanakan program pembangunan
* Untuk membantu usaha lain-lain agensi pembangunan seperti bank-bank pembangunan serta agensi pembangunan antarabangsa
Selain Dr Mahathir, ahli Gapid termasuk Dr Ejup Ganic, yang merupakan bekas President Persekutuan Bosnia-Herzegovina, dan kini adalah President Sarajevo School of Science and Technology.
Gapid juga menggabungkan rakan institusi termasuk Bank Pembangunan Islam (Islamic Development Bank-IDB), Al-Bukhary Foundation, Bank Muamalat Indonesia, Saudi Arabian General Investment Authority (SAGIA), European Muslim Union, Malaysia Mining Corporation, Permodalan Nasional Berhad serta Islamic Chamer of Commerce and Industry.
Sementara itu, di dalam pertemuan satu jam diantara Dr Mahathir dan Perdana Menteri Bosnia-Herzegovina Dr Nedzad Brankovic, Dr Mahathir memberikan komitmen beliau untuk membantu usaha membangunkan Bosnia-Herzegovina dengan memberi pendapat dan pandangan serta nasihat di dalam prohgram pembangunan yang sedang diusahakan kerajaan negara Balkan itu.
Antara lain termasuk usaha mempertingkatkan perkhidmatan telekomunikasi, pengangkutan, perkhidmatan penerbangan serta infrastruktur pembangunan seperti jalanraya dan juga infrastruktur di dalam industri pelancongan.
Perdana Menteri Brankovic pula menegaskan bahawa negara itu amat memerlukan industri yang boleh memberikan pekerjaan kepada rakyatnya yang berjumlah empat juta.
tunku : nothing stopping this Grand Old Man at 82 years old from doing noble job.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment