Thursday, February 22, 2007

Pelajar kolej melecur telefon bimbit meletup


ALOR STAR 21 Feb. – Seorang pelajar Kolej Poly-Tech Mara melecur teruk di tapak dan jari tangan kanan apabila telefon bimbit yang sedang dicas tiba-tiba meletup dan terbakar di rumahnya di Jabi dekat sini awal pagi ini.
Mangsa, Nur Hazwani Johari, 21, memberitahu, kejadian berlaku pada pukul 5.30 pagi ketika dia sedang nyenyak tidur apabila telefon bimbit milik anak saudaranya yang diletakkan di bawah bantal tiba-tiba meletup.
Menurut mangsa, ketika letupan berlaku tangan mangsa berada di bawah bantal sambil memegang telefon bimbit jenama Nokia 6010.
“Memang menjadi kelaziman saya ketika tidur meletakkan tangan di bawah bantal.
‘‘Tiba-tiba saya tersentak daripada tidur apabila terdengar letupan kuat seolah-olah bunyi mercun, kemudian saya berasa tapak tangan saya di bawah bantal amat sakit.
“Selepas itu barulah saya sedar telefon bimbit yang diletakkan di bawah bantal itu meletup,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut Nur Hazwani, telefon bimbit itu kemudiannya mengeluarkan api dan menyambar tilamnya menyebabkan dia terpaksa bertindak memadamnya.
Berikutan itu, gadis itu panik dan segera bergegas keluar meminta bantuan abangnya, Mohd. Fahrul Azri Johari, 22, yang kemudiannya membawa mangsa ke Hospital Alor Star (HAS) di sini.
Bagaimanapun keadaannya dilaporkan stabil dan dibenarkan keluar hospital tengah hari ini.
Menurut mangsa, telefon bimbit tersebut dibeli oleh anak saudaranya, Nur Sarah Musadira Mustakin, 15, kira-kira enam bulan lalu di sebuah kedai di bandar raya ini.
Katanya, telefon tersebut dicas semula sejak pukul 11 malam tadi selepas ia dipadamkan.
“Oleh kerana saya pulang bercuti selama seminggu sempena Tahun Baru Cina, Nur Sarah tidur sebilik dengan saya dan meletakkan telefonnya yang sedang dicas semula di bawah bantal saya.
“Saya amat terkejut dan tidak menyangka ia boleh meletup dan mencederakan tangan saya,” katanya yang kini sedang menuntut di semester dua di Kolej Poly-Tech Mara, Kuala Lumpur.
Tambahnya, telefon bimbit tersebut mungkin meletup akibat dicas terlalu lama.
Utusan Malaysia

tunku : My sincere advice to all, please do not use cheap battery as the are very hazardous. Same goes with electrical item, buy a bit expensive but safe to use.The girl above used cheap battery (imitation), it cant be charged for too long because it becomes very hot and exploded.Life is more important and valuable than money.

1 comment:

Anonymous said...

x juga..
saya penah guna nokia 6070..
bateri ori beli tahun 2008 baru lak 2!!
sampai la pada pagi 26 Nov 2009..
masa 2 handpone sya dicaj..
masa 2 saya nyenyak tido tiba2 terdengar bunyi letupan kecil dengan megeluarkan api dan asap..sedar2 handphone saya da ajal..kesimpulanya x smestinya bateri ori x boley mengalami nasib yg sma beb!