Friday, February 23, 2007
Masyarakat Cina sejahtera di bawah kerajaan PAS
KOTA BHARU, 23 Feb (Hrkh) - Masyarakat Cina di negeri ini dapat hidup dengan aman sejahtera di bawah pemerintahan PAS sejak lebih 16 tahun lalu, kata Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Beliau berkata, masyarakat terbabit biar pun merupakan golongan minoriti di negeri ini, namun mereka tetap diberi kebebasan mengamalkan kebudayaan datuk nenek sejak berzaman.
Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Dato' Anuar Tan Abdullah dan Takiyuddin Hassan hadir pada majlis makan malam penyayang sempena Tahun Baru Cina di Kota Bharu baru-baru ini.“Budaya dan kesenian masyarakat Cina tetap kekal dan berkembang di negeri ini. Dasar kerajaan negeri adalah jelas dan tidak menghalang adat tradisi tersebut,” katanya di sini.
Malah menurutnya, kerajaan negeri setiap tahun turut menganjurkan Pesta Kebudayaan dan Kesenian Cina yang diadakan sejak 1998 dan mendapat sambutan baik daripada masyarakat Cina.
Sedangkan kata beliau, perkara seumpama itu jarang kelihatan di negeri lain.
“Ini menampakkan hak asasi dan kebebasan masyarakat Cina tidak pernah dihalang dan mereka dapat hidup aman sejahtera di bawah kerajaan PAS,” ujarnya.
Keadaan itu kata beliau menggambarkan kemuafakatan masyarakat pelbagai kaum di Kelantan tetap dipertahankan.
Malah Menteri Besar turut melahirkan rasa kagum terhadap kegigihan masyarakat terbabit menjaga maruah dan jati diri bangsa mereka terutamanya dalam bidang perniagaan.
Katanya juga, terdapat beberapa persamaan di antara amalan masyarakat Cina dan Islam dalam kehidupan seharian antaranya, perayaan kuih bulan oleh masyarakt Cina sejak zaman Dinasti Ming hingga sekarang.
Objek buatan manusia yang dapat dilihat dari bulan iaitu Tembok Besar China, orang Cina menyambut Chap Goh Meng pada 15 hari bulan ketika bulan mengambang.
“Mengikut catatan sejarah nama negeri Kelantan berasal daripada perkataan Cina iaitu Kilantan (bererti negeri bercahaya) dan Holantan (kolam tanah). Selain itu pakaian jubah menjadi tradisi masyarakat Cina.
“Pembinaan masjid zaman dahulu di Melaka banyak dipengaruhi seni bina Islam dari China . Sejarah Cina sejak 5,000 tahun lampau tidak pernah berlaku peperangan dengan orang Islam,” tambahnya.
Oleh itu beliau berharap masyarakat Cina mengkaji mengenai Islam secara serius dan kemungkinan pada suatu masa nanti orang Cina Muslim layak menjadi pemimpin kepada masyarakat Melayu.
Menteri Besar turut merakam ucapan Gong Xi Fa Cai kepada masyarakat Cina di negara ini. Sementara itu, sambutan Tahun Baru Cina di Kelantan tetap meriah lebih-lebih lagi dengan kepulangan ramai anak perantau sempena cuti perayaan itu.
Biar pun sebahagian besar kedai perniagaan milik peniaga Cina ditutup pada 18 dan 19 Febuari, namun orang ramai tetap berkunjung ke pusat bandar membeli belah di Pasar Besar Siti Khatijah, Bazar Buluh Kubu dan Arked MPKB BRI.
Malah bagi meraikan sambutan Tahun Baru, Majlis Tindakan Dun Kota Lama dan PAS Kawasan Kota Bharu mengadakan majlis makan malam penyayang bertempat di Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina baru-baru ini.
Turut meraikan masyarakat Cina pada majlis itu, Speaker Dun Kelantan, Dato’ Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, anggota-anggota Exco, Dato’ Anuar Tan Abdullah, Takiyuddin Hassan dan Adun Tanjong Mas, Rohani Ibrahim.
Warga emas di kalangan masyarakat Cina yang hadir turut diberi ang pau.
Selain itu kerajaan negeri juga menganjurkan pelbagai program bagi merapatkan hubungan dengan masyarakat Cina yang bermula sejak 14 Febuari lalu diadakan di Dewan Pasir Parit, Chetok.
Sambutan Tahun Baru juga diadakan di Kampung Sakar, Pasir Mas pada 16 Febuari.
Manakala pada 23 Febuari pula diadakan sambutan Tahun Baru dan dialog bersama kerajaan negeri di Kampung Tukul, Kadok.
Pada 25 Febuari pula diadakan di Padang Kemahkotaan, Kelaboran Tumpat.
tunku : pas, keep spinning but too much of spinning makes people feel like vomitting when think about pas.do you people really think that the chinese support you, NEVER. It's just because you are the government in kelantan the give you face. I have never came across chinese saying pas is a good party and the government in kelantan is superb.you are so desperate for non malays vote till you say that kelantan is a chinese word.why there are very few chinese in kelantan if you are really a good government? So there's nothing much in other states except for kelantan organising CNY???? keep spinning....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Setuju, PAS bukan lah popular dan kuat sangat di Kelantan. Yang membuat PAS kekal tampuk pemerintahan di Kelantan ialah UMNO.Pemimpin2 UMNO yang tidak mempunyai 'political will to win' .Mereka lebih seronok jika PAS terus kekal kerana mereka boleh kebas peruntukan pembangunan yang di salurkan melalui ketua2 Bahagian!!! Kalau Pas kalah, semua agenda pembangunan di ambil alih oleh EPU atau jabatan MB , melopong lah mereka!!!Tetapi kalau rakyat kelantan hendak kan perubahan , buktikan lah dalam PRU akan datang. Kita tak boleh hidupa berbekalkan retorik sahaja!! Tak boleh mengenyangkan!! Fikir2 lah rakyat Kelantan. Ambo pun sedera juga !!!
Okay.
First,
are you a Kelantanese ?
Second,
which Chinese have you " came across " ? DAP Chinese ? MCA Chinese ? Singapore Chinese ? or Tibetan "Chinese" !?
Third,
the reason there are so few Chinese in Kelantan is the same reason as there are so few Chinese in Terengganu or even in Indonesia or even in Japan or even in ZIMBABWE ( or even in Antartica if you like ) ! Have you ever heard anything called " History Lesson " ? D'oh !
I dont know how many Chinese love PAS or even how many hate PAS. In fact I don't care.
That's not important to me,
as that also applies to BN or GERAKAN or MCA or even DAP. The point is, like it or not, they will vote for those who will bring them stability to their livelihoods. If to them, voting BN will bring stability at the national level then why not vote for PAS, put aside first those development ala KL, if PAS could bring stability to the state level - Kelantan, the overwhelmingly Malay state?
If you are a Chinese in Kelantan, would you go against the 95% of the population especially when the majority decided to side with PAS ?
Politic is not all about political party, politic is also about doing away with personal thing for the benefit or priority of the whole.
Have you ever wonder why Kelantanese love to switch between PAS and UMNO so frequently ? That now almost 50 - 50 PAS / UMNO presence in the DUN benefits Kelantanese the most ?
You see, Kelantanese are very different breed of voters, as many political analysts put it. That also counts non-Malay Kelantanese too.
Spinning too much it may seem, but not so fast to the conclusion you shall not !
Elementary my dear Aisha, elementary ...
dear anonymous,
firstly , are you chinese from kelantan???? if so pls come out from this anonymous thing then i shall answer you.im no kelantanese, i'm MALAYSIAN.where there is few chinese in certain area that means there's no major business there and threat to their lives.as far as japan are concern japanese hates chinese,vice versa.
aisha,
those are real and not spin.
"Spin" is like how the media (TV/newspapers etc) behave before the 12th General Election.
Post a Comment