Friday, February 16, 2007

Nik Aziz saran polis baca khutbah pakai seragam, senjata


KOTA BHARU 15 Feb. – Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengalu-alukan kesediaan pimpinan polis Kelantan untuk membaca khutbah Jumaat menyarankan mereka berdiri di mimbar dengan pakaian seragam dan bersenjata.
Beliau berkata, pada zaman Rasulullah dalam keadaan tertentu, adakalanya baginda memegang senjata ketika membaca khutbah.
Katanya, penggunaan tongkat ketika khatib membaca khutbah hanya merupakan satu tradisi.
Nik Abdul Aziz percaya kesediaan polis menyahut seruan berkhutbah akan membolehkan mereka berperanan lebih berkesan dalam menyedarkan masyarakat supaya bersama-sama membanteras jenayah.
“Pengalaman pihak polis juga boleh disampaikan melalui khutbah bagi menimbulkan kegerunan di kalangan orang yang cuba melakukan jenayah atau terlibat dalam gejala sosial,” kata Nik Aziz ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut beliau, khutbah itu dapat digunakan untuk mengingatkan umat Islam tentang bahaya penagihan dadah yang bakal memusnahkan kehidupan dan menghancurkan kebahagiaan keluarga.
‘‘Pegawai-pegawai polis sesuai menyampaikan khutbah dengan pakaian seragam dan lengkap bersenjata,” ujarnya.
Nik Aziz menyatakan demikian ketika diminta mengulas kesediaan polis untuk membaca khutbah iaitu langkah yang akan dirintis pada bulan Mac depan sempena sambutan ke-200 ulang tahun penubuhan pasukan polis.

tunku: hello tok nik aziz, janganlah anda menjadi nyanyuk senyanyuk2nya.Apa guna bawa senjata semasa nak baca khutbah, Islam adalah adama suci dan agama keamanan ,kesejahteraan di dunia dan akhirat. Tok kata nak bagi orang yang dengar menjadi gerun(di kalangan penjenayah), penjenayah macam mana orang nasihat pun dia buat jugak jenayah, lagi pun Islam tidak mengajar kita menggerunkan orang.Rasulullah SAW mungkin membawa pedang ketika zamannya kerana keadaan semasa(perang/keselamatan diri). Kita bukan dalam keadaan berperang yang hendak bawa senjata ketika membaca khutbah.Tok tak habis-habis merapu, boleh kawan dengan syaitanlah, tuhan mencarutlah dan sebagainya.Eloklah tok gunakan akal selagi boleh dan pencenlah.

7 comments:

lamandau said...

Tunku, jangan ambil hati komen Dtk Nik Aziz tu, dia cuma perli. Mana ada penjenayah pergi menunaikan sembahyang jumaat!!!! Sebenarnya Ada lah baik cadangan itu, dan ianya bukan baru. Polis Kudat Sabah , telah lama mengamalkannya semenjak tahun 2000. Khatib yang terdiri dari peg atau anggota PDRM mengambil kesempatan menyampaikan khutbah yang menyentuh isu2 keselamatan, jenyah dan gejala sosial, termasuk the dos and don'ts to thwart crime.
Tolong ingatkan Tok guru, polis tidak akan tersasul bercakap tentang politik, jangan bimbang.
Happy blogging Tunku, i think i"m begining to like your blog... very inspiring.v

tunku said...

thanks lamandau,im glad that you'r beginning to like my blog, its honour to me as i'm just a new blogger(very new to this thing). what i meant was tak salah polis tu bagi khutbah cuma yg nik aziz sarankan bawa senjata tu saja yg rasa tak "sesuai" tu

Anonymous said...

Ader masalah ker kalo kita khutbah bawa senjata..nampak macam pandai..rupanya dalam pandai ader pandirnya.maksud aku tunku nie yang nyanyuk.setinggi mana iman kamu nie..muhasabah ler diri tu sebelum memberi pandangan.

tunku said...

sorry anonymous, mungkin andalah manusia terpandai.ini blog saya, dan saya tulis apa yang saya rasa.saya rasa lebih baik jgn gunakan anonymous dan memberi hujah anda balik.

Anonymous said...

Tok guru memang suke merapu.Ape ke jadah imam bawak M16 masa berkhutbah.Pada zaman rasululah tu memang logik la sebab masa tu memang zaman perang,jadi imam2 dgan makmum kena bawak senjata untuk pertahankan diri mereka.Kalau imam pun dah bawak senjata api ke masjid,nanti apa kate orang bukan islam? musuh islam akan ambil kesempatan untuk mengatakan yang agama islam memang agama keganasan.Adakah keadaan begitu yang tok guru nakkan?

Kesimpulannya,tok guru memang tak layak untuk memerintah negara.Kalau Tok guru memerintah,saya pun tak tahu la apa yang akan jadi dengan malaysia ni..........asyik merapu je.

Anonymous said...

Tok guru nik aziz memang terkenal dengan pandangan beliau yang selalunya tak praktikal,tak berdasarkan fakta & pemikiran yang bernas dan hanya merapu atau melawok semata-mata.Pemimpin semacam ni jika diberi peluang memimpin malaysia pastinya akan membawa malaysia ke arah kemunduran dan kehancuran.

kenapa nak bawa senjata api ke masjid yang suci?tidakah tindakan sebegini,selain akan menakutkan jemaah yang datang ke masjid juga akan memberikan tanggapan yang salah terhadap islam oleh bukan islam,dimana imam sebagai pemimpin umat islam membenarkan pembunuhan dan keganasan?

pada zaman rasulullah,pedang dibawa oleh imam semasa berkhutbah kerana pada masa itu musuh islam cukup ramai.bagi megelakkan mereka daripada mengambil kesempatan menyerang umat islam yang menunaikan solat jumaat,imam dan makmum sentiasa membawa senjata untuk mempertahankan diri mereka.Imam membawa senjata api mungkin boleh diterima sekiranya ditakuti terdapat ancaman daripada
orang kafir yang dikhuatiri membahayakan orang islam yang menunaikan solat jumaat,contohnya pada zaman darurat.jadi apa revelannya sekarang?atau tok guru memang tak percayakan orang bukan islam di negara yang aman damai ni?

tepuk kepala tanyalah akal.

Anonymous said...

ada lagi org bodoh kt mesia ni, nabi saw mmg ada memegang senjata kadangkala ketika memberi khutbah,utk menaikkan semangat je,semangat bermaksud bukan semangat membunuh,tetapi semangat utk melindungi Islam dan saudara2 Islam,itu hanyalah psychology ,bukan bukan buat apa pun.

penulisan sebegini hanya mendedahkan kebodohan dari kebenaran kerana menjawab tanpa reference dan kajian yg kukuh tetapi hanya bercakap sahaja.

pembacaan khutbah dengan memegang senjata terbukti berjaya menaikkan semangat org Islam ketika itu,dalam mengembagkan agama suci Islam,dan ia TERBUKTI berjaya dan kesannya ialah sekarang ISLAM BERKEMBANG ke seluruh dunia :)

Asalamualaikum