Friday, April 2, 2010

AL FATIHAH - Din Beramboi Died.

Din Beramboi meninggal dunia
02/04/2010 1:44am

KUALA LUMPUR 2 April - Pelawak popular dan penyampai radio Era, Mior Ahmad Fuad Mior Badri meninggal dunia di Hospital Selayang, lewat malam tadi.
Allahyarham yang dikenali sebagai Din Beramboi menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) pukul 12.30 malam.
Menurut adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, semua ahli keluarga berada di sisi Allahyarham kecuali ayahnya yang tidak dapat hadir.
Katanya, Allahyarham meninggal dunia akibat demam denggi berdarah yang menyebabkan beberapa organ badannya gagal berfungsi.
‘‘Jenazah abang saya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong di sini sebelum solat Jumaat,’’ katanya ketika ditemui di hospital itu, malam ini. - Utusan

KUALA LUMPUR, 2 APRIL 2010: Setelah hampir sejam bertarung nyawa, pelawak dan penyampai radio Era FM, Din Beramboi telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi.
Allahyarham Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44, sebelum ini dimasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Selayang kerana disyaki menghidap kejutan denggi berdarah pada 29 Mac 2010.
Pemergian arwah telah disahkan oleh adik iparnya, Shariffudin Che Man, 37, yang mengumumkan kematian arwah sejurus selepas beliau keluar dari wad ICU.
Turut berada disamping arwah ketika pemergiannya ialah ahli keluarga serta tiga orang rakan artis iaitu Azwan Ali, Zul Yahya dan Ifa Raziah.
Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumah keluarga isterinya, di Taman Ehsan, Kepong sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Frim, sebelum solat Jumaat.
Allahyarham meninggalkan seorang balu Suhaini Che Man dan 3 orang anak Nil Aina,17, Mior Syafiq Aridhuan,12 dan Nir Ain.murai.com.my

tunku : A GREAT GREAT LOSS TO ME PERSONALLY . AL FATIHAH.

8 comments:

psst_mokhtar said...

AL Fatihah
Semoga roh Pak Din dicucuri rahmat oleh Allah SWA.
Negara memang kehilangan manusia berbakat besar serta menghiburkan beribu2 manusia setiap hari.

boss said...

al fatihah.. semoga keluarganya sentiasa tabah..

Anonymous said...

Al-Fatihah... Negara kehilangan seorang yg berbakat besar... seorang seniman yg sentiasa membuatkan seluruh Negara ketawa dengan gaya tersendiri... semoga Rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama2 org yg soleh... AMIN... Rey Zahar.

rahimi said...

Ai Fatehah macam tak percaya Din Beramboi dah tiada lagi.
Masih ternampak2 komen2 beliau di pentas raja lawak yang kadang2 bernas bercampur celupar dan masih terngiang2 suara belaiu keudara di radio Era tapi sudah suratan yang maha berkuasa Din Beramboi menutup usianya diketika usia yang muda.
Semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang yang beriman.Amin

Anonymous said...

Al Fatihah....

Somoga roh beliau dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang yang soleh. Ingat lah, beliau lebih rapat kepada rakyat dan sentiasa menghiburkan hati rakyat di kala sedih.. Al-Fatihah kepada Pakcik din... dan takziah kepada keluarga beliau.

acab said...

al-fatihah

Abdul Hayee Zabidin said...

AL-FATIHAH!

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Amin!

Anonymous said...

I like his jokes and I feel many people like him too. He made me and most of our family members laugh all the time with his jokes, even in a very tough time. He is such a talented man. A very unique talent indeed. He should be crowned with some title or award, eg Penghibur Terbaik 2009 or something like that. I wonder why many good people die young?

Farewell Din and Al-Fatihah to you.