Monday, January 21, 2008

PKR Sudah Dua Kali Tipu Kaum India


Shah Alam,19 Januari 08 -- Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo mengingatkan kaum India agar tidak terpedaya dengan janji manis Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kononnya sekarang ini memperjuangkan nasib kaum India.
Menurut Dr. Mohamad Khir, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PKR sudah dua kali menipu kaum India dan berharap mereka tidak tertipu buat kali ketiga.
"Anwar Ibrahim sudah dua kali menipu kaum India. Pertamanya di Lunas, mereka meletak Saifuddin Nasution di kerusi yang tradisinya diletak calon kaum India. Barisan Nasional tahu akan kalah jika meletak kaum India menentang Saifuddin, namun kita tetap letak calon MIC kerana ia merupakan persetujuan dan janji dalam Barisan Nasional.
"Kali kedua Anwar menipu kaum India ialah ketika ia mengenepikan Datuk Nallakarupan daripada menjadi calon dalam pilihan raya kecil DUN Ijok. Mereka letak Tan Sri Khalid Ibrahim. Namun kita dalam Barisan Nasional tetap memegang pada janji dan memberi kerusi tersebut kepada MIC."
Dr. Mohamad Khir berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perjumpaan bersama Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) Kaum India anjuran Sekretariat Sukarelawan Barisan Nasional Selangor, di Kompleks Belia dan Sukan Selangor dekat sini.
"Sekarang mereka berjanji macam-macam lagi kepada kaum India. Apakah mereka akan tunaikan jika menang sedangkan sebelum ini sudah dua kali menipu kaum India?"
"Kita dalam Barisan Nasional tetap berpegang kepada janji. Sebarang perubahan sama ada dalam BN, mesyuarat EXCO mahu pun kabinet hanya dibuat setelah mendapat persetujuan semua pihak. Kita tidak ikut majoriti. Jika ada satu kaum sahaja tidak setuju kita tidak akan laksanakannya," kata Dr. Mohamad Khir
"Bukan seperti PKR yang bukan sahaja mungkir janji dengan Datuk Nallakarupan. Malah Parti Islam se-Malaysia (PAS) pun sudah tidak percaya dengan PKR dan Datuk Seri Anwar. Datuk Nik Aziz sendiri sudah tidak percaya kepada PKR dan anggap mereka parti celaru. Jika rakan baik mereka sendiri tidak percaya, apakah orang India, Melayu dan Cina mahu terpedaya dengan PKR?"
Berucap di hadapan hampir 1000 orang pemimpin NGO kaum India termasuk golongan India Muslim, Dr. Mohamad Khir turut menegaskan bahawa kerajaan Selangor tetap akan membina Pusat Kebudayaan India di Selangor seperti yang diumumkan beberapa tahun lalu.
"Duit RM 20 juta yang diperuntukan untuk Pusat Kebudayaan Kaum India memang ada. Namun kerajaan tidak akan memberi wang tunai. Sebaliknya masyarakat India perlu mengemukakan cadangan pembinaannya. Jika semuanya sudah dipersetujui barulah dilantik kontraktor dan kerajaan akan membayar mengikut kemajuan pembinaan."
"Jika diberi RM 20 juta ini kepada pertubuhan atau individu tertentu, kita khuatir duit entah ke mana, pusat yang dirancang juga tidak siap."
"Pusat Kebudayaan Melayu dan Cina sedang dalam pembinaan setelah perancangan dan pelan yang diserah kepada kerajaan negeri dipersetujui oleh Mesyuarat EXCO. Tetapi kita belum menerima apa-apa cadangan dari masyarakat India."

tunku : he's right. Lunas and ijok are basically indian seats.during by-elections, pkr puts malay candidate there? why ? there are indians who still falls into anwar the great moron's trap.

No comments: