Tuesday, January 5, 2010

PAS says ‘Allah’ can be used by Christians and others

PETALING JAYA: PAS says that the use of “Allah” is permitted among people of the Abrahamic faiths such as Christianity and Judaism.
Its president Datuk Seri Abdul Hadi Awang made the statement that also supported the High Court’s decision that allowed the Christian weekly newsletter The Herald to use the word.
PAS also urged the public not to misuse the word “Allah” for cheap politicking to gain mass support.
“The wrongful and irresponsible use of the word should be avoided so that it did not create an issue that jeopardises the racial and religious harmony of this country,” Abdul Hadi said in a statement read by the party information chief Idris Ahmad on Monday.
The statement was issued after a party political bureau meeting on the same day.
Abdul Hadi said the principle of freedom of religion was championed by Islam because human beings could not be forced to profess any religion except through their own free will.
“In the Malaysian context, the situation must be considered for the sake of public interest to preserve the harmony among the various races and religions,” Abdul Hadi said.
He added that the party was ready to clear the air on the issue to anyone in order to preserve the harmony based the fairness that was enshrined under article 11 of the Federal Constitution.
High Court judge Datuk Lau Bee Lan made the controversial decision and immediately invoked protests from some 13 Muslim non-governmental organisations against the decision.
Meanwhile, the Home Ministry has filed an appeal and for a stay of execution of the decision reached on Dec 31.

tunku : pas says its ok and now nik aziz says its not ok though he had said earlier that it's ok.what say zulkifli nordin on this latest official statement by pas? do you still believe in pas now? i don't think zul cares as his own boss the master moron says it's ok. read latest comment by Dr Mahathir and Dr Asri regarding this matter.

6 comments:

Anonymous said...

Tunku;

Kalau baca "Malaysia Insider", macam PAS sokong, tapi kalau baca kenyataan penuh Tuan Haji Hadi, saya berpendapat PAS menentang; pendapat saya statement Tuan Haji Hadi telah di 'spin' kan oleh Malaysia Insider ataupun telah disalah-fahamkan.

" Sebagai parti Islam, amat menghormati prinsip kebebasan beragama seperti mana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakan pilihan sendiri.

Prinsip kebebasan beragama ini juga telah termaktub di dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutaan.

Walaupun demikian dalam konteks masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama.

Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini. PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.

PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Al Imran ayat 64 yang bermaksud.

‘‘Katakanlah: Hai Ahli Kitab,marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya sebagai tuhan selain Allah’’

.
Pas dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh mengugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.

PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam.

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Presiden
Parti Islam Semalaysia (PAS)"

Bagi interpetasi saya penggunaan perkataan Allah oleh Kristian dan Yahudi hanya dibenarkan dalam kes dimana Allah swt dieesakan sahaja. Bagi Gereja Katolik untuk menggunakan Allah dalam 'trinity', Allah Bapa, Allah Anak dan sebagainya adalah tidak dibenarkan.

Ini bermakna hanya orang Kristian bermazhab Unitarian (mempercayai satu tuhan) sahaja yang dibenarkan.

Elok juga PAS mengeluarkan kenyataan yang lebih terang, kalau tidak ianya akan mengelirukan pihak Islam dan bukan Islam.

Anonymous said...

pas = parti ajaran sesar
pas = parti anutan syaitan

pas + pkr + dap = jahanam Islam dan Malaysia.

lebai said...

Pendirian Pas yang sudah semakin bercelaru. Melayu pula sudah lupa untuk bersatu di bawah payung Islam. Lalu Kristian, Yahudi dan Nasrani semakin galak bertindak.

"Mereka hendak memadamkan cahaya agama Allah dengan mulut (ucapan dan tindakan) mereka dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya-Nya, walaupun orang kafir tidak menyukainya." - (Al-Taubah: 32).


Nik Aziz, Herald dan bahaya alpa
at http://paklebai.blogspot.com

Anonymous said...

PAS FOR ALL
ALLAH FOR ALL

kiasu said...

Ini sepertimana telah berlaku di Indonesia di mana anak2 muda terutama yang moden dan bersosial secara suka2 menukar2 agama dari Islam ke Keristian ke Islam ke Keristian, semata2 kerana anggapan yang silap itu. Ini terjadi kerana pengaruh pergaulan, keinginan berkahwin berlainan agama dan status kemodenan kononnya. Tetapi inilah kenyataannya akibat penggunaan kalimah yang mengelirukan.

Malah, ada ramai suami/isteri di Indonesia walaupun sudah berkahwin tapi masih berlainan agama, salah satu puncanya kerana kepercayaan Allah tuhan yang sama.

Memang mudah untuk Pas mengatakan dan memberi sejuta amaran supaya kalimah Allah ini jangan disalahgunakan. Tetapi, bagaimana hendak mencegahnya 10-20 tahun akan datang apabila pemikiran para remaja telah tepengaruh sedikit demi sedikit dalam tempoh tersebut.

Ini baru permulaan. Kelak golongan Kristian ini akan secara halus dan tanpa kesedaran akan berusaha memanupulasi kebenaran yang disokong oleh Pas ini. Ini sedang berlaku secara berleluasa tetapi senyap di Indonesia.

Islam di sana semakin liberal. Sepertimana disiarkan dalam blog Anwar Ibrahi berbunyi "Change Is Coming To Islam" ?????

Nasi akan menjadi bubur.


Pendirian Pas amat keliru, kabur, short-sighted dan meremehkan kepercayaan umat Islam berbangsa dan berbahasa Melayu.

Manusia mudah lupa...Kalau 10-20 tahun lalu tidak ada sesiapa yang berani menggelar Chin Peng si kominis pengkhianat ini sebagai pejuang kemerdekaan atau hero, kini sudah ada suara2 sebaliknya semakin berani dan lantang. Begitu juga akan berlaku dalam isu kalimah ini jika pendirian Pas dibenarkan.


Ini pemerhatian peribadi saya kerana sering ke Indonesia sejak 15 tahun dahulu.

yem said...

1. Kalau peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan yang menjadi dasar asas lahirnya Malaysia pun dipertikaikan apatah lagi sesuatu yang tidak tekmaktub dalam mana mana perjanjian bertulis ,makin senang mereka meminta kesamarataan.

2. Nampaknya kita terpaksa 'patent' nama Yang Esa lain seperti Al Rahim Al Rahman sebab nanti orang Kristian mengatakan nama tersebut telah lama dipakai oleh orang Arab dan tuhan kami maha penyayang dan pengasih juga . Apa orang Islam akan lakukan ?

3. Saya berharap sesuatu yang menhubung kait dengan isu agama sekiranya hendak diadili biarlah terus ke Mahkamah Persekutuan yang keputusan dibuat berdasarkan hujah tidak kurang dari 5 senior judge .Sekurang kurangnya bukan berdasar penelitian seorang hakim sahaja .Kita sering menbaca kes kes dimana Hakim Lower Court telah salah taksif sesuatu peruntukkan .

4.Walau sebagaimana liberal pun kita isu berhubung kait dengan ugama masih amat sensitif . Jangan biar sesetengah isu menjadi polemik yang menganggu gugat keharmonian negara.