Thursday, January 4, 2007

Bloggers Vs NSTP


Oleh: Datuk A Kadir Jasin

Seperti banyak di kalangan blogger, pembahas dan pelawat sudah maklum, dua sahabat kita iaitu Ahirudin Atan (Rocky’s Bru) dan Jeff Ooi (Screenshots) telah disaman oleh New Straits Times Press (Malaysia) Berhad dan beberapa orang pekerja atasannya.
Banyak blogger, pembahas dan pelawat, sama ada melalui komen mereka di pelbagai blog atau melalui panggilan telefon dan sms, telah menyatakan simpati dan sokongan kepada Ahirudin dan Jeff. Ada yang menawarkan bantuan kewangan dan kepakaran.
Saya telah berhubung dengan Rocky dan Jeff beberapa kali mengenai hal ini. Untuk makluman saudara dan saudari sekalian, penubuhan sebuah tabung bagi melindungi blogger, bermula dengan Rocky dan Jeff, sedang diusahakan.Secara langsung, tabung ini menyumbang kepada usaha mempertahankan kebebasan bersuara seperti termaktub di dalam Perlembagaan negara kita.Kita telah dan sedang mengenal pasti beberapa orang tokoh di dalam dan luar dunia kewartawanan untuk dijemput menjadi pemegang amanah tabung ini.Seperti umum sedia maklum, there’s no money in blogging. In fact bloggers spend their own money and spare their own time to manage their blogs for the benefit of visitors and debaters. They do not have the money and the expertise to fight corporations like the NSTP.
On behalf of Rocky and Jeff, I thank all of you for your goodwill and support. Thank you. Terima kasih.
Note: http://kadirjasin.blogspot.com/

message from tunku : Pls boycott NSTP

No comments: