tag:blogger.com,1999:blog-2739090092944259898.post6270567527533826381..comments2023-11-01T00:00:17.528+08:00Comments on tunku: Najib's economic plan to unite peopletunkuhttp://www.blogger.com/profile/18116949705490891876noreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-2739090092944259898.post-11610356154536046962013-05-10T10:50:58.344+08:002013-05-10T10:50:58.344+08:00Politik dan ekonomi perlu diberikan perhatian dala...Politik dan ekonomi perlu diberikan perhatian dalam cara yang berbeza. Apa yang kita hadapi sekarang ialah masalah politik. Masalahnya terdapat satu kaum yang begitu sombong kerana penguasaan mereka dalam ekonomi sedang cuba melebarkan penguasaan mereka ke dalam bidang politik. Mereka cuba merebut kuasa daripada BN yang berpaksikan Melayu Bumiputera dan Islam.

Kesombongan mereka bertitik tolak daripada penguasaan mereka dalam bidang ekonomi. Berbanding Melayu Bumiputera, memang mereka munguasai sebahagian besar ekonomi. Penguasaan itulah yang harus diberi perhatian yang khusus. Tidak ada satu kaum sepatutnya dibiarkan memonopoli ekonomi sehinggakan kerajaan pun boleh diugut dengan menggunakan kuasa ekonomi yang mereka ada.

Sewajarnya Najib, jika mahu terus berkuasa dan mendapat sokongan pada PRU14, hendaklah menyusun strategi bagi meningkatkan penyertaan Melayu Bumiputera Islam dalam ekonomi agar tidak terus dimonopoli oleh satu kaum tertentu semata-mata. Berbeza dengan DEB, kini Melayu Bumiputera Islam lebih bersedia untuk menyambut cabaran sekiranya kerajaan kembali membukakan peluang kepada mereka untuk menjadi peserta aktif dalam ekonomi negara.

Jika Najib terus dengan angka bilion ringgitnya tanpa perancangan dan strategi khusus untuk memecahkan monopoli satu kaum dalam bidang ekonomi, Najib hanya menjarakkan diri daripada kumpulan yang memberikan sokongan kepadanya sehingga dia masih bergelar Perdana Menteri pada PRU13 yang baru berlalu. Tidak mustahil kumpulan ini akan menarik balik sokongan mereka kerana hampa kepercayaan mereka disia-siakan sebegitu rupa.

Pada peringkat awal, Najib berulang kali menyatakan bahawa zaman kerajaan tahu segala-galanya sudah berakhir. Dan sekiranya Najib terus bertindak seolah-olah dia tahu segala-galanya dengan mengetepikan keperluan asas dalam penstrukturan semula masyarakat berbilang kaum di negaranya, beliau akan tertipu dengan pengatahuannya sendiri.berasiamnoreply@blogger.com